I’m 32, married for 3 years with one child. Ketika umur awal 20-an aku pernah didiagnos dengan anxiety & depression tapi berhenti rawatan disebabkan aku sambung belajar luar negara.
Baru baru ni aku didiagnos pula dengan Borderline Personality Disorder (BPD). Puncanya aku kerap bergaduh dengan suami, hingga tahap memukul suami dengan tangan.
Aku mula marah melampau lampau selepas melahirkan anak.
Mulanya aku ingat ini simptom postpartum depression, jadi aku agak terkejut apabila hanya 2 sesi bersama psychiatrist di salah sebuah klinik kesihatan mental kerajaan aku terus didiagnos dengan BPD.
Sesi pertama 1jam, sesi kedua kurang 30 minit. Jadi aku rasa macam banyak lagi yang belum terluah ketika hadir pada sesi ketiga.
Aku tahu ada yang tak kena dengan aku dari kecil. Aku sentiasa berasa takut. Keluarga aku kucar kacir. Bapa tak bertanggungjawab, ibu & abang yang sering mengamuk serta adik beradik lain yang bawa haluan masing masing.
Sekarang ibu dah meninggal, bapa tinggal dengan seorang kakak yang aku pun dah tak keep in touch. Oleh sebab tu aku decide untuk seek help dan didiagnos dengan depression & anxiety ketika itu.
Jujur cakap aku keliru bila doktor kata aku ada BPD setelah hanya 2 sesi. Aku google tentang BPD dan diagnosis ini kadang diberikan memakan masa bertahun.
Aku pernah dengar penghidap BPD ni antara yang complex dan selalunya doktor sendiri ada stigma dengan orang yang ada BPD.
Aku tak pernah ada masalah dengan hubungan, malah sejenis jaga persahabatan.
Aku masih kawan rapat dengan kawan sekolah, kawan uni, ex colleague dan hubungan bersama makcik dan pakcik pun masih baik sedangkan masalah penghidap BPD yang utama antaranya adalah masalah perhubungan.
Setelah didiagnos, doktor yang merawat kata beliau akan refer aku pada clinical psychologist.
Ya aku sejenis explosive anger terhadap husband aku bila dia trigger aku. Tapi aku tak pernah ugut untuk cederakan diri sekiranya husband aku nak tinggalkan aku.
Malah aku sendiri pernah bincang untuk berpisah disebabkan explosive anger aku ni hanya akan menyakitkan dia.
Kadang kadang fikiran aku terlalu serabut hingga akhirnya aku rasa kosong. Kadang aku rasa dissociated dari realiti bila aku triggered.
Aku tak pernah deny masalah yang aku hadapi sekarang, cuma aku keliru begitu mudah untuk didiagnos dengan masalah personality sedangkan semua ini jadi selepas aku melahirkan anak.
Untuk pengetahuan, sesi ke-3 adalah bersama doktor yang berlainan dari sebelumnya. Jadi pada sesi ke-3 lah doktor beritahu aku ada BPD.
Yang membuatkan aku down, apabila doktor yang baru sekali bertemu aku itu terus warning aku sebelum sesi bermula. Kata beliau memang personaliti aku begitu, jadi aku ni tak sakit cuma karakter aku memang begitu.
Aku sendiri yang kena kawal amarah terhadap suami sbb its just all in my head. Beliau terus bentangkan akta yang membolehkan aku disabit kesalahan sekiranya aku bertindak abusive.
Selepas itu, apa yang aku luahkan pada beliau dicantas satu satu. Ibarat doktor tak percaya dengan segala gala yang aku luahkan sedangkan 2 sesi sebelum ni aku banyak diam sbb aku tak tahu apa yang perlu aku ceritakan.
Untuk sesi ke-3 ini aku dah tulis semua dalam buku, tapi dicantas setiap satu seolah olah luahan aku invalid disebabkan label BPD itu.
Tujuan aku menulis confession ini bukan untuk deny apa yang aku alami. Doktor sudah tentulah pakar dalam bidang mereka jadi mereka lagi faham tentang label yang mereka letak pada pesakit.
Cuma aku rasa terkilan masih banyak yang aku belum ceritakan tapi tak didengari setelah aku bersedia untuk bercerita.
Sebab yang mengalaminya adalah aku. Aku hadir sesi dengan harapan untuk sembuh, tapi apa yang aku luah semua dicantas satu satu.
Aku harap sesi seterusnya bersama clinical psychologist dapat merungkai masalah aku yang sebenar.
Aku sayang keluarga kecil aku. Aku cuma nak hidup normal without being stuck in the past nor afraid of the future. Aku tak nak menjadi seorang yang pemarah terhadap suami.
Aku sangat hargai sekiranya ada pembaca yang menghidap BPD, atau yang menjaga pesakit BPD sudi bercerita tentang simptom yang dialami atau kisah hidup di ruangan komen. Terima kasih.
– Diana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam Puan. Saranan saya dapatkan 2nd opinion. Kalau boleh dgn Psikologis (psycologist) yg sama bagi setiap sesi. Usaha dengan Psikologis (terapi/kaunseling) dahulu sebelum Clinical Psychiatrist (ubat). Most probably kena invest pergi private sector. Normally, 1 sesi RM200-RM300. Cuba survei hospital swasta. Moga Allah permudahkan urusan Puan & famili.