Aku 1steri Itu

Assalamualaikum. Ini aku seorang isteri kepada dua orang anak hasil 5 tahun perkahwinan dan Alhamdulillah, isteri kepada suami yang baik di mata aku.

Tujuan confession ni bukanlah untuk menunjuk tapi mungkin ada pengajaran disebalik ni.

Aku terbaca confession sebelum ni. Tentang suami (https://iiumc.com/su4mi-aku-2/). Lebih kurang juga kisah aku. Cuma kisah hidup aku yang biasa-biasa.

Kami berdua pernah lalui kesusahan semasa kecil. Jadi sekecil-kecil perkara buat aku bersyukur dan gembira.

Selepas kahwin dan duduk rumah sendiri. Suamiku belikan keperluan rumah. Yang pertama, tv lengkap dengan dia pasang astro dan wifi. Saiz yang biasa tapi aku rasa berbeza.

Dulu aku punya tv tapi tv biasa tekan2, di era orang sudah pakai tv remote. Kemudian, tv aku tu rosak berkali-kali, arwah ayah hantar repair.

Sehinggalah tv tu macam dah putus harapan repair. Maka lama juga kami tonton dengan tv dengan warna merah.

Tapi masa tu syukur kami tak merungut, sebab bagi aku, ada orang yang langsung takde tv.

Kini tv aku dah ada netflix astro. Dan aku masih lagi ucap terima kasih kat suami bilamasa aku seronok tengok drama yang aku pilih. Yang terlepas tengok pun dapat ulang.

Kemudian, suami beri aku peluang untuk pilih jenama vakum sendiri. Aku tak sangka aku ada vakum. Mudah kerja rupanya.

Teringat dulu alah baru back to 15 years ago rumah aku ada karpet legend. Korang mesti tahu kan. Ada juga beberapa karpet lain yang keluar waktu raya.

Cuma karpet legend tu memang letak kat luar. Sebab dah nak uzur. Sapu kena guna penyapu atau lidi.

Tapi gigih tak gigih mak dan aku selalu basuh tangan. Gulung angkat letak kat laman luar berus.

Tunggu air kering sikit angkat dengan buluh, kemudian sangkut jemur. Bila kering sikit, balun dengan batang mop sebab nak bagi habuk2 tersisa jatuh. Penat.

Tapi masa tu tak mengeluh sebab ada kawan aku rumah tikar je, itupun lantai rumah pun hampir reput. Syukur dah.

Kali ini, bila ada vakum baru aku tahu, tak perlu selalu macam tu. Vakum selalu jadi karpet tak berat dengan habuk. Tapi kalau kotor basuh jugak, yang ringan boleh letak mesin basuh jee.

Cerita tentang mesin basuh. Lepas kahwin aku merasa guna mesin auto, syukur sebab basuh je then ambik jemur je.

Haha itu pun dah seronok belum lagi dapat dryer insyaAllah soon kalau ada rezeki.

Dulu, awalnya kami usung kain kat sungai, basuh atas para, berus sabun. Siap pakej aku sempat bawak anak itik aku mandi lagi. Haha.

Lepastu ada rezeki sikit ayah bagi mesin basuh manual. Cuma nak kena pasang paip, lepastu siap basuh bilas-bilas perah. Tapi masa tu okay je.

Lepastu, suami aku sediakan penapis air yang brand C**. Senang buat susu anak. Cepat pantas rupanya. Nak masak pun senanglah. Haha.

Aku seronok. Nak minum air sejuk, mudah. Dulu, aku ni berasap muka, tunggu jerang air dengan dapur kayu. Haha.

Pernah time paip tak naik air, kena ambik dekat telaga. Lepastu rebus dalam periuk besar, tunggu tak panas baru isi dalam bekas.

Okay, bila diingat balik, masa tu boleh kita lalui dengan baik, walhal banyak je lagi orang yang lebih susah dari kita. Kadang kita lupa untuk rasa syukur (pesanan untuk diri aku jugak)

Ada banyak benda lagi, tapi kalau korang berminat nak baca dan tahu nanti aku sambung. Kalau tak, takpe hihi.

Risau tulis panjang2 sekaligus kelaut dalam nanti. Adios.

– Bunga Kantan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *