Aku

Assalamualaikum. Aku harap admin rajin post luahan aku ni.

Ini kisah tentang aku takda kerna mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal dunia. Kisahnya begini, setiap kali aku keluar rumah berseorangan, pergi shopping complex, tengok ramainya orang dengan pasangan. Aku? Hurmmm.. malu nak cakap, takda laki yang nak kan aku.

Aku buka twitter, kawan twitter post, semua lelaki sama je, tak ada yang baik. Aku retweet. Buka FB, 10 ciri2 lelaki idaman, aku share. Bila ada post pasal perangai perempuan itu ini, pergi kat ruangan komen terus keluarkan hujah, semua lelaki sama je, lelaki pun itu ini.

Dah bosan, buka lagi twitter, ada ustaz ni single, dan hensem tweet something.. terus komen murni2. Buka lagi satu page, artis lelaki ni single post gambar selfie, terus komen miss V dah pecahlah. Wakil rakyat hensem dan macho post, komen b**bs bergegar. Ops!!

Bila dah bosan, malam2 sedih kenangkan diri, kenapa takda sapa nak kat aku? Kenapa aku still single. Kawan2 aku dah ramai yang kahwin. Anak pun dah bertambah.

Kemudian satu masa, terbuka hati aku membaca buku, kisah sahabat2 nabi. Kisah Rabiatul Adawiyah. Kisah Siti Khadijah, Kisah wanita2 solehah.

Aku terpegun. Betapa indahnya akhlak mereka. Ku bandingkan diri aku dan mereka, jaraknya bagai langit dan bumi dan mungkin jauh lagi. Aku cermin balik diri aku.

Ya Allah, betapa teruknya diriku. Inikah gadis yang meroyan kat twitter bila cintanya ditolak? Inikah gadis yang berangan2 ada lelaki baik akan melamar dia? Inikah gadis yang kononnya malu bila berjumpa lelaki depan2, tetapi hilang rasa malunya di alam maya?

Sedangkan bangun paginya selepas subuh, bangun2 pagi terus ke meja, cari makan. Tengahari duduk dalam bilik tunggu mak masak persis puteri. Selepas makan, masuk bilik tengok youtube, layan insta. Tengok drama korea. Bila lapar, turun ke dapur, makan balik.

Aku bertudung, image macam muslimah sejati tetapi tudung itu cuma menutupi rambutnya sahaja. Pakaiannya mengikut fesyen terkini. Lengan terdedah, seluar senteng. Alaa.. benda ni dah jadi normal. Banyak je insta famous pakai macam ni. Lawa apa?

Ya Allah, betapa hinanya aku. Sedangkan orang lain terus maju kehadapan. Sedangkan aku masih di situ bermimpi bak puteri beradu menunggu seorang putera datang mengejutkanku. Tiada usahaku untuk memajukan diri. Hanya melihat insta, cemburu tengok insta famous bercuti luar negara, terus komen negative-untunglah mak pak kaya, untunglah lawa, kulit cerah banyak followers boleh buat marketing kaya raya, untunglah sugar daddy kaya support. Kemudian, buka youtube, cara nak kuruskan badan, cara nak putihkan kulit macam orang korea. Pergi watson, habiskan duit kat skin care. Ini saja usahaku selama ini. Semua ini hanya nak tarik perhatian lelaki. Nauzubillahi minzalik.

Aku jauh dari landasan syariat islam. Solat cukup 5 waktu, tapi langsung tiada isinya. Solat akhir2 waktu, laju nak mampus, belum habis Al-fatihah dah rukuk. Setiap solat, hanya surah 3qul, dan al-ikhals yang ku baca. Biarlah asalkan solat. Sedangkan Rabiatul Adawiyah berjaga sepanjang malam bersujud dihadapan tuhannya, siangnya menjadi hamba kepada tuannya. Mulutnya tak terlepas zikir ke atas tuhannya, mulutku, terkunci dengan lagu2 cinta.

Jangan tanya pasal masak, masak kan tugas lelaki bila dah kahwin nanti. Sebab lelaki kena bagi nafkah kat isteri termasuk sediakan pakaian dan makan minum. Takpun, nanti dah kahwinlah belajar masak. Tetapi bila mak dan ayah keluar, tinggal aku sorang2, maggi terlebih air dengan telur yang dijamahku setiap hari. Kalau kaya sikit, delivery kfc atau mcd.

Korang, memang apa yang aku tulis ni cerminkan diri aku. Tetapi aku ingatkan hanya aku, rupa2nya, banyak perempuan macam aku. Aku takutlah penyakit ni contagious, kot2 aku yang pembawa(carrier).

Dah namanya single, aku takda suami. Aku tahu setiap perempuan bakal jadi janda. Kalau tak jadi janda bercerai dunia pun still korang akan jadi janda kalau laki korang mati dulu. Ye dak? Tapi takda sapa yang nak jadi mangsa perceraian. Kalau tengok diri aku ni, agak2 sampai bila laki tu nak tahan. Pemalas, dan selalu bermimpi disiang hari. Mungkinkah aku bakal jadi salah seorang yang tulis kat KRT satu masa nanti? Tetapi inilah realiti diri aku dan mungkin sebahagian besar generasi kini.

Wake up ladies!! Masih relevan ke hidup sebab dunia semata? Yes, perempuan sukakan kecantikan. Aku pun sebab aku perempuan. Nak kurus, nak kulit putih melopak. Tetapi niat asalnya untuk apa? Kalau untuk tunjukkan kat manusia, kecantikan itu akan pudar unless korang inject botox berbotol2. Tetapi, ada satu kecantikkan yang takkan pudar, jika kita semua berusaha cantikkan hati.

Allah tak nilai di akhirat kelak, kau cantik ke? Allah tak tengok putihnya kulit aku dan engkau. Tetapi, Allah tengok bersihnya hati kita. Macam mana nak bersihkan hati? Sedangkan mulut pun membawang sana sini?

Paling senang, jaga lidah dan jaga kemaluan. Jaga lidah, elakkan kutuk orang sana sini. Tapi saya jaga je lidah, ok je kut. Kau tak cakap, tapi jari kau yang menekan keyboard tu, kau tak jaga pulak. Jaga kemaluan, kemaluan tu bukan setakat elakkan zina je. Jaga maruah kau. Jangan jadi macam aku, aku tengok balik diri aku, macam perempuan yang takda maruah pulak. I’m shame of myself.

Takpalah, setiap orang ada zaman jahiliah masing2. Aku pun bukannya maksum. Dosa menggunung. Tetapi sekurang2nya, aku dah luahkan apa yang aku pendam. Jom reset our life together.

– Akiko kuasa dua.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *