Assalamualaikum,
Aku terdetik nak buat luahan perasaan dekat sini selepas baca komen-komen korang di setiap confession yang ada. Majoriti aku tengok, semua jenis tahu bash je. Aku harap jenis-jenis yang suka bash tak tentu hala ni, mohon buka minda dan berlapang dada baca confession aku ni.
1) Jenis maki si confessor
Kot ye pun kau rasa marah atau tak sependapat dengan confessor, tak perlu kot kau nak panggil dia dengan gelaran macam-macam. Bodoh lah, lembab lah, bebal lah. Tolong lah jangan guna alasan ‘Aku mulut je macam ni tapi hati baik’ tu. Bahasa kau, sama ada melalui percakapan atau penulisan mencerminkan akhlak kau, tahu? Tak guna muka cantik kalau akhlak buruk, mulut puaka macam hantu. Jangan berbangga sangat dengan mulut dan perangai kau yang cenggitu, takde orang suka.
2) Jenis mendoakan kecelakaan
Yang ni lagi satu aku tak faham. Orang lain buat salah, confessor yang dipersalahkan. Tak cukup dengan tu, didoakan lagi kecelakaan ke atas confessor tu. Contoh: orang tu just nak share luahan hati dia pasal kakak ipar dia yang suka mencuri, yang diorang sekeluarga tak ambil tindakan tu dia punya hal lah, yang kau emo sangat sampai nak mendoakan dia sekeluarga papa kedana etc etc tu dah kenapa? Tak takut ke doa tu terbalik dekat diri kau? Kita ni kalau Tuhan nak uji, kejap je. Jangan bongkak sangat.
3) Jenis “Kalau aku lah….”
Jenis yang macam ni, kalau bagi pendapat atau solusi bernas okay lagi. Ini tak, banyak komen yang langsung tak membantu. Contohnya: “Kau ni lembab betul (sempat lagi tu nak mengutuk confessor) kalau aku jadi kau confessor, aku takde nak merungut dekat sini, aku confront je terus dengan dia”
Kau tak duduk di tempat dia, senang lah kau cakap. Yelah. Pakai air liur or dalam kes ni, taip pakai tangan je pun. Percaya lah cakap aku, kalau benda tu jadi dekat kau, boleh jadi kau takkan buat pun semua benda yang berapi-api canang nak buat tu. Tak percaya? Cuba ingat balik setiap masalah yang kau hadapi sebelum ni, aku tak rasa kau selesaikan semua masalah kau dengan baik. Mesti ada yang tersilap dekat mana-mana yang kau sendiri menyesal. Manusia mana ada yang sempurna beb.
4) Jenis suka sangka buruk
Si confessor tu dah sah sah gunakan platform ni untuk luahkan perasaan dia. Yang kau, macam-macam prasangka buruk kau buat dekat dia. Cakap dia berlagak baik lah, konon suci lah, nak show off gaji lah, nak tunjuk keluarga baik hati lah, pastu duk persoalkan niat diorang confess dalam ni.
Hello, cuba kau tengok balik dekat setiap confession tu, ada tak dia letak nama dia? Ada dia bagi link facebook dia ke instagram ke apa? Kau tak kenal dan takkan tahu pun siapa si confessor tu. Yang orang akan tahu, akan check facebook tu adalah kau wahai si tukang komen yang suka prasangka buruk. Sedarlah. Baca komen kau pun orang dah tahu perangai kau macam mana.
5) Jenis bukak aib dan mengumpat
Bila ada confessor yang berkongsi cerita dia pasal orang sekeliling, dah mula lah para-para tukang komen terutamanya wanita nak ‘kongsi’ pengalaman depa dengan orang sekeliling depa jugak. Kau tahu tak, tanpa sedar kau dah bukak aib suami kau, mertua kau, kakak or abang ipar kau, mengumpat rakan sekerja atau bos kau.
Tak cukup dengan tu, kau tag lagi kawan-kawan/keluarga yang lain untuk ajak depa berbincang pasal orang yang kau tak suka ni secara berjemaah dekat ruang komen. Kau sedar tak yang kau dah cerita keburukan orang tu dekat satu dunia? Tak takut ke aib sendiri terbuka nanti? Nama kau yang duk mengomen tu, admin tak padam or blurkan macam dalam newsfeed tau. Dah tu kau yakin ke yang suami, kakak, mak mertua, ipar kau tak baca ruang komen di IIUM Confession ni?
6) Jenis tekan ‘like’
Jenis ni, walaupun sekadar satu like, kau tahu tak bila kau like jenis-jenis komen yang di atas, kau sebenarnya tengah tunjuk yang kau sokong dan punya pendapat yang sama dengan si tukang komen tu. Maknanya kau pun dua kali lima tengah tunjuk perangai sendiri yang suka bash dan tak berapa nak elok tu.
Gais, please lah. Hidup ni jangan nak negatif sangat. Kot ye pun tak reti nak positif, jangan duk sebar aura atau komen negatif korang tu di ruang komen. Kesian si confessor, kadang cuma nak share benda baik, tapi rupanya di bash beramai-ramai. Aku doakan korang dapat kemaafan dari confessor dan tak perlu berhadapan dengan mereka di akhirat nanti.
Lagi satu, untuk bakal suami/isteri, bakal bos/pekerja, ambik tips aku ni macam mana nak cari bakal teman hidup/bakal pekerja/bos kau. Selain dari buat spot check di media sosial bakal kau, kau juga boleh buat spot check di ruang komen ni. Percaya lah, mesti kau akan jumpa jenis-jenis si tukang komen yang kau taknak jadikan bakal kau. Kenapa? Sebab kau boleh agak perangai depa macam mana.
Jangan kata korang, aku pun kalau terbaca komen-komen di atas, memang aku terus pi klik nak tengok facebook dia macam mana. Sambil doa dalam hati mintak jauh dari dipertemukan dengan orang sebegitu atau lebih tepat lagi, takde orang sekeliling aku yang dapat bakal macam si tukang komen tu. Nauzubillah.
Sekian bebelan dari aku.
P/s: Admin lepas ni, selain guideline untuk confessor, mungkin korang boleh letak guideline untuk komen di ruang komen jugak? Baik untuk depa, baik untuk kita jugak. Takdelah bertambah dosa masing-masing. Ye dok.
Jawapan: kalau 1 post ada 100 komen, tak daye koi nak nengok se se. Ikut diri masing-masing. Dah besar. Buat guideline pun tak guna kalau iman yang komen tu nipis #kausabarya
– Aku Yang Geram
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit