Akibat Terlalu Berharap

Saya Hayya yang berusia 25 tahun pada 2025 ini. Saya kehilangan ibu bapa pada tahun 2018.

Lepas kehilangan ibu bapa, saya tinggal dengan abang. Abang yang sara bagai menatang minyak yang penuh. Apa yang terjadi, hanya saya yang abang sahaja.

Sampailah saya berkenalan dengan seorang lelaki saya gelarkan Haikah yang sekarang ini pun telah menjadi suami saya.

Selepas 11 bulan berkenalan, saya selamat berkahwin. Saya ikut suami ke selangor, sebab dia bekerja dia salah sebuah hospital di selangor.

Sebulan pertama semuanya indah. Sehinggalah saya terdetik dalam hati untuk check phone. Terhenti darah bila tengok apa yang yang dia buat belakang saya.

Saya cuba tanya dia, tetapi dia tidak mengaku. Bermula dari situ kepercayaan saya terhadapnya hilang.

Apa yang dia buat di belakang saya, saya sering berfikiran buruk sehingga saya membuat keputusan untuk jauhkan diri darinya dengan menyambung pelajaran (degree) di sebuah universiti awam ni terengganu.

Saya berasa lebih happy dan selesa bila jauh darinya. Walaupun kadang2 terfikir dia belum berubah dan dia terus melakukan perbuatan keji tetapi saya endahkan perasaan saya dan sering abaikan.

Kami akan berjumpa bila cuti panjang atau cuti semester break. Bila kadang2 berjumpa, kami jadi lebih bahagia berbanding tinggal bersama sebelum ini.

Dia mempunyai impian yang tinggi, dia nak ada degree dan kerjaya yang stabil. Jadi dia tak ready tentang ada anak. Saya okay ja memandangkan saya jugak masih sambung belajar.

Sampai suatu hari saya disahkan mengandung. Saya beritahu dia, dan dia marah. Dia ungkit segala galanya. Dia anggap anak ini akan menyusahkan hidupnya. Dia perlu buat kerja 2 3 untuk menyara kami kalau ada anak lepas ni.

Emosi saya tertekan, sampai hati dia beranggap begitu. Anak itu rezeki dari Allah. Saya terima kehadiran anak ini dengan hati terbuka. Saya yakin akan ada rezeki dari anak ini untuk saya.

Doakan saya kuat menghadapi ujian ini dan doakan juga supaya hati dia berubah dan mampu terima kehadiran anak ini sebagai amanah. Terima kasih yang membaca.

– Hayya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *