Aku Ada Jawatan

Assalamualaikum. Hi. Thanks pada admin if confession ni disiarkan. Aku bukan student iium, tapi aku peminat setia page iium confession ni. Apa yang aku nak kongsi ni, bukanlah untuk bertujuan riak atau seangkatan dengannya. Aku berkongsi dengan niat nak berkongsi ilmu. Maka, mana mana input yang aku sampaikan, yang baik, amalkanlah. Yang buruk, tinggalkanlah dan jadikan sempadan.

Aku nak kongsi kisah aku waktu aku belajar di sebuah universiti tempatan dulu. Biasalah, kehidupan di U macam macam ragam manusia yang akan kita jumpa. Masa zaman aku belajar, yelah zaman muda muda kan. Zaman tak matang. Apalagi kalau batch kau tu semuanya sama umur dengan kau. Yang datang dari sekolah sekolah hebat mestilah bangga. Aku dari MRSM, aku dari SBP, SBPI etc. Nak dijadikan cerita, housemates aku time zaman belajar dulu semuanya dari sekolah hebat. SBP, SBPI, MRSM dan mereka ada jawatan lagi. Aku dari sekolah biasa biasa je, sekolah kluster. And yes, aku dipinggirkan. Sebab? Sebab aku hanyalah budak kluster je. LOW katanya. Tak setaraf dengan diorang yang sekolah hebat hebat ni. Bagi aku, bila kau dah masuk alam U, kau takperlu kot nak pandang hal hal sekolah dulu. Siap pung pang pung pang duk jaja cerita jawatan2 yang kau pernah ada.

“Eh, aku kat sekolah dulu Badar. Dah biasa dah handle benda benda agama ni.” Padahal subuh kau pun hari hari aku yang kejutkan. Badar sangatlah tu. Aku bukan nak salahkan orang yang berjawatan badar disekolah tu, tak. Diorang bagus. Tapi yang tak bagusnya bila kau riak dengan jawatan tu. Kita dah masuk alam U, takperlulah nak cerita lagi hal sekolah. Tak salah nak throwback, tapi rasanya hal jawatan tu boleh simpan tepi kot. Itu satu hal. Satu hal lagi, bila kau dah terlalu tekankan sangat BEKAS jawatan kau tu, kau sedar tak ego kau lama lama jadi makin tinggi? Terutamanya dengan orang yang kau cakap LOW ni. Semua benda kau asyik nak mengarah. Mengaraahhhh je kerja kau. Mengarah orang je kau tau. Apesal kau tak buat sendiri? Kau kan badar. Badar patutnya tunjuklah contoh yang baik. Ini tidak. Mencalarkan nama Badar je. Orang lain pun dah susah nak respect kau. Awal awal memanglah aku respect, tapi kalau kau kerap buat perangai macam ni, hilang respect aku. Bila orang tegur sikit, mulalah tarik muka, tak bertegur sapa dua tiga hari. Come on, takkan orang berjawatan tak boleh terima teguran kot? Berubahlah kawan, jawatan tu tak kekal lama pun.

Kau badar, tapi kau mengumpat orang. Kau badar, tapi kau hasut orang. Kau badar, tapi kau memburukkan orang. “Jangan salahkan badar.” Ya aku tahu. Badar itu sendiri tidak salah. Yang salahnya bila kau jadi badar bertahun tahun, tapi kau tak mampu pun nak didik hati kau untuk berubah. Kau ajak orang berubah, tapi kau sendiri? Hm fikirlah kawan. Sebab tu Islam didik kita untuk bersederhana. Tak perlu nak riak. Takperlu nak bongkak. Sombong sombong tu nak kemana kak? Sudahlah, aku harap kuranglah jenis manusia yang berbangga dengan zaman sekolah ni.

Kawan, darjat di sisi Allah ni, Allah tak pandang kau ni Badar ke, Ketua Pelajar ke, tukang cuci ke, pengetua ke, Allah pandang amal kau. Allah pandang hati kau. Sesiapa pun boleh ditinggikan darjat oleh Allah, tak kira apa jawatan atau takde jawatan sekalipun, kalau kau jaga Allah, In Shaa ALLAH, Allah akan jaga kau. Sampai sini je bebelan aku, terima kasih baca. Allah bless you and me. Wassalam.

– KkRck

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit