Aku seorang guru.
Guru kontrak lantikan jabatan agama sebuah kerajaan negeri (negeri mana biarlah rahsia).
Gajiku 1000. Terkejut? Ya ramai yang terkejut guru berijazah mengajar di sekolah menengah dengan gaji sebegitu. Jam 7 hingga 2.30 di sekolah pada hari biasa, hingga 4.30 pada hari Rabu dan berprogram pula pada hari Sabtu.
Itu lah hakikatnya.
Bitter truth.
RM 1000.
Bukan soalnya bersyukur atau tidak, bukan soalnya cukup atau tidak. Bukan itu soalnya.
Prinsip itu semua memang sudah lama aku pegang. ‘Bersyukur maka Allah kan tambah.’
Soalnya, pentadbiran kerajaan negeri itu sendiri. Ditadbir oleh semuanya orang Islam. Yang mana sepatutnya pada pendapat aku, pihak pentadbir inilah yang perlu memperjuangkan nasib guru-guru berjawatan kontrak seperti kami. Ada yang sudah mencecah 10 tahun berjawatan sama.
Aku sendiri yang belum berumahtangga ni, semput juga dengan gaji sebegitu hidup di zaman serba GST ni.
Campur sedikit elaun lain adalah dalam RM 1500.
**Sama seperti gaji tukang cuci yang OT di tempat aku kerja ni. Juga sama juga seperti gaji guru kafa yang bekerja 3 jam saja sehari.
Bagaimanakah pula mereka yang sudah berkeluarga?
Perlu buat 2 3 kerja seperti saranan menteri kita demi untuk menyara keluarga.
Nak kata jabatan tidak berduit, setiap tahun ada banyak sahaja program yang dibuat secara besar-besaran yang kadang hingga berlaku pembaziran aliran wang. Kurus, taklimat, mesyuarat di hotel berhari-hari. Tetapi inputnya tidaklah se’gah’ tempat program itu sendiri.
Apalah salahnya, kaji dan restucture kembali gaji kami. Berikan elaun ‘khidmat setia’ sekali sekala untuk tempoh perkhidmatan tertentu.
Dato pengarah jabatan, datin timbalan pengarah, tidak banyak yang saya minta. Cuba dato datin letakkan diri dato datin di tempat kami. Mampukah kalian menyara keluarga jika pendapatan kalian seperti kami?
Itu baru soal gaji. Belum kira nasib kami di sekolah. Di anak tiri kan.
Tiada ‘claim perjalanan’ kerana berstatus sandaran/kontrak.
Tiada ‘claim tuisyen’ kerana berstatus sandaran/kontrak.
Tiada ‘cuti rehat khas’ kerana berstatus sandaran/kontrak.
Dan pelbagai lagi.
Bebanan kerja sama juga seperti guru lain. Malah lebih berat dari guru tetap yang gajinya lebih masyuk.
Bawa murid ke sana ke mari. Train murid itu dan ini. Semua itu kerja tetap kami, guru yang dipandang sepi ini.
Diulangi, aku memang bersyukur dengan apa yang aku perolehi dan miliki sekarang. Inilah rezekiku setakat waktu ini dan aku tahu masih ramai yang sedang menganggur menunggu kerja dsb. Tapi realiti-realiti inilah yang kadang buat aku selalu rasa ketidak adilan kepada kami guru-guru yang di anak tirikan.
Kebajikan kami tidak terjaga.
Aku sangat berharap sebenarnya, kalau ada mana-mana pihak berwajib sudi respon berkaitan isu ini.
Mungkin boleh menjelaskan realiti-realiti lain dari pihak jabatan yang aku sendiri tidak sedari.
– Guru Kontrak Kerajaan Negeri
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit