Aktivis Muda Yang Sombong

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mungkin kisah ni kurang menarik perhatian pembaca since aktivis mahasiswa, politik, kemanusiaan mahupun alam sekitar sekalipun bukan lah datang dari majoriti rakyat Malaysia. Selama yang saya perhatikan ada lah dalam segelintir kumpulan. Kebiasaanya, yang popular mungkin yang jenis ‘ada kes’ samada dengan kampus masing-masing atau kerajaan sendiri. Ada jug datang dari kumpulan popular.

Kalau kamu semua faham lah dengan perjuangan aktivis-aktivis terutama anak muda ni, for sure kamu akan respect habis lah dengan mereka yang so called aktivis ni. Cuma apa yang saya kesalkan, kebanyakan dari mereka ni terutama sekali yang popular, atau datang dari kumpulan popular agak memilih bulu dalam berkawan. Samada mereka memilih untuk bergaul dalam kelompok/kumpulan mereka sahaja atau cuma dari kumpulan lain yang famous.

Biasanya, orang baru yang cuba berkecimpung dunia mereka ni samada tak dipandang langsung ataupun dipandang sekadar sebelah mata sahaja. Melainkan newbie yang ada background seperti datang dari keluarga aktivis/politicians atau bercinta dengan rakan-rakan aktivis, barulah dipandang dan diberi peluang.

Terus terang lah, hilang hormat saya pada mereka. Sana sini bincang isu rakyat, isu mahasiswa, isu anak muda, isu ilmiah sana sini, hal alam sekitar, kesenian kebudayaan dan lain-lain; tapi hakikatnya kalian sombong, hidup mendabik dada kerana rasa diri dah melakukan perubahan. Walhal, dengan orang sekeliling sombong, pilih bulu walaupun kesana kesini konon melakukan kebajikan.

Saya mengharapkan perubahan sikap semua aktivis terutama anak muda yang sombong, sesuai dengan misi kalian mahu merubah negara.

Terima Kasih.

– Awang Kassim

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit