Ini adalah kisah ku. Kisah real yang terjadi dalam hidupku.
Ambillah iktibar dari kisahku ini…
Aku suri rumah sepenuh masa.
Mempunyai 3 orang anak perempuan, dan seorang suami yang baik dan bertanggung jawab.
Tak ada issue dalam rumah tanggaku berkenaan aku dan suami serta dua anakku.
Issue berbangkit saat aku hamil anak ke 3…
Dulu saat masih dara, aku pernah sakit.
Terkena buatan orang. Santau/sihir.
Aku berubat ala kadar dan tak ambil serius bab ini.
Aku nampak seperti sembuh, tetapi “bisa” santau itu tak pernah hilang dari diriku hingga saat ini.
Aku boleh melihat atau mendengar sesuatu yang orang lain tak boleh nampak.
Bukan selalu.
Dulu awal2 memanglah takut, lama2 dah biasa.
Masa mengandung anak ke dua, diusiaku yang ke 35 tahun, aku dan suami sepakat bahwa ini adalah anak bungsu kami.
Jadi kami ambil perancang setelah kelahiran putri kedua kami.
Kejadian bermula Masa anak kedua berusia setahun lebih…
Aku mengasuh anak ke dua dalam bilik kami pada hari itu. Suami kerja dan anak sulung sekolah.
Seperti biasa, rumah selalu terkunci rapat.
Kejiranan sini sunyi, kebanyakan penghuninya bekerja dan sekolah. Taska atau tadika dan kedai jauh dari rumah kami.
Memang lengang dan sunyi lah.
Tv aku tak buka.
Sunyi sahaja. Hanya sesekali terdengar suara anak ke dua dengan bahasa baby yang sepatah pun aku tak faham.
Tak semena2 aku terdengar suara lelaki bercakap kepadaku di dalam bilik kami ini, mengatakan bahwa usiaku tak akan panjang. Tak akan sampai 40 tahun. Lebih tepatnya aku akan meninggal diusia 38 tahun kerana melahirkan.
Aku hanya tergaman.
Aku tengok anakku pun langsung terdiam, sehingga aku berasumsi bahwa dia pun mendengar suara itu.
Kemudian suara itu hilang.
Datang dan pergi macam itu sahaja.
Kejadian ini hanya terjadi 2 kali. Pada hari yang berlainan.
Walaupun aku menceritakan pada suami, tapi aku tak ambil serius. Aku siap gelak2 dan mengatakan bahwa makhluk halus pun boleh jadi bodoh jua. Sebab kami berdua memang merancang. Tak akan ada anak lagi.
Sampailah anak kedua berusia 3 tahun lebih, yang bermakna usiaku adalah 38 tahun, aku termengandung secara tak sengaja. Lupa menghitung masa subur.
Aku hamil dalam keadaan mengalami alahan yang sangat teruk.
Seketika aku teringat kejadian suara misteri itu.
Moodku jadi hancur. Kebencianku pada kehamilanku semakin hari semakin besar.
Seiring dengan membesarnya perutku, membesar pula rasa benciku pada janin dalam rahimku.
Kata2 kesat dan cacian selalu aku lontarkan pada bayi ini.
Sumpah serapah. Hari2 aku berkata pada bayi dalam perutku bahwa dia pembawa sial, pembawa malang, menyakiti aku, dan pelbagai kata kesat lainnya.
Aku pukul2 perutku dengan penuh kemarahan. Vitamin kehamilan apapun aku tak makan, walaupun suamiku membelikanku pelbagai vitamin dan pemakanan sunnah.
Tetapi bayiku bertahan.. dia tetap hidup didalam rahimku. Allah memeihara dia dari syaitan sepertiku.
Bahkan Tuhan pun seolah2 aku lawan. Aku tak puas hati kepada Tuhan kenapa mengizinkan bayi ini hidup dalam rahimku.
Aku betul2 menjadi syaitan.
Suamiku sangat bersabar dan setia merawatku melalui hari demi hari kehamilanku ini. Kesabaran dia merawatku seolah2 mencabarku, membuatku semakin baran.
Aku tetap mendukung anak keduaku walau perutku semakin membesar. Makanan bergizi dan vitamin kehamilan tak pernah aku sentuh.
Aku hanya makan junk food dan apa yang aku suka.
Check up ke klinik pun aku sering mengelak. Sanggup aku ajak gaduh suamiku yang selalu memujukku secara lembut untuk check up ke klinik.
Aku sangat mudah melenting dan naik angin.
Baranku betul2 serupa syaitan.
Tiada hari tanpa aku tengking dan marah suamiku dan bayi dalam perutku. Tetapi suamiku tetap merawat kehamilanku dengan penuh kasih sayang.
Suamilah yang menyediakan segala perlengkapan baby. Aku tak nak peduli sama sekali.
Aku betul2 marah, kenapa aku harus hamil.
Marah dan sedih.
Setiap hari, setiap saat aku teringat suara misteri itu. Aku dihantui oleh suara itu.
Suara itu terdengar semula masa aku memasuki tri semester ke dua kehamilan. Sekali. Masa aku di hospital. Aku kerap warded kerana alahan terlalu teruk walaupun memasuki tri semester ke dua.
Sehingga aku semakin membenci bayi ini.
Pelbagai macam cara suamiku meyakinkan aku bahwa tipu daya syaitan itu sangat halus.
Tapi aku lebih percaya suara itu daripada nasihat suamiku sendiri.
Sampailah tiba masanya aku melahirkan.
Ketakutanku sampai pada puncaknya masa aku memasuki bilik persalinan.
Emosiku menjadi kacau. Sakit kontraksi yang aku alami lebih hebat dari dua kehamilan sebelumnya. Nyawaku seolah2 memang pada penghujungnya.
Aku nak bayi dalam perutku ini segera keluar supaya aku terbebas dari rasa sakit, tak peduli aku akan mati atau tak. Tak peduli bayi ini hidup atau tak.
Bayiku lahir secara normal. Lengkap dan sihat.
Nurses dan suami begitu gembira menyambut kelahiran bayiku. Aku hanya diam mematung. Tak ada perasaan apapun. Kosong.
Melihat bayikupun aku merasa biasa saja.
1 malam baby itu denganku dihospital. Dia begitu tenang dan mudah diurus.
Hari kedua, aku sudah diperbolehkan balik rumah dengan bayiku.
Bayiku sangat tenang, seolah2 memahami bahwa aku tak seberapa menghendakinya.
Dia seolah2 menerima.. saat aku menyusui, dia akan buka mulut dan lahap menyusu. Jika aku tak memberikan, dia tak menangis, hanya menggerak2kan mulutnya sebagai tanda dia lapar.
Aku pandangi wajahnya. Bertanya pada diri sendiri, mengapa aku tak teruja dan menerima dia sepenuhnya sedangkan aku selamat melahirkan?
Hari ke tiga, pada pagi hari aku perasan bahwa pampers dia kering dan ringan.
Aku perasan yang aku hanya 2 kali menyusui.
Aku memaklumkan pada suami bahwa pampers baby agak kering.
Tanpa banyak cakap, suami membawaku dan bayiku ke klinik terdekat.
Ternyata suhu badan babyku sedikit tinggi. Aku tak perasan itu. Suamiku yang perasan.
(Lihatlah…betapa jahatnya aku sampai tahap ini).
Bayiku harus admit di hospital. Terus masuk icu bahagian baby.
Dan aku masih seperti orang separuh sedar. Tak faham sangat apa yang terjadi.
Pelawat hanya diperbolehkan melawat baby 2 kali sehari.
Kebetulan aku menyaksikan babyku dicucuk jarum ditangannya.
Aku melihat dan mendengar bagaimana jerit tangisnya saat jarum dokter mencari pembuluh darah pada tangan kecilnya.
Aku terpaku. Ada perasaan yang menyayat hati mendengar jerit tangis bayiku.
Siang itu aku melawatnya, bayiku ditempatkan dalam inkubator. Dalam keadaan tertidur lena dengan tangan terpasang wayar dan apa benda aku tak faham.
Naluriku sebagai ibu tersentuh. Airmataku menitis tanpa aku pinta. Hatiku menjadi sebak. Dadaku sesak penuh dengan penyesalan yang mulai berdatangan.
Masa seperti itu, tak semena- mena bayiku membuka mata. Dalam keadaan dia mamai. Mungkin kerana pengaruh ubat, atau keletihan menangis, ataupun kekenyangan. Maybe. Aku tak tahu.
Tatapan matanya tepat tertuju padaku sambil tersenyum. Masya Allah… hatiku seketika terasa terhiris. Pilu. Sedih. Dan menyesal yang teramat sangat.
Kuasa Allah kan yang membuat bayiku membuka mata dan tersenyum padaku.
Suamiku berkata padaku bahwa dia sangat kasihan dengan bayi kami, kerana dia ikut menanggung kesakitan yang aku alami sepanjang kehamilan.
Aku bagai tersedar dari mimpi panjang yang menyesatkan.
Ya.. bukan bayi itu yang menyakitiku. Tetapi aku memang sakit kerana imun aku rendah.
Aku tak berusaha memasukkan makanan bergizi dalam tubuhku, sebaliknya aku turutkan nafsu buasku melantak makanan2 junk food yang tiada khasiat apapun, sedangkan tubuh badanku masa itu perlukan asupan gizi yang seimbang.
Penyesalanku lebih dalam jika aku teringat betapa bodohnya aku mempercayai suara ghaib yang tak aku ketahui hujung pangkalnya.
Hanya sepotong sahaja.
Aku telah terpedaya oleh hasutan syaitan.
9 hari bayiku berada dalam icu, 9 hari itu pula tiada hari aku lalui tanpa air mata penyesalan.
Aku merasa diri hina sehina2nya. Aku jahil. Kufur lisan. Kufur nikmat.
Benar kata orang2 tua dulu, penyesalan akan datang dibelakang.
9 hari itu betul2 hari penyiksaan kepadaku. Setiap aku tinggalkan icu baby kerana masa melawat dah habis, air mataku deras turun tanpa ku pinta.
Sekuat apapun aku menahan diri, dari menggigit lidah, bibir, meremas tanganku sendiri, mencubit pahaku supaya airmataku tak jatuh, tetap sahaja air mataku mengalir.
Rasa penyesalan yang tak dapat ku gambarkan. Tak pernah ku rasa semenyesal ini seumur hidupku.
Aku berfikir bahwa ini adalah kifarah Allah ke padaku atas perbuatanku pada bayiku dan suamiku.
Bagaimana perilakuku pada ke dua anakku semasa aku mengandung? Aku tetaplah seorang ibu yang baik untuk mereka. Aku boleh bersikap normal apabila berdepan dan mengasuh mereka berdua.
Hanya kepada bayi ini dan suamiku aku menjadi syaitan.
9 hari berlalu sangat lambat. Terasa lambat bagiku. Aku betul2 dalam penantian yang menyiksa batinku.
Maha suci Allah yang berkuasa atas segalanya, hampir setiap aku melawat bayiku, dia akan buka mata dan tersenyum memandangku. Dalam keadaan mamai.
Senyuman kecil yang mampu menggoncang hatiku.
Aku betul2 insaf. 9 hari itu membuatku menjadi manusia baru.
Aku tak nak peduli apapun dah…hidup matiku hanya untuk Allah, suami dan anak2ku.
Hasutan syaitan itu sangat halus dan kejam, terkadang membuat kita terjatuh dalam gaung kegelapan yang terdalam.
Jika sakit, berubatlah dengan bersungguh2.
Terkekang oleh wang atau masa? Berdoa lah bersungguh2. Allah melihat niat hati dan kesungguhan kita.
Dengarkanlah nasihat dari pasangan, walau nafsu kita bergejolak.
Jangan jadi macam aku, berubat sambil lewa. Kesannya bukan langsung terlihat.
“Bisa” itu kekal ada dan hanya menunggu masa dan peluang yang tepat untuk menghantam dinding keimanan kita. Merobohkan keimanan kita. Memporak perandakan kehidupan kita. Secara halus, tanpa kita sedari….
Bayiku kini sihat. Membesar dalam asuhan aku dan suamiku, bersama kedua kakaknya.
Aku masih sesekali boleh melihat dan mendengar “mereka”.
Berubat telahpun kami mulai kembali. Ruqyah mahupun pada pakar jiwa.
Alhamdulillah secara medis jiwa aku sihat. Stabil. Tak ada penyakit jiwa.
Secara ruqyah, “bisa” sihir yang pernah terkena padaku telahpun berkarat dan hampir sebati denganku, jadi susah nak buang…
Aku redha. Mungkin ini kifarah atas dosa2ku pada anak ke tigaku dan suamiku.
Rasa penyesalanku tetap ada sehingga kini, walau aku telah bertaubat dan menyesali perbuatanku.
Rasa bersalahku pada anak ketigaku bagai tak berpenghujung…
– Aku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit