Aku kemaskan barang-barang aku dekat bilik tadi. Dan aku terjumpa telekung kelabu dan buku asas agama yang telah lama aku ada dan simpan.
Beberapa hari ni aku mengemas, buku buku agama ku banyak..
Aku seorang mix chinese & memang aku non muslim. Tapi naluri aku kuat tertarik pada Islam. Setiap baikku sesungguhnya berlaku kerana Allah.
Sedihnya pada tahun ni… kemungkinan besar aku tau memang tiada peluang aku untuk menjadi Islam dan memeluk Islam.
Dan benda ni bukan salah sesiapa, bukan salah keadaan dan semuanya kerana aku.
Aku tidak berani convert sendirian. Sebab family.
Persepsi terhadap Islam dalam family aku memang negatif tapi sebab drama-drama tv ni la salah satu puncanya.
Aku tau, sebab apa yang mak aku tak setuju semua isi bualannya daripada drama TV.
Aku cuba cara lain. Biar convert melalui nikah.
Bukan tak cuba. Bukan tak cari. Bukan tiada orang nak. Tapi family pasangan yang tak boleh terima sebab aku bukan Islam dan aku bukan Melayu.
Mungkin bagi yang akan baca posting ini jika diterbitkan, akan bagitau, ‘Allah yang lebih utama berbanding apa yang ada di dunia’
Itu betul. Tapi jika aku teruskan dan ibu aku tiba2 sakit dan meninggal sebab perbuatan aku, bagaimana?
Kadang-kadang aku pun tertanya sendiri… adakah ini ujian yang Allah berikan untuk ku…
Mohon pandangan semua.
– Adwa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga Allah permudahkan segalanya Aamiin😊
Hi sis, sorry tertekan emoji marah. Semoga dipermudahkan segala urusan. Doa banyak2 pada Allah.
Hi sis, kalau boleh sis cari kawan yg dpt sama2 ngan sis utk bagi semangat ker, cari kisah2 inspirasi sahabat2 Islam baru kita mana tahu dapat belajar dan ambik tips dari diaorg. Sebab kita tak tahu bila akhir hayat kita, jadi sebaik2nya dipercepatkan syahadahnya, sebab sis pun dh ada keyakinan dan tiada keraguan lagi dengan Islam. Alhamduillah hidayah itu milik Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan sis dan keluarga. Fighting!! you can do it.