Hi, assalamualaikum. Aku ada terbaca perkongsian dari someone berkenaan AKPK, (https://iiumc.com/graduan-ijazah-kelas-pertama-terjebak-akpk/).
Ye, aku pun sekarang under AKPK, dan benda ni sangat membantu menghilangkan masalah kewangan aku.
Aku N, kerja di sebuah institut swasta dengan gaji 4k sebulan. Berusia 27 tahun dan belum berkahwin. Macam mana aku boleh terjebak dengan AKPK ni? Meh aku cerita.
Aku mula bekerja pada usia 24 tahun, dan gaji permulaan aku 2500. Time tu aku tak de apa2 komitmen, hanya bayar sewa bilik dan bagi ke parents.
Oh lupa, aku ada komisen setiap bulan sampaikan gaji aku boleh dikatakan hampir ke RM 7 k sebulan. Pada usia yang muda, aku dah dapat duit sebanyak tu. Jadi, aku rasa diri aku ni kaya. Rasa have2 la.
Bila gaji dah banyak pada usia yang muda, aku pun terpengaruh dengan kawan2 yang ada kereta, rumah dan kad kredit.
So, hutang pertama aku ada kad kredit CIM*. Sebab gaji aku masuk dalam bank tu, aku dapat kol saja dari diorang untuk apply kad. Lulus dengan kredit limit 8k. Apa lagi, sakan la guna.
Swipe2 sampai la dh max. Bayar bulanan pulak minimum sahaja. Dah tak mampu bayar full, aku dapat pula kad kredit UO*. Ni sebab staff dorang dtg ke office kitaorg untuk offer kad. Aku apply. Lulus, kredit limit 10k. Wahhh, lagi sedap swipe. Tak belajar dari pengalaman.
At the end, hutang kad kredit dah 18k dalam masa setahun. Aku cuma mampu bayar minimum sahaja setiap bulan.
Then, fikir nak tutup kad kredit. Mulalah mencari personal loan. Apply personal loan, lulus 37k. Haa, apa lagi bayar habis kad kredit. Bulanan dengan bank RH* RM850. Time tu rasa, oh boleh ni nak survive. Setakat 850, apa la sangat.
So, aku amik loan tu lepas tu bayar dua2 kad kredit. Ingat dah settle. G apply loan kereta pulak. Nasib baik memang niat nak bezza saja.
Lulus la loan kereta dengan bulanan 450. Alhamdulillah. Baki dari loan 37k tu, aku buat apa? Aku berjimba la. Lupa diri lagi. Padahal aku ikat untuk 7 tahun.
Seksa oo. Sini komitmen aku dah jadi 1500 sebulan. Then, dah rasa sedap ada personal loan aku dapat offer personal loan cimb pula melalui call.
Apa lagi, aku terima jugak loan tu. Tapi kali ni pakai untuk baiki rumah mak ayah. Dalam 15k, bulanan 400. So total komitmen aku jadi 1900.
Tak tambah sewa bilik area sini 400. Total 2300. Tambah lagi nak bagi ke parents min 200 sebulan, makan minum 500 sebulan, minyak tol 300 sebulan. Haa, dah berapa komitmen aku.
Ditakdirkan, aku ni basic hanya 3k. Yang lain tu komisen, sebab tu boleh cecah gaji 7k. Tapi, Allah maha kaya. Covid melanda. Sales tak boleh buat. Mampus. Makan basic 3k. Komitmen dah melebihi gaji. Aduh, macam mana ni. Bank dah mula kol tagih hutang.
Mula dah tak mampu bayar loan yang 850 sebulan tu. Last2 tertunggak sampai 6 bulan. Bank nak hantar surat mahkamah. Time tu dah serabut. Habislah kalau kena isytihar bankrap. Dah risau. Tak boleh tidur malam.
Simpan sorang2 masalah ni sebab tak nak family or kawan2 tau. Saving dah habis berjimba.
Then, ternampak iklan AKPK. Decide untuk study dulu dan kemudian aku isi online permohonan. Sebab pkp, aku tak perlu walk in. Hanya melalui panggilan fon, dorang explain and guide aku. Bagitau lah berapa aku mampu bayar dan berapa bulanan aku kena bayar.
Alhamdulillah, AKPK sangat membantu aku.
Aku join AKPK untuk personal loan aku sahaja. yang 850 + 400 tu. Sepatut total 1250, tapi dengan AKPK aku hanya bayar 570 untuk dua2 bank. Jadi kurang sikit komitmen aku.
Kereta aku still bayar macam biasa. Alhamdulillah sekarang hidup aku lebih tenang. Aku belajar daripada pengajaran.
Aku belajar save duit dan aku sentiasa nasihat adik2 aku untuk tidak terjebak dengan kad kredit dan personal loan. Benda ni membunuh kalau kau tak mampu kawal.
Akhir kata kat sini, sesiapa yang dah tak mampu nak tanggung hutang. Silalah apply AKPK. Tak perlu fikir malu or nama akan buruk.
Daripada ko kena istihar bankrap and blacklist. Baiklah apply macam ni. Just ke website diorang saja.
Nanti diorang akan kol. Oh, lagi satu akpk ni akan terus stopkan kol yang korang duk terima dari bank tu. Kol yang suruh2 bayar tu. Memang tenang hidup ko. Plus, akpk akan lindungi ko dri dikenakan apa2 tindakan dari bank.
Contoh bank nak saman ko ke, tak boleh sebab ko under akpk. Tapi kena make sure bulan2 wajib bayar dengan akpk. Akpk tak de amik apa2 upah tak silap aku. Kita bayar apa kita pinjam.
Kalau ada lebih, ko bayar la lebih. cepat la habis. Ok, so itu sahaja aku nak share. Semoga cerita aku menjadi pengajaran kepada budak2 muda yang berniat nak enjoy sakan. Hati2. Manage your money.
Ok, itu sahaja. Sekian, terima kasih. Semoga Allah merahmati dan memberikan kita semua kecukupan di dunia dan akhirat. Aamiin.
– NN (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit