Assalamualaikum semua. Aku tak tahu nak meluah pada siapa. Berat rasanya beban yang aku tanggung di dada. Stress, marah, sakit hati, semua ada.
Aku juga risau, dek kerana luahan ini, aku dilabelkan sebagai anak derhaka. Tapi apa-apa pun whateverlah. Lantaklah orang nak cakap apa, sebabnya aku yang lalui perkara ini.
Secara ringkasnya, aku lahir dari broken family. Abah dan mama bercerai sebaik sahaja aku dilahirkan 37 tahun dulu.
Ketika itu abah ada hubungan dengan mak tiri aku yang mana hubungan mama aku dengan mak (mak tiri) sampai sekarang tak baik. Masa tu, mama aku meroyan yang mana end up aku yang masih kecil terabai.
Disebabkan itu, nenek dan datuk aku ambik jaga aku. Dengan kata lain aku memang membesar dengan nenek dan datuk sehinggalah aku menjejakkan kaki ke Universiti.
Mostly memang datuk dan nenek serta mak cik aku yang sediakan semua keperluan aku. Makan pakai dan pendidikan semua dijaga walaupun tidak semewah mana. Alhamdulillah. Ayah aku pula kadang-kala adalah hulurkan duit belanja sekali-sekala.
Nenek aku meninggal ketika aku dibangku sekolah rendah, manakala datuk aku pergi ketika aku di Uni. Hilangnya mereka berdua maka seorang dirilah aku di dunia ini.
AL-KISAH
1. Masa aku form 1 sampai form 3, seingat aku kerajaan ada memberi wang saku untuk pelajar B40 macam aku ni. Tidak salah aku total untuk 3 tahun tu aku dapat dalam RM700 macam tu. Duit tu aku memang tak guna, aku simpan dalam bank.
Mak aku tahu aku ada dapat bantuan tersebut. Satu hari mak aku telefon and bagitahu dia nak pakai duit and nak pinjam duit aku. Mak aku datang rumah ambik aku and kami terus pergi bank. Aku tanya mak nak pakai berapa. Soalan ni memang aku ingat.
Mak aku jawab, dia nak pakai semua. Maksudnya semua yang dalam akaun tu dia minta aku keluarkan. Dia janji nak bayar balik dengan bagi aku hadiah. Aku ni budak lagi masa tu, innocent. Aku pergi kaunter keluarkan duit tu and terus bagi pada mak. Sunggul betul aku ketika tu.
Last-last duit tu lesap ke mana, hadiah lesap tiada khabar berita. Incase duit tu masih ada, mesti aku dah tak susahkan datuk aku masa tu dengan belanja sekolah aku.
2. Habis SPM aku dapat tawaran masuk ke kolej matrikulasi. Dan ketika itu keadaan ekonomi abah kurang stabil. Jadi aku tak ada nak ngada-ngada nak minta duit belanja dengan dia untuk persediaan ke matrikulasi. Samalah juga dengan datuk. Aku tak mahu susahkan siapa-siapa.
Ditakdirkan ketika tu sesiapa yang masuk matrikulasi akan mendapat wang saku sebanyak RM1000 untuk satu semester. Untuk 2 semester total akan dapat RM2000. Jadi aku memang mengharapkan duit tersebut untuk belanja makan minum aku serta keperluan belajar yang lain.
Seingat aku abah aku call minta nak pinjam duit. Tak salah abah janji nak bagi balik dalam masa 1 minggu. Jadi bila dah janji macam tu, aku memang tak ralat nak bagi sebab aku tahu aku akan dapat duit tu semula.
Abah datang ke bandar Kuantan, aku naik bas ke sana and terus bagi duit tu kat dia. Seminggu selepas itu aku pulang ke rumah datuk and aku masih ingat lagi, hari Ahad aku nak balik Kuantan aku memang tak ada duit langsung.
Aku call abah minta duit belanja tu semula. Dia kata dia tak ada duit. Aku buntu sebab asalnya dia janji lain. Habis macam mana aku nak balik ke kolej.
Lepas tu abah terus jerkah aku “Woiii kau ingat aku nak pinjam sangat ke duit kau”. Aku terus letak telefon sebab aku sakit hati kena jerkah macam tu.
Disebabkan kes ini, aku tertekan. Sangat-sangat menganggu kembara study aku. Nak belajar tapi perut lapar sebab duit tak ada. Sangat-sangat mengganggu.
3. Habis matrikulasi, aku ada bekerja sambilan di kedai makan dengan tawaran gaji sekitar RM200. Tujuan aku kerja pun semata-mata nak habiskan masa sementara menunggu keputusan UPU aku keluar.
Akhirnya pada pertengahan tahun 2006, aku dapat tawaran ke universiti dan ketika itu, yuran pengajian yang perlu dibayar hampir RM2000 which is aku sememangnya tidak ada duit. Tidak lain tidak bukan, aku memang mengharapkan support dari abah. Nak tunggu duit ptptn masuk lambat lagi.
Pada ketika itu juga aku ada memohon bantuan ehsan dari pihak yayasan negeri. Alhamdulillah, setiap pelajar yang dapat ke universiti akan diberikan RM1000.
Waktu ni aku memang nekad, aku tak nak bagitahu abah yang aku dapat duit ni. Duit ni aku gunakan untuk membeli barang-barang persiapan aku ke universiti serta keperluan lain. Pada masa yang sama juga aku masih menunggu kata putus abah berkenaan duit yuran aku.
Namun abah diam seribu bahasa, end up abah kata dia tidak ada duit nak bayar yuran aku. Aku redha. Abang sulung aku terpaksa meminjam dari mertua semata-mata nak lepaskan yuran pengajian aku.
Abang aku pesan, “Nanti duit ptptn dah masuk, awak kena bayar balik duit ni”. Aku angguk tanda faham dan setuju. Sebaik sahaja duit ptptn aku masuk (RM3,500 tak salah), aku terus membayar semula duit mertua abang aku.
Baki yang tinggal hanyalah RM1,500 dan sisa dari RM1,000 tadi untuk aku bertahan selama setengah tahun. Duit ni lah yang akan aku gunakan untuk makan minum aku hari-hari, beli buku, dan keperluan tugasan-tugasan kuliah yang lain.
Satu masa entah macam mana, ayah aku dapat tahu yang aku dapat RM1,000 tadi. Mak aku call bagitahu yang abah marah kenapa tak bagi dia duit tu. Aku cakap kat mak, kalau saya bagi macam mana saya nak survive. Ini pon ikutkan duit yang ada sekarang tak cukup sebabnya dah lost RM2,000 tadi.
4. Satu hari berita berkenaan abah marahkan aku ni sampai ke telinga abang aku. Satu masa, abang aku bagitahu, “Awak ingat abah tak ada duit ke?. Abah ada je RM30,000. Dia simpan duit tu sebab dia nak beli Speedboat”. Aku melenting bukan kepalang. Aku rasa marah dan rasa diperkotak-katikkan.
Beli speedboat untuk tujuan apa? Abah aku bukan nelayan. Beli untuk suka-suka. Speedboat yang macam Jimmy watak Apek Senario bawa dalam movie Duyung tu. Aku memang tertekan ketika itu sebabnya aku terkontang-kanting masuk uni dengan bekalan yang tak berapa nak ada ni. Dia masih ada masa fikir untuk bermewah-mewah.
Aku terus mesej mak. Aku mengadu marah. Belum sempat mak baca mesej tu, abah aku dah baca dulu. Naik hantu ayah aku. Perihal ni serius sangat-sangat mengganggu tumpuan aku untuk belajar. Gaduh dengan abah, duit makan tak cukup, perut lapar, serba-serbi tak cukup. Emosi terganggu, stress depress semua ada.
Aku struggle seorang diri. Sehingga aku mendapat result yang teruk bawah 2.00 pointer and kesannya, ptptn aku kena hold. End up aku quit study aku pada tahun kedua.
5. Namun aku teruskan gagahkan diri. Tidak mengalah. Aku memohon untuk bertukar kursus. Aku terpaksa menambah tempoh aku di uni selama 3 tahun lagi.
Tahun pertama aku terpaksa memohon bantuan masjid di univerisiti untuk yuran pengajian. Manakala untuk makan minum masjid ada memberikan kupon makan untuk aku makan dia foodcourt.
Selama setahun tu aku memang ikat perut dan pernah aku tak ada makan, aku terpaksa minum air paip untuk tahan lapar.
Sebelum masuk tahun kedua, aku ada memohon pinjaman pendidikan dari yayasan negeri dan Alhamdulillah, aku mendapat pinjaman untuk 2 tahun. Alhamdulillah walaupun tidak mewah namun cukuplah untuk bayaran yuran dan makan minum sikit.
6. Akhirnya aku tamatkan pengajian selama 5 tahun di uni. Ada sekali tu abang aku ada memberikan seutas jam tangan branded pada aku. Pertama kali merasa barang ada-ada. Ketika tu abah ada. Abah terus sound aku, “Kau jangan nak beranganlah pakai jam mahal”. Aku just diam membisu.
Kemudian seperti biasa selepas graduasi, orang seperti aku yang tak punya wang ringgit ni tak boleh balik ke kampung apatah lagi ke rumah abah. Dikuatiri menyusahkan. Maka mahu atau tidak aku kena berdiri sendiri. Aku menumpang di bilik kawan aku di Johor sementara aku mendapatkan kerja hakiki.
Alhamdulillah pada tahun 2012 aku mendapatkan kerja hakiki pertama aku dengan gaji permulaan RM900. Maybe kecil bagi orang lain. Tapi aku syukur. Niat cuma mahu kumpul pengalaman kerja sebelum lompat ke company lain.
7. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti musim. Setelah beberapa ketika aku akhirnya mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang agak selesa. Alhamdulillah.
Aku kumpul duit selama 4 ke 5 bulan untuk membeli sebuah kereta secondhand untuk kegunaan aku. Kereta tu agak lama namun klasik. Beberapa kali abah bagitahu aku samaada melalui call, mesej atau face to face yang dia berkenan dengan kereta aku.
Pernah sekali dia call aku, dia kata “Kereta tu awak pakai tak, kalau tak pakai bawa balik kampunglah. Boleh abah pakai buat bergaya”. Serius he never think. Dia tak fikir ke, kalau aku ambik kereta anak aku, anak aku nak commute macam mana. Walhal kat rumah abah dah ada kereta Mercedes jenis C Class. Sakit jiwa weiii.
This time adik-beradik aku yang lain juga pun sudah berada pada posisi kerjaya yang agak stabil. Walaupun ada pasang surut ekonomi masing-masing namun boleh dikatakan stabil secara amnya.
This time aku memberi duit bulanan pada abah RM500 sebulan, abang aku RM1,500, adik aku masing-masing RM400 dan RM550, kakak aku RM500, and kakak aku lagi sorang aku agak dalam RM400 ke RM500 juga. Rumah dah tak ada hutang. Abah bukan kaki shopping.
Ada sekali aku pernah bagi duit belanja tak cukup RM500. Dia terus canang pada semua adik-beradik yang aku tak kasi dia duit malah dia bagitahu semua orang yang dia tuntut aku bayar dia double. Sedih weiiii.
8. Lastly abah juga problem dengan adik aku. Adik aku sekarang ada kedai makan Nasi Ayam M** C**** which is dia pun aku tengok agak struggle untuk sustain business dia. YTJT. Gaduhnya sebab apa, abah minta adik aku belikan jam tangan harga RM5,000. Adik aku tak layan. Bergaduh besar dua orang tu.
Aku kadang-kadang berdoa kat Allah, kenapalah perangai ayah aku macam ni. Serius aku sedih. Menangis sendiri kadang-kadang. Rasa terabai malah rasa dipijak-pijak diambil kesempatan. Tertekan emosi tu tak yah cakaplah. Dah lama pendam cuma aku tak berani melawan. Takut akan gelaran ANAK DERHAKA.
Sekian…
– Aku Yang Beli Sarapan Dulu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Minta maaf, pada saya, awk bkn lah ‘anak derh*ka’, sebaliknya ayah dan ibu awak lah yg ‘derhaka’ terhadap awk (dan mngkin juga kpd adk-beradik yg lain..) skrg ayh awk patut rse ‘bersyukur’ yg anak2 dpt memberi dia duit belanja yg agak bnyak, sedangkn dlu dia pon x dpt nk bantu awk byr yuran universiti.. mcmne pon, mrk tetap ayah dan ibu awk.. hormati lah keduanya spt biasa.. jika perlu mrk dinasihat, berilah mrk nasihat yg baik, tanpa membuat mereka berasa marah atau berkecil hati.. dan juga, jgn lupa mendoakn mereka yg baik2, walau pon mrk ‘derhaka’ kpd ank2, itu adalah antara dia dgn Allah SWT.. wslm
menguji kesabarannya baca kisah ni hmm.. seolah anak-anak wajib pulak bagi duit tiap bulan padahal tu ihsan anak-anak je. kalau tak bagi pun bukan satu kesalahan, anak-anak pun bukan senang nak survive zaman lani. Patutnya dia dari muda tu uruslah kewangan sebaiknya untk masa tua.. bukan harapkan duit anak je, masa muda kemain kedekut dgn anak.
memang ramai mak ayah yang tak fikir panjang pasal anak, kedekut dengan anak dan paling tak boleh tahan boleh pulak pinjam ‘duit belajar’ ank.
Anak-anak yg hidup dlm toxic family macam ni, belajarlah jangan cerita kat orang tua psal dapat duit ke ada duit ke pada mak ayah yg jenis ‘suke berjoli’ ni.. stress rse nak hadap sampai bila2.
Kepada semua.. just nk bgtau.. x jatuh derhaka klu x bg mak ayah duit selagi mana kebajikan mereka masih terjaga.. mungkin ayat sy straightforward and salah tafsir bg sesetengah pihak, tapu rujuklah pada mereka yg pakar.. yang pasti x jatuh derhaka.. tu je..
Salam dik…awk bukan ank yg derhak**.
Awk dah tunaikan tanggungjawab sbg ank.So skrg fokus pada kehidupan awk.Awk bgi je duit berapa awk mampu.Rm500 dah cukup banyak tambah lagi abg adik beradik lain ada juga bagi kan.Kalau saya jadi awk tak pyh bgi 1 sen pada ayah tuu..Biar dia rasa.Biarlah kalau dia nak sumpah pun.Dia hidup hanya menyusahkan buat apa.Baik simpan duit utk hari tua dia nanti.Sekarang pasal duit pun boleh bergaduh bukan tak bagi langsung.Jgn dah sakit terbaring tak boleh bangun awk jadi mangsa yv kena jaga ayah….Wujud ye ayah mcm ni..geram pulak saya baca….