Hai semua… Aku anak angkat. Ya, aku berstatus anak angkat.
34 tahun yang lalu, aku dilahirkan dan kemudian diserahkan kepada pasangan suami isteri yang beberapa tahun kahwin belum dikurniakan zuriat.
Aku nak cerita sedikit tentang perasaan bila jadi anak angkat.
Alhamdulillah, keluarga angkat aku baik. Adik aku pun anak angkat. Kami dua beradik jer. Dari kecil dijaga elok, diberi pendidikan yang baik.
Mama dan Abah aku tak pernah anggap aku dan adik aku tue anak angkat. Kami dijaga bagai menatang minyak yang penuh…
Aku tak pakai binti. Sebab nak berbintikan Ayah kandung, bukan Islam. Mak dan Ayah kandung aku orang Iban. Jadi aku pakai Maulad.
Kalau lelaki Maula. Adik aku nie pulak, Ayahnya merupakan sepupu Mama aku. So setiap tahun dari kecil sampailah dah umurnya 20an, dapat berjumpa dengan Ayahnya serta adik beradik kandung dia. Aku?
Tak pernah ada peluang itu. Tak tahulah masih hidup ke tak Mak Ayah kandung aku tue. Dan tak tahu aku ada adik beradik kandung ke apa. Dulu nak ambil anak angkat tak sesusah macam sekarang. .
Aku tahu yang aku anak angkat semasa tingkatan satu. Sedih jugak sebabnya masa sekolah rendah, ada dua tiga dok kecoh cakap aku anak angkat.
Tapi aku tak percaya. Entah mana pulak mereka tahu. Tapi ternyata ianya benar. Tapi sedihnya tak lama pun. Lepas itu okey dah.
Cumanya bila aku dah akil baligh, aku dah tak boleh bersentuhan or berpelukan dengan Abah aku kerana Abah bukan mahram aku. Begitu juga dengan adik aku.
Kadang cemburu juga tengok kawan or sesiapa yang dapat peluk cium Ayah mereka sendiri. Sedangkan aku…Faham sajalah.
Satu lagi bila orang luar dok sebut-sebut kita nie anak angkat. Pernah ada suara sumbang kata aku nie entah-entah anak luar nikah.
Allahuakbar… Ada yang kata aku anak pungut. Mula-mula rasa benganglah juga. Tapi lama-lama buat tak tahu jer. Aku yang anak angkat, depa yang panas.
Lima tahun lepas, aku bernikah dengan lelaki pilihan hati aku. Sebab aku nie anak angkat, jadi kena menggunakan khidmat wali hakim.
Beberapa kali turun naik ke mahkamah. Hakim tanya itu, tanya ini. Kena buat iklan cari waris. Itu syarat jerlah.
Kalau ada pun, seandainya ada Ayah kandung aku pun, tak boleh jadi wali jugak sebab bukan Islam. Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan pernikahan walau prosesnya panjang.
Tapi aku dan adik aku manusia beruntung. Dijaga dan di didik dengan baik. Hidup walau tak mewah tapi berkecukupan.
Cuti sekolah boleh pergi melancong. Ke luar negara beberapa kali macam Indonesia, Singapore dengan Australia. Kami bersyukur sangat..
Cuma, yelah aku nie teringin juga nak tahu keluarga kandung aku macamana. Tapi faham, agak mustahil. Mungkin Mak Ayah kandung aku dah takde. Entah aku masih ada adik beradik ke, Wallahuaklam…
Tapi apapun aku tetap bersyukur. Tanpa Mama dan Abah aku jugak, aku takkan merasa seperti sekarang ini. Kasih Mama Abah itu tak berperi.
Kadang ada yang malu nak mengaku anak angkat. Bagi aku, aku tak malu cakap aku anak angkat. Takpelah kalau orang kata memacam.
Biarkan…
Anak angkat ke anak angkut ke, semua berhak dapat kasih dan sayang. Terima kasih Apai (Ayah dalam bahasa Iban) dan Indai (Ibu), tanpa kalian, saya takkan lahir di dunia ini.
Terima kasih Mama dan Abah menjaga serta mendidik Kakak dan Adik selama ini…
– Nessa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit