Hi semua. Ya aku mengaku aku isteri derhaka. Tapi aku tak kisah pun. Aku penat. Penat dengan suami aku. Kadang-kadang rasa menyesal kahwin.
Aku dah siapkan pun dokumen cerai. Cuma tak pergi sebab pikir anak. Aku seorang yang tak bersosial.
Aku berkahwin dengan harapan boleh travel dengan suami sebab aku tak ramai kawan dan mak aku tak bagi pergi jauh-jauh.
Jadi aku ambil keputusan kahwin dengan seorang lelaki yang aku dah kenal selama setahun. (Atas restu family.)
Sebelum kahwin dia setuju dengan perjanjian aku, iaitu, bagi aku masa 4 tahun untuk aku habiskan study, travel dengan dia baru lah nak ada anak. Kiranya aku nak masa bersosial la.
Dan, aku tak bersedia langsung nak ada anak. Bahkan aku tak suka budak-budak. Umur aku 23 tahun.
Lepas kahwin, dia tak hormat keputusan aku. Dia terus mengandungkan aku. Dan aku mengandung lepas 3 bulan kahwin.
Boleh je usaha tak bagi mengandung, pakai kondom atau apa. Tapi tak. Memang dia dah kira siap waktu subur aku dan cari aku. Memang dia nak anak lah kiranya.
Masa aku tahu aku mengandung, aku betul-betul sedih. Aku nak gugurkan. Tapi aku tahu tu dosa.
Berapa kali juga cuba bunuh diri. Tapi tak jadilah aku takut juga masuk neraka. Maklum lah isteri derhaka.
Kemudian lahir lah anak aku. Masa dalam pantang berapa kali juga aku nak bunuh anak aku tu. Sebab aku stres.
Pernah cuba tekap bantal, hempas tapi aku sempat sambut balik sebab tersedar, rendam dalam air. Nasib baik lah aku waras balik sebelum anak aku mati betul-betul.
Korang yang nak anak, tak perlu kecam aku. Tu korang punya ujian. Ujian aku, anak. Ujian korang, takde anak. Kau ada apa yang orang nak, orang ada apa yang kau nak.
Yang aku bengang, suami aku ni tak habis2 salahkan aku atas perilaku anak. Contohnya, anak mengamuk tak bagi henfon, salahkan aku.
Padahal yang bagi anak main henfon tu dia sendiri. Yang aku terkesan sampai buat confession ni, sebab dia marah aku anak tidur lambat.
Aku balik kerja, kemas rumah, dia senang2 je bagi arahan suruh tidurkan anak. Lepastu dia marah aku biarkan anak tidur lambat padahal baru satu malam tu aku tak tidurkan anak.
Sebelum ni tidur anak okay je. Semualah. Mesti salahkan aku. Tak perlu kot asyik nak marah, nak komplen semua benda. Aku dah rasa macam duduk dengan mertua tau tak.
Dia cakap dia nak me time. Dia suruh aku faham. Nak aku faham macam mana?
Aku dah faham dari awal kahwin lagi yang memang aku taknak anak. Dia yang tak faham diri sendiri. Lepastu anak buat hal, pukul sampai berbekas anak tu.
Aku pulak yang dulu benci anak sendiri jadi kesian dengan budak tu. Banyak kitorang bergaduh sebab anak. Sebab dia kata aku tak jaga anak.
Dah tu, kalau aku jaga anak, assignment aku sapa nak buat? Rumah sapa nak kemas?
Dah la aku kena paksa kerja. Duit pengasuh aku jugak yang bayar. Sakit hati aku. Aku menyesal lah kahwin. Menyesal.
Sayang jangan cakaplah. Mula aku mengandung aku dah benci laki aku. Sampai sekarang rasa menyampah.
Lagi satu, dia tak pernah nak dengar cakap aku. Pastu menyusahkan aku. Contoh macam kereta aku, aku dah pesan alang2 bawak ke bengkel tu tukar lah timing belt.
Dia buat kayu taknak tukar timing belt. Bukan mintak duit dia pun. Dah tu aku tengah drive timing belt putus. Tak pasal keluar hampir 3k untuk kereta.
Kawan dia kalau bagi cadangan laju je dengar. Kalau aku, isteri dia, macam kayu je. Stres lah suami macamni. Boleh return and refund tak?
– Aina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit