Aku..

Usiaku 40an.

Masa ini sepatutnya aku tak layan perasaan sangat dan lebihkan masa kejar bekalan akhirat.

Tetapi dua tahun ini aku berdepan masalah hati yang tak berkesudahan.

Hatiku teramat sakit dan membenci mentuaku.

Tahap benci aku sampai tak boleh tengok muka dorang.

Puas aku pujuk diriku sendiri. Merayu Allah. Supaya lembutkan hatiku, melapangkan jiwaku.

Tak kunjung jua kutemukan kedamaian hingga ke hari ini.

Perbincangan demi perbincangan bersama suami telahpun aku buat.

Tak jumpa jalan.

Sebagai anak, tentulah suami berharap aku boleh tetap berbaik dengan keluarga dia.

Tak semudah itu pula bagi aku.

Aku tak nak bermusuh, bergaduh, argue.. aku tak perlukan semua itu. Aku dah sampai tahap tak nak jumpa langsung. Walau sekedar tunjuk muka. Biarlah dorang dengan hidup dorang, aku dengan hidup aku,

Tentang suami dan anak2ku pula aku bagi kebebasan bila2 masa nak jumpa keluarga belah sana tanpa melibatkan aku. Noktah.

Beberapa kali aku meminta untuk dilepaskan cara elok pada suamiku, suamiku tak nak lepaskan aku. Sampai matipun suamiku tak akan lepaskan aku.

Hujjah suamiku ini bukan salah dia, jadi tak patut jika aku hukum dia dengan perceraian. Nak teruskan pula, macam rumah tangga ini hukuman buat aku atas kesalahan yang aku tak pernah buat.

Nak meminta suamiku buang keluarga dia itu memang mustahil.

Usia perkahwinan kami dah mencecah 20 tahun.

Suamiku 5 tahun lebih tua dari aku.

Aku habiskan usiaku sebagai suri rumah, atas permintaan suamiku masa awal menikah.

Alhamdulillah suamiku setia dan bertanggung jawab.

Selama 20 tahun pula aku mengutamakan mentua. Terutama ibu mentuaku. Menjadi menantu yang paling taat dan patuh.

Menyayangi keluarga mentua sepenuh hati.

Aku sedar yang aku hanya menantu, jadi aku tak pernah berharap lebih. Tak pernah berharap mendapat tittle “menantu kesayangan”, pujian, atau dilayan macam anak sendiri.

Hanya berharap secebis kasih sayang ikhlas dan dimanusiakan.

20 tahun aku bagi seluruh hidupku hanya untuk rumah tangga dan mentua.

Pengorbanan yang mungkin tak semua wanita bergelar isteri boleh lakukan.

Bukan nak mendabik dada.

Tak ada kata “tidak” jika untuk ibu mentuaku. Raya pertama hingga ketujuh tiap2 tahun selama 20 tahun harus dirumah mentua, aku turutkan tanpa merungut. Aku tak nak bergaduh.

Orang tuaku masih hidup dan sihat. Pelbagai macam cara aku pujuk orang tuaku supaya tak kecil hati. Tiap2 tahun seperti ini.

Rasa sedih memanglah ada, tetapi aku selalu pujuk hatiku semoga dengan pengorbananku ini Allah permudahkan hidup my parents melalui jalan lain.

Aku dari keluarga b40 sederhana, parents aku pentingkan pendidikan dan agama. Keluarga biasa sahaja.

Suamiku dari keluarga m40 mendekati t20 yang cerai berai dan utamakan kebendaan. Sebaik apapun manusia, jika tak menghasilkan duit bermakna useless. Halal haram tak kesah. Bagitulah mentuaku memandang dunia dan manusia.

Cerai sedari suamiku kecik, secara tak elok. Ibu mentua tak nak dimadu walau ayah kandung suamiku mampu. Dendam itu dibawa sehingga kini.

Suamiku dilayan dengan herdikan sebab wajah suamiku iras ayah kandungnya. Suamiku tak pernah jumpa ayah kandungnya sehinggalah aku mengandung. aku yang bawa suamiku cari ayah dia secara senyap2.

Suamiku tak berani cari, sebab selalu diugut sebagai anak derhaka jika cari ayah dia, dan sedari kecik dibrain wash bahawa ayah kandung dia kaki pempuan.

Ayah kandung suamiku tetap menafkahi suamiku sampai usia suamiku 18 tahun ya. Bukan lepas tangan. Tanpa boleh berjumpa dengan suamiku.

Beberapa tahun lepas, ayah mentua tiriku telah berbuat tak senonoh padaku. Dia heret tanganku masa aku baru keluar bilik air dan dia ciumi aku secara buas. Aku terkejut dan menepis semampuku.

Keadaan rumah sunyi masa tu, ibu mentua dan suamiku keluar. Hanya ada aku dan anak2 ku. Remaja dan baby. Perempuan. Aku meminta dia tak ulangi sebab aku jijik. Dia menjawab yang itu bentuk sayang dia. Aku keliru dengan jawaban dia.

Aku report pada suamiku.

Aku meminta jika bermalam dirumah ibunya, dia tak boleh tinggal aku dan anak bersendirian. Tapi aku tak didengar. Mungkin aku yang terlalu bertapis kot.

Dan itu bukan kejadian pertama dan terakhir.

Kejadian itu sentiasa berulang2.

Pantang tengok kesempatan (entah ibu mentuaku tengah dibilik air, dan kebetulan suamiku pergi beli barang.

Masa suamiku tengah tidur dalam bilik dan aku tengah siapkan makanan kat dapur) pasti ayah tiri suamiku akan menarik tubuhku dan menciumiku dengan rakus.

Dan aku akan menepis, menolak, menangis. Memeluk diriku sendiri bagi melindungi diri dari kerakusan nafsu buas dia. Hanya mampu menghiba supaya lepaskan aku, dan tak ganggu aku.

Aku pernah panggil suamiku masa diperlakukan macam itu, suamiku lambat datang, dan sekelip mata ayah tiri suamiku ini berubah watak. Menjauh, diam, tenang. Macam tak ada apa2.

Ada sesiapa ke yang boleh percaya jika aku bagi tau yang aku dicabul? Kerja dia betul2 clean.

Aku jijik diperlakukan seperti ini.

Aku tegur ayah tiri suamiku dari cara elok sampai agak meninggi suara. Tapi tak jalan.

Report kepada suami telah aku buat. Berulang2 kali. Aku merasa didiamkan. NO reaction. Macam mustahil satu2nya orang yang sembahyang dalam rumah itu, kerap ke surau, pakai jubah, boleh berbuat tak senonoh pada menantu sendiri.

Ya, sekali lagi aku kena telan semua itu sendiri. Bertahun2 aku kena hadap benda ini.

Aku tak boleh berkasar atau berteriak. Sebab aku ada anak perempuan remaja. Anakku selalu ikut kemanapun aku dan suamiku pergi. Termasuklah bermalam dirumah mentuaku.

Aku takut, anak perempuanku yang akan jadi mangsa seterusnya. Mengingat ibu kandungku dah tak nak berkunjung ke rumah kami, sebab tangan dan paha ibuku pernah beberapa kali diraba2 oleh ayah tiri suamiku ketika ibuku berkunjung ke rumah kami.

Ketakutanku akan keselamatan anak perempuanku melebihi ketakutan tatapan liar ayah mentua tiriku padaku masa ada kesempatan. Aku nak lindungi anak perempuanku dari jadi mangsa selanjutnya.

Puas aku slow talk dengan suamiku apa yang berlaku pada aku dan kerisauan aku pada keselamatan anak perempuan kami. Suamiku hanya diam, aku tau dia sulit nak percaya, dan maybe anggap aku terlalu berlebihan.

Aku tak nak gaduh2. Suamiku sayang ibunya. Ibunya sangat mencintai suaminya. Aku kalah dari segala sisi. Andai aku nak nasibku betul2 dibela, akan terjadi kegaduhan. Aku tersepit. Sedangkan suami ku sendiri susah nak cerna benda ini.

Aku tak cerita pada suamiku perihal ibuku kena raba oleh ayah tirinya. Ibuku tak nak panjang cerita. Risau menjejaskan rumah tanggaku, mengingat ayah tiri suamiku berwatak alim dan rajin sembahyang. Kerap ke surau.

Ibuku hanya menasihatiku agar selalu berhati2 terhadap ayah tiri suamiku.

Kemuncaknya apabila ibu mentuaku tak lagi nak berwasap denganku. Tak nak call. Aku call pun di reject. Last2 aku diblock. Aku risau, takut ibu mentuaku sakit.

Kitorang tinggal berlainan negeri. Ayah tiri pula tak selalu ada dekat rumah. Ibu mentuaku adalah isteri kedua. Dan ini pernikahan ke 4 ibu mentuaku..

 (Ya, ibu mentuaku perampas. Hal yang paling dia benci dahulu. Sampai sekarang pun dia akan panggil isteri ayah kandung suamiku dengan sebutan perampas tak sedar diri. Dia terlupa yang dia pun diposisi yang sama).

Mentua selalu wasap dan misscall. Setiap hari, tanpa miss. Untuk mengawal gerak geri kehidupan kami. Apabila misscall, aku kena cepat2 call dia. Dia tak nak kuota ataupun kreditnya berkurang.

Ayah tiri suamiku pula selalu wasap menggatal. Melucah. Aku just read tanpa jawab. Jawab pun seperlunya sahaja bila betul2 urgent.

Ayah tiri suamiku mempunyai jawatan yang sama besar dengan ibu mentuaku. Disalah satu syarikat kenamaan.

Rupanya mentuaku sedang melangsungkan pernikahan adik suamiku. Pesta meriah. Gilang gemilang. Di sebuah hotel. Dengan anak orang kenamaan. Aku tau benda ni 3 bulan lepas party itu.

Dan yang lebih lawak adalah besan dia tinggal 1 negeri dengan tempat tinggalku dan suami. Majlis besar2an pun dibuat oleh keluarga belah lelaki. Di negeri aku tinggal. Tanpa aku ketahui. Tanpa kami anak beranak dijemput.

Aku macam blur. Aku lah orang yang terakhir tau perkhabaran itu. Pun bukan dari mulut mentuaku sendiri. Tapi dari mulut ke mulut.

Suamiku dan aku memang selalu dibelakangkan oleh ibu mentuaku. Selalunya ibu mentuaku akan mencari kami balik bila dah rasa sunyi, atau segala party dah berakhir. Tapi aku tak pernah berkecil hati. Suamiku pun tak pernah dilayan elok, apatah lagi aku yang hanya berstatus menantu.

Walau hidup mewah serba serbi ada, selalu bercuti keluar negara, hakikatnya suamiku tak pernah ikut merasakan semua itu.

Ibunya selalu ingatkan kami dengan ayat yang menyakitkan hati. Suamiku tak ada ayah, jadi tak boleh kacau hidup dia, masa kecik dah dibagi makan. Ya.. ayat itu direct diucapkan ibu mentuaku padaku atau pada suamiku. Tanpa tapis. Selalu. Berulang2. Setiap bulan. Setiap tahun.

Tetapi setiap jumpa, kami memang wajib bagi uang yang tak sedikit, pelbagai buah tangan, including untuk keluarga isteri pertama ayah tiri suamiku.

Suamiku tak pernah kecil hati. Sedari usia 13tahun ibunya menyuruh dia kerja part time untuk sara keperluan diri. Jadi setakat ayat2 menyakitkan macam itu taklah melukai suamiku. Dia tetap layan ibunya dengan santun.

Bahkan aku tengok dia lah satu2nya anak yang sentiasa cakap lembut terhadap mentuaku. Sekalipun aku tak pernah tengok suamiku tinggikan suara, walau ibunya bercakap dengan dia dengan sangat kasar.

Tak.. ibunya tak kasar, ibunya boleh menjadi lembut dan tersenyum bahkan ketawa, hanya jika bercakap dengan manusia selain suamiku.

Tak ada sesiapapun yang bercakap lembut dengan mentuaku selain suamiku, seluruh keluarga dia termasuklah anak2 dia selalu bercakap dengan kasar pada ibu mentuaku, tetapi ibu mentuaku tak kesah bahkan selalu manis melayan dorng.

Apapun yang mentuaku buat padaku selama 20 tahun ini, aku tak pernah mengeluh. Walau terkadang kerap tak memanusiakan aku. Sebab, aku mencontohi suamiku.

Macam manapun jua ibunya sisihkannya, dia tetap berbakti terhadap orang tua. Sangat halus budi bahasa suamiku terhadap siapapun.

Tak apa…

Aku cuba berlapang dada.

Aku masih berharap mentuaku berubah. Boleh pandang kami anak beranak sebagai satu keluarga.

Aku gagahkan diri dan tabahkan hati.

Tetap ikut suami ziarah ibu dia.

Melapangkan hati, asalkan yang menikah dah selamat berkahwin. Bab jemputan itu tak apa lah..mungkin terlepas pandang.

Rupanya tak ada perubahan.

Ibu mentuaku sentiasa sama. Selalu membelakangkan, sisihkan, dan menipu kami. Merahsiakan apapun dari kami. Sedangkan apapun tentang kami anak beranak wajib buat report penuh pada ibu mentua, dan segala sesuatu pergerakan kami kena atas izin ibu mentua.

Sampai sekecil2 bab apa yang aku masak atau apa yang kami beli. Kena minta izin. Padahal duit adalah duit kami sendiri, dan kami tinggal berjauhan dari mentua.

Penipuan ibu mentua sekali ini aku macam tak boleh terima. Masa aku persoal, jawaban ibu mentua sungguh membuatku terluka. Aku hanya orang luar. Tak perlu nak tau itu ini perihal keluarga dia. Itulah jawaban ibu mentua aku.

Aku fikir sebagai satu keluarga tak salah berkhabar jika masih dalam batasan. Tetapi mentuaku tak berfikir seperti itu. Jadi aku rasa hubungan yg terbina dah macam hamba dengan tuan. Bukan macam family.

Dan pada masa yang sama aku tetap dicabul oleh ayah tiri suamiku. Macam biasa, aku memeluk diri sendiri melindungi diriku.

Dan sekali ini dia nak buat lebih dari itu.

Masa itu kesabaran aku dah mula terhakis. Aku ugut dia nak bagi tau suamiku. Jawaban dia sangat menyakitkan hatiku. Suamiku tak boleh berbuat apapun jika tau. Itu jawaban ayah tiri suamiku.

Ku tepis tangannya yang nak meramas payudara aku dengan rakusnya. Sakit hatiku tak perlu dipertanyakan lagi. Aku rasa diriku dah jadi macam sampah pelacur. Oh tuhan… seperti inikah dunia?

Balik rumah, aku rasa hilang kesabaranku. Aku mengadu dengan suamiku semua yang terjadi. Satu persatu. Aku nak sekali ini dia dengarkan aku. Teresak2 aku menceritakan semua yang aku pendam selama ini.

Aku benci keluarga dia. Aku dah tak boleh nak tengok muka dorang lagi. Cukup sudah 20 tahun aku ikut rentak dia, dan cukup sudah pencabulan yang aku kena terima.

Aku call ibu kandung aku. Aku buka pembesar suara. Aku buat ibuku menceritakan kembali detik hitam macam mana ayah tiri suamiku meraba2 ibuku. Beberapa kali.

Suamiku mendengar sendiri pengakuan ibuku.

Aku fikir suamiku mendengarkan dan faham posisiku. Faham kerisauanku pada anak kami. Faham aku sangat terluka. Dan boleh akur pada keputusan aku untuk menjauhkan diri dari keluarga dia. Tetapi aku salah…kot..

Beberapa bulan lepas itu, ibu mentuaku call suamiku. Kami tak boleh datang rumah dia untuk bermalam, sebab menantu baru dia akan kerap tidur dirumah dia.

Aku yang sudah terluka, menyambut baik keinginan ibu mentuaku. Setidaknya inilah jalanku untuk selamat.

Tak apa lah kami dibuang, demi kebaikan aku dan anak perempuanku.

Tanpa aku sangka, lepas kejadian itu ibu mentuaku mula mencariku.

Mencari anak2ku. Dia rasa sunyi sebab tak ada yang datang tengok dia. Menantu barunya kerap bawa anaknya balik kampung.

Ibu mentua minta kami datang hanya pada masa menantu kenamaan dia tak ada. “Only”. Kata “Hanya” betul2 ditekankan oleh mentuaku. Bukan andaian aku sendiri.

Suamiku akur.

Hatiku sungguh sakit.

Suamiku tak mendengar keluhanku.

Aku mengamuk dan menangis. Itulah pertama kali hatiku hancur sehancur2nya.

Aku tak habis pikir, macam mana suamiku boleh nak berbaik2 dengan orang yang mencabul istrinya berkali2. Yang bertindak tak senonoh pada ibu kandungku…

Macam mana suamiku masih boleh tunduk pada ibunya walau dia tau ibunya hanya mencari dia untuk buang masa sahaja. Sebagai pelarian jika tak ada sesiapa layan dia.

Macam mana suamiku boleh letak aku pada tempat yang aku rasa tak selamat, pada masa yang sama aku kena jaga keselamatan anak2 perempuan kami juga. Menjaga sendirian.

aku sudah sampai batas tak boleh nak hadap muka dorng semua. Aku meluat. Aku jijik.

Aku tak minta dibela dengan cara bergaduh, atau tumbuk muka ayah tirinya, atau panjangkan jadi kes polis, atau persoal ibunya kenapa suka perlakukan kami anak beranak macam binatang. Aku tak minta semua itu… Aku hanya minta dia empati pada perasaanku.

Aku sungguh2 terluka dan kecewa pada keluarganya. Aku dah sampai limit. Aku tak nak jumpa manusia2 itu.

Aku tak halang dia jumpa. Nak bawa anak2 kami bawalah asal jangan bermalam. Dia boleh bermalam sendiri. Jangan bawa aku lagi masuk dalam keluarga dia. Aku tak nak dah…

Aku sangat kecewa dengan sikap suamiku. Dia masih tetap beradab didepan ayah tirinya. Hujjah dia, itu adalah suami ibunya. Dia kena hormat demi ibu dia. Jadi…aku macam mana???

Perasaanku letak kat mana?

Bertahun2 aku sembah kaki istri pertama ayah tiri dia semata2 supaya istri pertama tak berdendam dan tabur fitnah.

Aku yang jadi bibik tanpa gaji setiap kali ibu suamiku mengadakan jamuan. Jadi bibik bagi keluarga mentuaku dan jaga anakku sendiri tanpa bantuan pada masa yang bersamaan.

Aku yang selalu ada untuk ibu mentuaku pada masa tak ada sesiapapun nak.

Aku letakkan ibu mentuaku pada kedudukan tinggi. Aku sayangi dia. Aku hormati dia. Segala arahan dia adalah wajib bagiku tunaikan. Tenaga, masa, duit ringgit. Aku sampai tak mempunyai apapun untuk diriku sendiri.

Aku telan setiap hinaan ibu mentuaku pada anak2 perempuanku yang konon berpenyakit semua sebab aku ibu yang tak pandai jaga anak.

Walhal resdung pada anak sulungku dan eczema pada anak keduaku adalah keturunan dari darah dia. Ya, ibu mentuaku dan keseluruhan anak2 dia menderita penyakit yang sama.

Aku tak pernah persoal suamiku pembawa thalasemia dari genetik ibunya.

Aku telan setiap tahun kena tengok ibuku menangis nak beraya bersama aku, anak perempuan dia satu2nya, tetapi aku lebih memilih menjadi bibik free dirumah mentuaku untuk persiapkan segala jamuan rumah terbuka mentuaku.

Aku dah buat semua segala yang terdaya. Sepanjang hidupku. Untuk dorng semua. Sampai aku terlupa bahagian untuk diriku sendiri.

Dan kini aku tengah betul2 terluka atas segala yang terjadi. Aku hanya ingin suamiku hormati dan akur pada keputusan aku.

Tapi aku merasa tak mendapat itu semua apabila suamiku masih memutuskan aku kena jua jumpa sekali sekala walau sekejap.

Rumah tanggaku seolah2 dah ada jurang pemisah. Dah tak sama rasanya macam dulu.

Aku dah berubah mudah melenting, kerana aku merasa diriku terluka tetapi tak mendapat support mental dari suamiku.

Aku tak boleh lupa macam mana aku dicabul. Bertahun2. Tanpa kerelaan aku. Tanpa pembelaan. Penuh ketakutan. Tak terdaya.

Aku tak boleh lupa macam mana perlakuan ibu mentuaku pada aku, suamiku dan anak2ku bertahun2.

Aku terkenang balik kesemua perbuatan2 dorang selama 20 tahun ini, apabila aku bersua muka dengan dorng.

Semua itu menyakitkan hatiku.

Aku tak nak balas balik segala bentuk kekejaman dorng. Aku hanya tak nak jumpa, tak nak tengok muka dorng semua, tak nak sebut nama dorng supaya aku tak ingat balik hal2 yang dah lepas. Noktah.

Tetapi permintaan sesimple itu, suamiku tak dapat tunaikan….

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Adoiii yang husband tu pun dah kenapa macam tak mahu melindungi keluarga kecil sendiri.part paling tak boleh terima adalah part pencabulan.confessor ni dah kene cari jalan macam mana nak jana duit sendiri ni supaya tak terlalu bergantung pada husband kalau nak proceed untuk bercerai.saya cadangkan jugak kalau waktu2 bapak mentua tiri tu suka mendekat nak buat benda tak senonoh,time tu confessor tolong lah video call sesiapa yang boleh dipercayai supaya si bodoh tu tak berani nak proceed aktiviti jijik dia.letak camera dekat tempat tersorok ke ape.boleh buat bukti kalau nak report polis ke ape.semoga Allah lindungi keturunan confessor ni dari lelaki jalang dan pengecut dan moga yang baik2 aje untuk kehidupannya.

  2. Suami kamu mangsa abuse, kena minta org yang lebih tua atau kaunselor utk nasihat.

    Part pencabulan tu menunjukkan suami kamu dayus. Buatlah laporan polis, tunjukkan bukti yang ada. Jaga maruah sbg wanita Islam. Perkara ini perlu dicegah sblm yg lebih mudarat berlaku.

    Semoga puan dan keluarga dalam perlindungan Allah

  3. Sgt melampau! Puan bersedialah dgn portable mini cctv or hidden camera (beli online) utk rakam perbuatan cabul oleh bapa mertua tersebut dan report kepada polis untuk tujuan dirakamkan dan atas kerisauan keselamatan. Ini demi menjaga kehormatan dan maruah puan dan anak2 perempuan! Jangan tunggu suami yang mengorak langkah – itu tidak akan berlaku. Suami puan telah didoktrinkan sedari kecil – setelah sekian lama, telah sebati dalam diri dan perlakuannya. Berdoalah bersungguh2 kepada-Nya agar hidayah Allah dapat membuka mata hati & jiwa suami untuk pertahankan keluarga kecil sendiri! Kami hanya boleh mendoakan dari jauh…

  4. puan, time dia buat kerja tak senonoh tu kalau puan dekat dapur, lumurkan cili/bawang pada muka dia. kali ni tak perlu dah puan nak jaga hati mereka mereka yang menyakiti puan. kalau rasa2 berseorangan time tu, bawak sekali fon, on siap2 kamera mode video. at least kalau suami puan pun taknak percaya, pergi report polis terus. sampai bila nak hadap jantan tua tak guna tu mencabul? sampai dia cabul/perkosa anak perempuan u pulak ke baru nak bertindak?

    jaga dulu diri sendiri.

  5. Hati saya seperti dirobek2 bila baca cerita haram jadah macam ni. Saya hampir diperkosa anak jiran haram jadah waktu kecil dulu. Mmg trauma sampai ketua. Cukup stress bila anak perempuan nk keluar lepak dng kawan2 yg bercampur jantina. Selalu bertengkar dng anak yg polos dan hanya ingat nk bersenang2 tanpa memikirkan bahaya mengintai. Puan pasang kamera dibadan 24/7 jika berada di kampung suami. Simpan bukti. Jgn terlalu santai. Suami mu bangang. Kau kena bijak. Awak ada anak perempuan remaja yg mesti dilindungi. Bertahun2 awak bertahan. Jgn tunggu nasik jadi bubur. Ini bukan sabar tapi bodoh. Cerita pada anak remaja awak, supaya dia pon lebih waspada. Jantan s..l sentiasa menunggu korang lengah. Ya Allah tak cercapai otak saya memikirkan bahaya yg awak harus hadap selama 20 tahun

  6. Boleh sy tahu kenapa awk xangkat kaki je..dia xnk ceraikn bukan mslh pada awk. Awk bukan nusyuz. Awk dah dlm situasi xselamat. Jadi pergi je tinggalkan dia. Awk terlalu depend pada dia utk buat keputusan. Dia xblh pikir dgn waras xkan awk nk ikut lg. Logik ke dah tahu isteri kena sentuh dgn laki lain dibiarkn je. Lgsg xde rasa kebertanggungjawaban. Ntah2 anak awk pon dah kena cabul, semua pakat diam xnk bergerak buat keputusan. Selamanya ditindasla. Dia xnk cerai, biarkan je. Awk bwk anak skali balik rumah mak awk mulakan hidup baru. Dia nk bwk je mahkamah silakan. Tgk dia bersedia ke bapak tiri dia punya perangai dilondehkan. Jgn buang masa dgn suami mcm tu. Tinggalkn je sbb dia xblh bertindak guna akal sndri, nk kena org luar yg ckp kt dia menda ni salah. Isteri ckp dia anggap nonsense je

  7. Baca pun geram, Tua sial, kena dapatkan bukti (CCTV tersorok atau kamera tersorok), terus je repot Polis sbb suami kamu pun tk layan aduan kamu, sebagai suami dia, tanggungjawab dia lindungi maruah kamu, walaupun kamu hanya suri rumah, maruah kamu tetap ada sebagai manusia dan isteri, tk boleh diraba2 & dicabul, ni kesalahan yang berat dan serius, banykkan berdoa kerana doa org dizalimi sgt mustajab.

  8. Ala normal la tu org tua kan jalan pun xbetul. mungkin terlanggar sikit tercuit sikit biasala tu. awak ni pun satu, xperlu la nk terasa sgt kot ye pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *