Aku Anak Derhaka

Assalamualaikum. Aku nak luahkan perasaan hati aku yang teramat dalam. Sebenarnya nak luahkan pada adik2 tapi risau mereka tak dapat nak terima. Ada sorang adik yang amat aku percayakan. Tapi tak sanggup nak aku ceritakan isi hati ni pd dia. Rasa malu teramat sangat2.

Aku seorang anak yang dihasilkan dari rogol. Anak haram. Masa mak aku mengandungkan aku nenek, atok pernah hantar kat sorang bomoh. Bomoh tu cakap mak aku busung. Jadi dia bagi lada hitam suruh mak aku minum 1 gelas penuh sesaja dengan lada hitam. Nenek dengan atok aku minum sikit buat rasa untuk mak aku minum.

Mak aku yang minum segelas air penuh lada hitam elok tanpa ada apa2 masalah dan aku dalam perut mak aku elok sahaja. Sedangkan atok nenek aku melecur mulut sampai seminggu tak boleh makan nasi dapat makan bubur jer. Nampak kelakar tapi dari cerita tu aku asyik terfikir memanjang kenapa aku tak mati dalam kandungan mak aku masa mak aku minum air lada hitam tu?

Masa aku membesar aku pernah di rogol. Waktu kecik takde siapa nak sudi mendengar kata2 seorang kanak2. Aku jadi seorang kanak2 yang pendiam, tak suka bergaul. Aku betul2 rasa loser sangat2 jadi manusia. Masa sekolah pun aku tak pernah ada kenangan yang indah2 nak aku kongsikan.

Dalam usia aku remaja mak aku cerita siapa diri aku sebenarnya dan mak aku mengaku yang dia teramat2 benci bila tengok muka aku sebab aku ni wajah si perogol tu.

Mula2 aku terkesima dan sedih ya amat mendengar kata2 dari mak aku sendiri. Lepas tu rasa rendah diri aku tak taulah nak cakap apa. Low sangat2. Aku menjadi seorang gadis yang sangat2 pemalu, malu nak berdepan dengan orang ramai, rasa berpeluh2 bila ramai orang yang aku tak kenal. Bapak adalah ayah tiri aku.

Bapak seorang baik yang sangat2 baik susah aku nak gambarkan sikap dia macam mana. Dia tak pernah rasa aku ni anak tiri dia. Dia terima aku seadanya. Cuma dia tak boleh terima perangai aku yang pemalu sangat. Dia pernah marah aku cukup2 dengan sikap aku tu.

Atas sebab marah bapak tu aku tak jadi lagi seorang yang pemalu. Aku usahakan diri untuk menjadi orang yang boleh berdepan dengan orang lain. Aku terima kasih banyak2 dengan marah bapak tu sebab marah bapak akan sikap aku mcm tu aku berubah jadi lebih elok. Kopinden aku lebih tinggi dari sebelumnya.

Lepas sekolah aku bekerja. Bagi aku tahun 1999 memang tahun yang mulanya dari keperitan dan akhirnya ada kebahagiaan. Awal tahun 99 aku di buang sekolah sebab aku tak mampu nak bayar yuran. Cikgu pun tak nak membantu agar di panjangkan. Dan adik aku sorang kemalangan. Sangat2 menyakitkan masa tu.

Bulan 7 aku dapat kerja dengan mak aku kat 1 kilang. Kami di fitnah oleh sedara sendiri. Mak aku di fitnah oleh adik dia sendiri. Di katakan mak aku jual aku untuk mak aku dapat beli motor. Sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Masa harijadi aku pada akhir tahun tu aku bahagia sangat aku di belanja makan oleh sahabat aku kat tempat kerja. Sahabat aku tu yang sekarang jadi suami aku…

Panjang sebenarnya cerita aku nak luahkan ni. Tapi masalah yang aku tangung sekarang ni sangat2 pedih yang sangat2. Aku tak tahu nak cerita macama nna. Mak aku dah pergi tahun lepas. Masa sebelum mak aku pergi aku tak dapat nak grab pahala yang sepatutnya aku buat. Sungguh aku cakap aku ni lah anak derhaka.

Kalau dulu aku cakap pakcik, atok sedara aku tu anak derhaka dan sekarang aku boleh claim diri aku ni adalah anak derhaka. Anak paling derhaka. Aku tak pernah senangkan hidup mak aku masa mak aku ada. Aku lebih pikirkan kehidupan anak2 aku dari mak aku.

Sungguh aku tak mampu nak bagi mak aku duit. Aku sekadar cukup2 hidup aku. Tapi aku anak yang paling bodoh sebab tak mampu nak bahagiakan mak aku. 1 penyesalan yang amat2 sangat aku kesalkan dalam hidup aku.

Tapi sejak 2 menjak ni tetiba hati aku asyik teringat kenangan yang menyakitkan hati aku bila teringatkan mak. Aku berlawan dengan diri aku sendiri. Kenapa aku jadi macam ni?

Ya betul aku lah anak derhaka. Aku anak derhaka. Mak ampunkan dosa orang mak. Mak. Orang ni kenapalah tak mati masa mak minum air lada hitam tu masa orang dalam kandungan mak. Ya Allah…

Kenapa aku macam ni? Derhaka sungguh aku ni. Aku anak derhaka. Mak maafkan orang mak sebab tak bahagiakan mak masa mak ada. Mak ampunkan orang mak. Sebab tak mampu nak bagi mak kesenangan. Orang anak derhaka mak. Ampunkan orang mak.

– Long (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *