Aku Anak Derhaka

Terima kasih jika luahan hati anak yang dikatakan derhaka ini tersiar..

Adakah saya dikira anak derhaka…

Saya anak sulung Perempuan dalam 10 beradik.

Anak ketiga, umur 40 an. Kerjaya professional. Mula bekerja 2001, dan bermula la ayah saya berhenti bekerja(kerja hakiki). Segala perbelanjaan emak dan adik-adik saya tanggung.

Ayah ada 2 isteri, saya anak isteri pertama ada 6 orang, lagi 4 orang dari isteri ke 2.

Sewaktu ayah kawin kali ke 2, kami masih kecil, saya baru tingkatan 2. Memang nampak seolah-olah ayah mampu.

Setelah abang-abang dan saya masuk Universiti baru lah nampak ayah tidak cukup duit untuk menampung 2 keluarga.

Sejak saya bekerja, semua keperluan mak dan adik-adik di bahu saya, selain kerja tetap saya juga buat kerja tambahan untuk menampung keperluan mak adik-adik dan diri sendiri.

Ayah.. tak pernah bagi sekupang pun dekat mak dengan alasan dia perlu tanggung anak-anak sebelah isteri ke 2. Macam-macam juga ayah kerja – kerja kampung untuk menampung keperluan sebelah sana.

Setelah 4-5 tahun bekerja, ayah meminta bahagian dia, saya perlu bagi duit bulanan bukan sahaja untuk mak dan adik-adik malah bahagian ayah juga. Saya di gelar anak derhaka kerana tidak beri wang bulanan pada ayah.

Pernah ada 1 kejadian kandungan saya bermasalah, bayi meninggal dalam kandungan, ayah saya cakap, itulah balasan anak derhaka.

Suami saya nasihat kan berilah duit bulanan untuk ayah sekadar mampu.

Sejak itu saya menanggung 3 keluarga, saya mak dan adik-adik dan keluarga sebelah ayah.

Allah maha Adil, Allah makbulkan doa mak saya yang sentiasa berdoa kejayaan saya, habis master dan PHD saya di tawarkan di sektor swasta dengan gaji 4-5 kali ganda.

Adik- adik habis belajar, ada yang berkerjaya ada juga meminta modal itu dan ini. Saya masih tetap (without fail) menyalurkan duit untuk mak dan keluarga ayah.

Untuk ayah, Duit bulanan untuk ayah setiap bulan di beri (dalam RM1000-2000) sebulan.

Apa2 keperluan ayah contoh servis kereta, kereta rosak mesti di bayarkan.

Sekali sekala pergi jenguk ayah di kampung terasa kesian dengan kehidupan ayah yang telah tua tapi masih menanggung anak-anak yang tak la berapa kecil lagi tapi masih belajar.

Sekali sekala pergi makan di hotel, teringat ayah di kampung

Sekali sekala beli perabot baru (sebab yang lama sudah lusuh) teringat perabot di rumah ayah yang lusuh.

Nak di beli kan yang baru, anak-anak ayah disebelah sana juga telah ada yang bekerja.

Mak saya yang sudah tua saya yang jaga

Adik-adik juga sekali sekala (banyak kala jugak la) saya yang tolong bagi modal berniaga.

Saya juga Ada anak-anak yang masih belajar

Hutang2 rumah dan kereta yang perlu di jelas kan setiap bulan.

Alhamdulillah di atas doa mak dan ayah saya berjaya, tapi kesian tengok keluarga sebelah ayah yang nampak tidak lah senang.

Ingin di bantu tapi terasa telah banyak membantu mereka, mereka (adik2 lain mak) juga perlu ingin mengubah keluarga sendiri. Sentiasa rasa bersalah kepada ayah yang masih struggle menyara adik2.

Adakah saya masih perlu membantu mereka?

Adakah saya di kira anak derhaka kerana membiarkan ayah hidup susah menanggung anak2.

Teruk sangat kah saya sebagai seorang anak perempuan sulung..

– Rara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Ayah tu dulu bertungkus lumus tak cukupkan nafkah anak2 dan bini2 dulu? Tak kan? Rasa baca td dia lebihkan keluarga bini ke-2. So nak rasa berdosa sgt kenapa? Tolong mana yg mampu sahaja sudahlah.

    Ayah label puan anak derhaka? Sila bentang dan rasionalize dgn ayah tu celah mana derhakanya? Dari dulu puan tolong dia tanggung emak, diri sendiri dan adik2. Patutnya ayah tu yg kena berterima kasih dan malu sbb anak perempuan dia tolong cukupkan keperluan. Hidup ni mmg dah tak adil. Jadi belajar la jadi kejam dan selfish untuk ketenangan diri sendiri. Sebab apa? At last yg akan tolong kita nanti adalah diri sendiri jgk.. tak ada siapa pun nak tolong even org terdekat. Nah bukti.. ayah puan sendiri.

  2. Rara, yakinlah bahawa anda bukan seorang anak derhaka! Adakah dgn memberi RM10 ribu bulanan atau seluruh gaji kepada ayah barulah anda seorang anak yg solehah? Jgn seksa diri terutamanya mental anda. Setuju dgn cadangan di atas, bentang buku kira2 ttg berapa jumlah tanggungan ibu & adik2 sejak bila yg asalnya kewajiban si ayah. Hidup ini ada byk pilihan… dan ayah anda perlu ‘membayar harga’ pilihannya sendiri! Bersedap2 di dunia…adakah bersenang2 juga di akhirat nanti? Begitu juga adik2 dari kedua mak – cukup2 lah sua-kan ‘ikan ke mulut’ mereka, sedangkan ‘pancing’ yg patut diberi!

  3. semua keputusan di tangan awk , kalau rasa kesian tolong je la..sbb gaji awk pun agak besar , tapi kalau taknak tolong buat dunno je..semoga ayah awk sedar diri , dan kepada lelaki luar sana tolong baca kisah ni , dan bawak2 la sedar diri. masa muda semua indah , dah tua baru tahu diri tu tak mampu nak jaga dua keluarga.

  4. Awak bukan anak derhaka. Cukuplah a2ak menanggung 3 keluarga. Sekrg sampai masanya awak fikirkan keluarga awak sendiri. Adik2 telah bekerja biar mereka berdikari. Tgjwb awak hya buat ibu ttp buka bapa awak. Bukan tgjwb awak tanggung keluarga ayah dn isteri ke 2. Tu pilihan ayah awak dn tgjwb dia. Klu ayah awak bising2 cakap shj mana tgjwb dia dahulu masa dia sibuk berbini baru. Jgn jdkn anak2 mesin atm. Klu awak nk sedekah biar brpatutan. Buat persiapan utk anak2 sendiri sbb jika awak susah tiada sape yg akan bantu. Awak bukan anak derhaka ttp ayah awak yg culas dn ikut nafsu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *