Aku berusia 25 tahun dan belum berkahwin, aku telah menjalinkan hubungan dengan suami orang, hubungan terlarang.
Pada mulanya, hubungan tu sekadar kawan, hubungan abang kepada adik. Tapi menjadi tahap yang serious sehingga kami melakukan hubungan terlarang yang dimurkai Tuhan iaitu hubungan z1na.
Ya, hubungan haram yang semakin hari semakin seronok dilakukan, semakin hari semakin aku jauh dari Tuhan, aku dibuai dengan kata kata manis dia.
Bila dipikir balik, dia hanya cari aku hanya untuk melakukan hubungan terlarang sahaja. Ini merupakan kali pertama aku terjebak dalam percintaan suami orang.
Dulu aku sangat benci perampas, aku sangat benci dengan orang yang curang, sekarang Tuhan membolak balikkan hati aku. Aku diduga, sungguh hebat kata kata lelaki yang merupakan suami orang, seorang ayah kepada dua orang anak.
Walau bagaimana pun, instinct seorang isteri ni sentiasa betul, kau kena pegang ayat ni sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua & bangkai kalau ditutup tetap berbau jugak,
Kau sorok harini perbuatan hina kau dengan aku, satu hari nanti kalau tak kantoi dengan aku, mungkin kau akan kantoi dengan orang lain.
Pada satu hari, bila Malaysia digemparkan dengan kematian penyanyi tanah air yang merupakan seorang ibu, yang bertarung nyawa melahirkan zuriat,
Ini membuatkan hati aku terjentik bahawa besarnya pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriat sehingga sanggup pertarungkan nyawa.
Dia pernah cerita dengan aku yang isteri dia kuat cemburu, terlalu control. Tapi aku tak pernah percaya apa dia cakap. Kalau perempuan dah jadi macam tu mesti ada sebab, sebab bukan sekali kau buat macam ni kan.
Aku ada kakak & abang aku yang tak berjaya dalam perkahwinan, anak anak terpisah rasa beban akibat perpisahan tersebut.
Aku sayang anak anak buah aku. Aku tak nak anak anak dia jadi macam anak anak buah aku yang broken family. Jangan disebabkan perangai kau, anak anak jadi mangsa. Dorang perlukan kasih sayang.
Jangan jadikan alasan pjj dengan isteri dan anak anak, kau cari ramai perempuan untuk kau lempias nafsu. Kau ada anak, kifarah tu ada.
Lepas peristiwa kematian penyanyi tersebut, aku mulai sedar,hidup ni tak lama, bahawa aku telah mengkhianati kaum aku sendiri aku merasakan aku ni jijik, hina dina sungguh diri aku ini, aku kotor.
Aku menangis hari hari kerana dosa yang dilakukan oleh aku merupakan dosa besar. Aku minta dengan Tuhan supaya tarik rasa sayang ni. Aku rasa bersalah dengan isteri & anak anak dia. Sampai satu tahap aku dah tak mampu nak hadap dunia ni.
Aku membayangkan bahawa isteri sibuk jaga anak anak , isteri mempertaruhkan nyawa demi zuriat dari perkahwinan suci, tapi suami sibuk dengan perempuan lain kat luar, berseronok dengan perempuan lain.
Dan perempuan lain tu merupakan aku sendiri. Aku tak dapat bayangkan macam mana kalau isteri dia tahu semua ni. Apa perasaan isteri dia?
Semua ni berpunca dari aku, kalau aku tidak melayan, semua ni tidak akan jadi. Sekarang aku dalam proses melupakan dia. Aku minta Tuhan tarik rasa sayang ni, aku tak benci dia, aku benci perbuatan dia.
Aku benci semua yang dia buat. Aku benci dia tak setia, aku benci dia curang. Aku tahu bukan aku je yang dia buat macam ni. Sebab tu aku dah tak berhubung lagi dengan dia.
Aku harap semoga satu hari nanti kau akan berubah menjadi seorang yang setia, seorang yang ayah baik kepada anak anak kau. Jangan pernah khianati isteri kau.
Apa apa yang kau buat kat dunia ni berjalan lancar semua disebabkan doa isteri kau. Aku tak nak kau tersungkur hilang semua benda.
Jatuh terduduk, sampai kau takde pape. Sampai bila kau nak hidup dalam dosa? Kepada isteri H “saya minta maaf sangat sangat sebab saya dah khianati awak. Saya banyak buat salah dengan awak.”
Aku doakan semoga perkahwinan korang kekal sampai ke jannah. Perjalanan hidup aku jauh lagi, sekarang ni dengan wabak yang melanda, bila bila masa je aku boleh pergi.
Aku minta maaf dengan semua membaca ni kalau korang sakit hati baca kisah hidup aku, aku minta maaf kepada kaum aku sendiri.
Doakan aku kuat lupakan dia. Jalankan kehidupan baru, dapat jodoh yang boleh membimbing aku, supaya aku menjadi anak yang solehah. Aku sedia terima kifarah atas dosa2 aku.
Terima kasih sudi membaca.
– ZZ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit