Aku Anak Baik, Aku Turut Kata Ibu Ayah

Aku Anak Perempuan Bongsu dalam 3 adik beradik, baru berumur 22 tahun, masih muda… ibu ayah aku bagi kami semua adik beradik penuh kasih sayang dan kami adik beradik semua sangat rapat dan baik to each other.

Aku selalu rasa diri aku ni selalu tak cukup je dari adik beradik aku and aku kena buat lebih untuk bahagiakan ibu ayah, contoh, abang kakak aku dari dulu bila ngaji, ok je dengan ustazah yang sama, sampai tang aku ustazah tu selalu cubit maki kata aku tak sama macam abang kakak aku.

Aku sekolah di Maahad, (Hafazan Al-Quran & Akademik) tapi aku separuh jalan je, Hafazan separuh, Akademik pun separuh sebab aku kena buli di sekolah dan ibu ayah aku yang baik dan sayang anak dia, berhentikan aku dari sekolah tu.

Dan sekarang aku selalu terfikir, Abang aku Khatam Hafazan Al-Quran ada Degree, Master, Kakak aku Khatam Hafazan Al-Quran apa semua, aku satu pencapaian pun tak dapat lagi, aku kerja awal… tak pernah banggakan ibu ayah, aku ni macam tin kosong…

Aku sering menangis dan depresi apabila teringatkan bahawa, aku tak pernah buat ibu ayah bangga, aku sampai terpikir, biarlah aku saja yang jaga ibu ayah bila dah tua, aku tiada benda yang nak dibangga kan, biar aku raih pahala dari berbakti pada orang tua sahaja..

Sekarang.. Abang aku dah kahwin dan isteri dia cantik, kakak aku pun dah kahwin dan suami dia pun ada rupa.

Kakak aku kahwin sebab dikenenkan oleh ibu ayah, abang aku juga dikenenkan oleh ibu ayah tapi yang ini diorang suka each other.

Kami adik beradik dikira ada keturunan yang baik, ketinggian dan baka dapat dari ayah, warna kulit dan wajah mix ayah dan ibu, yang cantik dan kacak belaka, InsyaAllah sangat okey.

Kami dari keluarga yang agak islamik dan cara kami dijodohkan memang sangat islamik, apabila dirisik, sebelum apa² kena taaruf dulu, (kenal each other dulu) kalau pakai niqab yang tutup² muka tu kira kena buka lah, kasi tunjuk rupa pada si yang merisik tu..

Tapi aku tak bertutup, cuma tudung takat tutup dada je, itu pun dah Alhamdulillah, kiranya memang totally tak kenal each other lah ceritanya.

Kakak aku cantik dan dikenenkan dengan orang yang kena dengan penampilan dia.

Abang aku ada rupa dan tinggi orangnya, dan dikenenkan dengan yang cantik, rendah, kena dengan penampilan dia juga.

Aku pula, mak aku kenenkan dengan anak kenalan dia, kenalan yang baik, mak si fulan memang kenan dengan aku sejak masih belajar lagi.

Bila dah sampai saat aku boleh dipinang, mak dia datang tanpa si fulan, aku totally tak tahu rupa dan perangai si fulan, aku pula *anak yang baik*, aku yakin dengan jodoh dari ibu ayah, aku yakin sepenuhnya aku pun kata onz je untuk taaruf.

Tapi bila aku onz kata nak taaruf, (untuk mula berkenalan) mak ayah si fulan dan mak ayah aku, sudah bincang pasal tunang dan kahwin, aku terkejut tapi aku sebagai *anak yang baik* aku turutkan je ibu ayah aku,

Tapi dengan cara ibu ayah si fulan, nampak orang yang baik dan faham agama, disini aku lapang hati sikit, InsyaAllah anaknya pun baik orangnya…

Aku ada terfikir, kalau lah aku sekarang kata tak bersedia atau tak mahu, silaturrahim antara ibu aku dan kenalan dia tu akan merenggang betul tak? *aku anak baik*… aku takkan buat macam tu,

Sampai 1 masa ibu ayah suruh jumpa dengan si fulan, yang pertama kali aku nak jumpa, tak… tak… aku rasa macam dia tak kena dengan aku… tak sama macam yang abang dan kakak aku dapat… aku rasa down, aku rasa macam kenapa bila tang aku je ada yang tak kena?

Adakah aku salah bila aku rasa macam ni? Adakah salah aku bila aku nak pilih rupa, dan siapa, yang akan menjadi suami aku yang setiap hari aku akan hadap mungkin sampai aku mati? tapi seperti biasa… *aku anak baik*,

Aku pendam… aku pendam dalam tin kosong ni, aku terima semua, sebab for the first time aku rasa macam aku buat something untuk ibu ayah aku, ibu ayah dan ibu ayah si fulan sangat baik dan merestui, si fulan pula berharta, berumah, dan berkenderaan, adakah betul tindakan aku ni?

Si fulan memang kata suka pada aku, jadi dia nak sekejap je tunang, aku rasa macam terlalu rush tapi aku redha, aku terima dengan hati yang kosong tanpa rasa teruja, suka, atau nervous, nak kata tak suka pun tak, tiada 1 pun perasaan yang boleh describe macam mana aku rasa sekarang.

Aku dulu pernah terhanyut ikut kawan aku jadi budak motor sekejap, kadang tu kalau tengah ride dgn kawan maghrib tu aku tingggal je, lepastu balik dah penat isyak pun kadang terlepas sebab bangun² dah masuk waktu subuh,

Aku sedar aku seorang yang berdosa, dan banyak dosa yang aku buat, tapi aku sedar diri aku berdosa, aku bertaubat, kemudian hanyut lagi, bertaubat lagi, hanyut lagi…

Aku terfikir… adakah yang aku dapat ni, kifarah dari dosa² aku tu? adakah betul Ya Allah? jika benar dengan cara ini, jika aku redha, dosa² aku akan diampunkan, aku akan redha ya Allah…

Aku terus berdoa pada tuhan, doa, doa dan doa, agar aku redha, aku yakin dengan takdirnya, aku menangis, aku mula jaga solat,

Ya Allah aku bertaubat Ya Allah, aku akan menikah kerana mu Ya Allah bukan dasar cinta atau rupa, aku doa pada mu Ya Allah baikkan akhlaknya, teguhkan imannya untuk bimbing aku, dan sayangi aku,

Itu je senjata aku sekarang, aku rasa ibarat diri aku Tin yang kosong, aku tidak membuat keputusan sendiri, dan semua disekeliling aku nak rush, walhal aku belum begitu bersedia, aku tak mampu buat apa² *aku anak yang baik*, aku takkan buat ibu ayah sedih…

Adakah ada ganjaran untuk aku Ya Allah? dengan pengorbanan yang aku harus buat untuk seumur hidup ni? adakah rasa cinta tu akan datang? adakah aku akan bahagia?

Sekian itu.. saja dari Tin Kosong….

– Tin Kosong (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *