Aku Anak Derhaka

Aku anak derhaka sebab aku marah mak aku. Marah aku, orang lain akan nampak aku benci sangat tambah meluat dengan insan yang redhanya bakal bawa aku ke syurga. Ayat ketiga ni pon aku dh sebak.

Masalah utama mesti aku cari punca daripada diri aku dulu. Aku pendam. Kaki pendam sebab setiap kali aku cuba kongsi sikit2 semuanya adik beradik lain tau. Itu mungkin normal, tapi preference aku, apa yang aku share tu sacred between mak dan aku. Dan aku akan rasa dikhianati. Sebab aku percaya bond tu. Aku pernah cakap aku tak suka sebab itu yang sebaiknya. Aku cakap supaya aku boleh nak share lagi tanpa boundary. Tapi sekarang aku berhenti kongsi apa2 – yang merisaukan aku, bagi aku stress, keluhan aku. Aku simpan sorang2 dan ya, aku rasa aku ni “time-bomb”. tik-tok tik-tok tunggu meletup.

Stress satu. Aku graduan. Belum bekerja. Aku always pura2 tenang depan orang lain. Tapi, aku hadap akaun cari kerja almost setiap hari. Hampir setiap minggu APPLY JOB. Istilah “bukan rezeki” itu memang dah tanam dalam jiwa tapi masih berharapan. Individual resume pon ada dihantar.

Stress dua. Struggle is real. Sedara mara nampak je aku depan mata. “Thesis kamu macam mana”. “Kamu buat apa sekarang”. Soalan kalau tanya beberapa kali, aku dah jawab, masih nak tanya 300xinfinity, memang mengundang marah. Belakang cerita tak tahulah tahap bawang macam mana. Aku tak harap banyak. Cukup kata2 yang menenangkan jiwa. Terang2 aku tak kerja lagi. Aku belum graduat lagi. Kenapa masih nak toreh hati tisu ni.

As a people that is older, already worked for god know how many years, u can at least gave good advice. A good emotional support. That, for me, the most prized gift.

Sudahlah tak ada nasihat. Perli. Like what is wrong with you.

Itu sedara mara. Masih boleh tahan. Tapi kenapa mak aku tak faham benda ni.
“Benda belum ada.”
“Dah mintak. belum dapat.”
Dan aku dah pernah cakap this exact words. Bila bercakap hal2 lain, pasal orang lain, kenapa boleh common sense tahap tertinggi. Jujur aku nak tanya, kenapa tak boleh nak jaga hati aku sikit. Aku tak de benda lain dah. Ini struggle aku sekarang. Ini je. Dan aku rasa penat hadapi seorang. Dan aku harap satu2 nya orang yang boleh faham, faham sikit je.

Kebetulan, seorang saudara dalam keadaan yang sangat low. Dalam masa yang sama, dia abaikan nafkah kepada family, tak mahu bekerja, dan sering bagi alasan.
Aku dibandingkan dengan dia. Apa salah aku.

Baru2 ni, sampai hati mak aku cakap, yang aku scroll phone sepanjang hari, tak buat pape, tak hantar resume, tak usaha – pada kakak aku, abang, adik, ipar duai semua. Bila aku terdengar tu, hati aku runtuh.

Stress tiga. Aku dan thesis. Aku antara orang2 yang memang dalam ambang putus asa. Masa ni lah aku rasa: paling bodoh, paling malas, paling tak de motivasi. Sekarang pon. Dan semangat tu, memang kena paksa pupuk dalam diri; aku faham tu. Tapi aku sampai nangis banyak kali dah. Aku nak berhenti tapi ada saki baki minat tu. Aku cuba sampaikan kat mak. But to no avail. Apa yang aku nampak. Dia cuma nak aku habiskan. Dia cakap (academically) aku tak bodoh. Ya, mungkin. Tapi aku nak emotional support. Aku sedih. Kawan2 memang boleh bagi pendapat, tapi sama ke, sokongan kawan dengan family.

Selama ni aku cuba fikir. This is for your own self. your self worth too. CUBA….

Even bila aku cuba fokus writing dalam bilik. Itupun mak tak boleh nak cakap benda yang baik.
Kata dia, aku depression. Masa tu, berita SHINEE Jonghyun bunuh diri tengah kecoh.

Bila aku diam.
“Kamu belum ada apa2 lagi, dah sombong…”

Jadi aku marah. Aku rasa aku derhaka. Aku buntu sekarang.

haih…

*maaf kalau berterabur. Aku tak pandai menulis.

– Graduan anggur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *