Aku Anak Kemboja

Assalamualaikum. Saya Rodiah (bukan nama sebenar) berketurunan Kemboja, 40 an berkerja pernah berkerja sebagai profesional dah kini mempunyai bisnes sendiri.

Orang Kemboja berniaga tidak berpisah. Gen berniaga saya muncul agak lewat ketika saya lewat 30an. Mungkin zaman muda belia saya lebih suka belajar dan berkerja dengan orang.

Isu kemboja tengah hot, saya terpanggil untuk komen. Ibubapa saya keturunan tulin Kemboja datang berhijrah ke Malaysia sebelum Kemboja dimasuki Pol Pot. Ayah saya mendapat pendidikan di sebuah sekolah agama dan pondok terkenal disebuah negeri. 

Ayah saya dibesarkan di Malaysia dibawa bersama datuk saya yang kematian isteri.

Kemudian Datuk saya berkahwin dengan perempuan Melayu kerana ayah isterinya berkenan kerana datuk saya pandai bertukang rumah dan sangat rajin berkerja. Mereka hidup bersama hingga keduanya meninggal dunia. Tidak mempunyai anak.

Ibu saya pula merupakan anak saudagar yang kaya di Kemboja dan berhijrah setelah berkahwin dengan ayah saya. Ibu berpisah dan tidak lagi dapat menemui ayahnya setelah Kemboja dimasuki Pol Pot. 

Apabila saya sudah besar dan ada kemampuan saya pernah mengajak beliau fly kembali melihat tanahairnya tapi beliau menolak mungkin sedih mengenang kisah lama. Saya hanya fly bersama ayah saya mengunjungi sanak saudara sana. Kisah itu tamat disitu..

Kehidupan kami masa saya kecil sangat susah di tahun 70an. Serba kurang. Tapi mak ayah saya memang orang yang rajin dan kuat berniaga. Mak Ayah kami juga tidak pernah menganggu jiran2 dan kami menjalani kehidupan kami sendiri. 

Malah keduanya mendapat IC biru pada tahun 80an dan kesemua anak anak mendapat warganegara penuh IC biru. Keturunan kami hanya tertera pada surat beranak. 

Disebabkan kami keturunan pendatang, kami sering dipandang hina, anak anak mak sering dibuli dan di sering di panggil heii anak kemboja! 

Kami jalan pun tiba tiba akan ada panggil macam tu.. ada baling barang, menyakitkan. Saya anggap orang Melayu kampung ni gila tak de kerja mengacau orang. Haha..

Pernah ayah saya naik motor tiba tiba di pukul lidi oleh perempuan tua 1 kampung kononnya ayah saya mendalami ilmu hitam. Padahal ayah saya adalah orang berpegang pada ajaran Islam yang kuat, mampu mentafsir Al Quran, sembahyang 5 waktu dimasjid,

Sehingga kami berpindah ke 1 kampung baru, ayah diangkat menjadi imam dan sering di panggil mengetuai bacaan bagi akikah, kematian dan lain lain. 

Ayah saya kini sudah meninggal dunia. Dan perkerjaan terakhir arwah menjadi tenaga pengajar bertauliah yang dilantik oleh kerajaan untuk kuliah agama di masjid masjid.

Kematiannya amat dirasai apabila hilangnya beliau, kampung tempat kami menetap sudah ketiadaan ustaz untuk conduct majlis agama.

Ayah saya meninggal di Kuala Lumpur tetapi sahabat2 nya dari negeri beliau bersahabat menziarahi, membuat tahlil walaupun jauh sesungguhnya kematiannya amat diraikan. Dan sahabatnya semuanya dari Bangsa Melayu.

Kampung lama saya pernah kami pergi melawat jiran lama. Saya susuri kampung lama ini imbau zaman kanak kanak.

Semua dah tua, mereka terkejut bila tahu saya anak si kemboja sekian sekian rupanya dah menjadi orang. Anak anak depa pulak tak menjadi. Setakat spm kerja biasa biasa jer. Itulah Allah nak tunjuk barangkali.

Kami mempunyai 8 orang adik beradik kesemuanya berjaya. Ada yang Phd, Master, Ijazah dan Diploma. Dari kami susah tidak berumah kini kami adik beradik berjaya mempunyai rumah dan aset sendiri atas titik peluh kami. 

Kami tidak pernah ada tanah di bumi orang tapi kami sedar asal usul kami, penolak kami gigih usaha hingga mampu beli tanah dan mendirikan rumah. Hari ni orang kampung arwah ayah, bila kami balik kg beli ayam time raya, mereka tanya ni anak siapa?

Kami jawab “anak Ustaz xxx.”

“Ustaz xxx kemboja tu ke?”

“Ya..”

Kami malu asalnya sebab pakcik tu cakap kuat. Tapi dia terus sambung,

Ust xxx ni bagus anak anak dia semua belajar tinggi. Biar dia Kemboja tapi dia bab ni dia bagus. Kami cepat beredar sebab semua mata mata orang kampung merenung kami. Hahaha..

Saya dan suami dihantar belajar luar negara dan pernah dihantar bertugas ayah mesti cerita dengan kawan rapatnya kedai kopi. Masa tu alahai ayah malunya kami. Ayah cuma ketawa jer. Dia kata nak malu apa. Ini anak ayahhh lah.. haha.

Saya yang feel awkward. Saya mmg tak suka disebut2 hal pencapaian saya depan orang. Biarlah rahsia. Tapi biasalah orang tua. Mungkin dia suka atau bangga dengan anak.

Tapi saya tahu ayah bukan nak menyombong tapi sekadar berkongsi rasa gembiranya pada kawan kawan yang dia kenal satu kampung. Ayah ayah ..

Ayah didik kami anak beranak hal agama. Tak pernah lekang pesanannya jaga solat jaga solat hinggalah dia meninggal dunia. Alhamdulillah kami 1 family dapat menjaga solat hingga hari ini.

Saya dan suami merupakan graduan post grad di sebuah universiti di luar negara. Suami saya berketurunan Melayu tulin ya. Dan BM saya A1 ye haha.. Semua adik beradik saya berkahwin dengan Melayu tulin.

Ntahlah tak ada pulak mak dapat menantu Kemboja. Tapi yang kelakarnya orang kampung yang hina kami dulu dia pulak dapat menantu Kemboja, haha.

Selainnya saya, abang juga graduan luar negara dan anak anak saudara lain juga. Keluarga kami amat pentingkan pendidikan. Mak saya menjaja keliling kampung naik basikal untuk cari duit bagi belanja ketika kami di U. 

Pagi berniaga, malam berniaga. Saya lah tukang jaga adik umur 9 tahun jaga adik umur 1 dan 4 tahun sampai malam dgn abang umur 11 tahun lepas balik sekolah. Dah la rumah tepi sungai gelap gelita. Takut.. Siapa kata budak kecik tak takut. 

Tapi itulah gigih kami untuk teruskan hidup tanpa susahkan sesiapa. Bergolok gadai barang kemas dan kami adik beradik telah mula berkerja secara part time bila cuti sekolah atau cuti semester untuk meringankan beban mak ayah dulu. Kesusahan membuat kami gigih belajar. 

Mak pernah kata, “mak tak biarkan kamu semua anak anak pergi menjaja di pasar malam seperti kebanyakan anak orang kemboja buat. Tapi mak suruh kamu semua belajar sampai pandai jer. Kalau tak dah lama mak kerah kamu semua berniaga saja berhenti sekolah”’.

Semangat mak dan arwah ayah sekolahkan kami hingga kini kami didik anak anak pentingkan pelajar.

Alhamdulillah anak anak mendengar kata dan gigih belajar cuma bezanya mereka tak sama seperti kita zaman dulu. Budak zaman sekarang faham fahamlah. Tapi saya dan suami tak boleh menolak sebab itu zaman mereka. Gajet.

Saya dan suami cuma pantau hal sekolah mereka, sentiasa bersembang dan pastikan mereka ke kelas tuisyen. Setiap bulan saya memperuntukkan hampir 1 – 1.5k untuk alatan sekolah, duit tuisyen untuk 5 orang anak. Saya anggap itu lah nafkah wajib membesarkan anak zaman ini.

Anak sulung saya sedang melanjutkan pengajian di UK. Anak kedua saya calon SPM tahun ini dan sekolah meletakkan sasaran 10 A.

Semua anak anak saya belajar di sekolah harian biasa dan saya dan suami lepasan graduan ijazah universiti awam sahaja. Apabila di peringkat Master dan PhD baru kami explore ke negara jauh.

Yang saya nak cerita semua ni bukan nak dibanggakan. Kalian pun tak pernah kenal saya.

Ia hanyalah 1 perkongsian bahawasanya bukan semua keturunan Kemboja ni seperti makcik K bagi saya yang dikatakan keturunan sama ni pun sedikit pun tidak teruja untuk react seperti caranya. Bagi saya cara dia low class! 

Walaupun dia kaya but money doesn’t buy class. Ada sesetengah kemboja ni mereka rasa bangga kaya sebab mereka gigih (mak saya kata orang tak pernah kaya macam tula) haha. Mereka tak ada pelajaran. Hanya kaya. Jadi kelakuan mereka tetap tak ada class.

Dan saya pernah jumpa anak anak kemboja yang sukses hingga jadi pakar jantung Jusa A, pensyarah anak keturunan kemboja dan profesional keturunan kemboja. Mereka semua be polite tak ada memalukan sendiri.

Kemboja ada dua jenis asal usul dari Vietnam yang agak kasar dan Kemboja yang asal usul di tanah Cambodia. Ibu saya keturunan asal Kemboja. Ayah saya keturunan Vietnam – Kemboja memang agak kasar & kering hati berbanding mak saya.

Tapi pendidikan agamanya menjadi brek untuk sifat dia. Itu saya faham yang kasar ni bukan Khmer tulin mereka asal usul dari Vietnam.

Vietnam pure ni kami sendiri pun tak suka sebab agak kasar, hati kering & manipulative. Biar mampu pun saya tak berminat travel ke Vietnam.

Untuk Makcik Kemboja Mariyah. Saya tidak pandai berdialek Qhu (dialek kasar Cambodia) tapi saya boleh dialek Cham (agak lembut bunyinya). Haha.. memang pelat sebab saya hanya belajar dari mak saya sikit sikit sejak kecil tapi bukan native speaker lah.

“Kau mai menih. Iyek rak, rak keya nyah ohh yak he duk meya nyelo yak rang Mele”.. ja petoh mai menih meya taw kok oh..

Mak saya juga orang keturunan Kemboja tapi kami tak pernah menjaja keturunan asal kami kat mana mana. Kerjaya tinggi mana pun, kami hanya diam. Tidak pernah nak dikaitkan hebat nya bangsa kita. Yang hebat adalah orang yang berakhlak dan beragama bukan bangsa.

– Rodiah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *