Assalamualaikum pembaca sekalian, Ini adalah kisah benar. Aku minta maaf kalau cerita ini ada mengguriskan hati mana-mana pihak.
Yes, aku merupakan anak hasil hubungan luar nikah and aku bangga dengan myself sebab aku tak pernah malu pun aku merupakan anak luar hamil hasil dari dua hamba Allah yang bernafsu tanpa memikirkan kesan jangka panjang apa yang akan berlaku nanti.
Sejak kecil aku dijaga oleh ayah & ibu angkat yang menjaga aku. Ayah angkatku merupakan seorang polis manakala ibu angkatku merupakan seorang kaunselor di sebuah universiti.
Alhamdulillah, aku dijaga dengan baik sekali oleh ayah & ibu angkatku. Ditatang bagai minyak yang penuh seperti anak sendiri.
Seperti sedia maklum, Yes, aku ber-Bin Abdullah bukan nama ayah angkatku. Alhamdulillah aku tak pernah malu pun.
Sejak kecil aku memang tahu aku adalah anak angkat tetapi aku tak pernah rasa macam aku anak angkat sebab aku dilayan sama rata oleh 2 adik angkatku yang lain.
Ibuku sering mendidik kami saling mengasihi antara satu sama lain dan Alhamdulillah dua-dua adik angkatku mempunyai akhlak yang baik dan sangat menyayangi sesama kami.
Sepanjang aku membesar, tidak pernah aku membesar dengan kejian seperti ini.
“Kau anak haram”
“Kau anak angkat”
“Kenapa Bin Abdullah”
Alhamdulillah aku membesar dengan baik tanpa ada pressure dan tentangan dari rakan-rakan sekolah. Ibu dan ayahku sering memberi motivasi kepada ku & ibu ku telah menetapkan satu peraturan di rumah.
Setiap ahli di rumah wajib mempunyai journal harian untuk ditulis & akan disemak oleh ibu setiap hujung minggu waktu perjumpaan (usrah) keluarga setiap malam ahad.
Melalui situ, aku akan ceritakan semua isu & masalah yang aku hadapi malah isu adik-adik angkat yang lain turut serta untuk dibincangkan waktu itu.
Alhamdulillah, aku tak pernah malu ber-Bin Abdullah. Walaupun sering ditanya mengapa nama ayah aku berbeza dengan nama aku di dalam IC.
Tetapi Alhamdulillah aku memilih untuk berterus terang sebab aku tak suka untuk menyimpan & memendam perasaan.
Ibuku sering menekan perkara ini. Beliau sering berkata ; kalau ada isu or masalah cuba cari someone yang abang percaya untuk kongsi kalau ummi jauh dari abang. Jangan pernah simpan. It’s okay to rant/vent.
“Your allowed to do whatever you want to get your peace of mind. Its okay to rant.” Lebih kurang macam tu. So that, abang tak perlu membawa beban sehingga bila-bila. Just let it go.
Alhamdulillah, ayahku seorang yang sangat baik walaupun orang cakap polis mesti tegas or garang tetapi tidak ayahku sangat lembut dalam berbicara especially terhadap anak-anak.
Sepanjang aku membesar ayah tidak pernah memarahi ku sebaliknya menggunakan nasihat sekiranya aku dan adik-adik angkat aku ada berbuat salah.
Rotan memang tidak ada di rumah kami sebab ibu sudah berbincang dengan ayah tidak mahu meninggalkan kesan fizikal & emosi terhadap anak-anak.
Alhamdulillah, hasilnya aku mendapat keputusan cemerlang sejak upsr sehingga ke ke universiti. Ayah dan ibu sangat berbangga dengan aku dan sering berpesan kepada aku untuk menyebut perkara ini apabila mendapat perkhabaran gembira atau keputusan yang cemerlang ;
“Haza min fadli Rabbi. This belongs to Allah.”
Suatu hari, waktu aku cuti musim panas di Malaysia ummi dan ayah memanggil aku untuk memberitahu sesuatu perkara tentang ibu kandungku yang masih hidup.
Yes, ibu masih hidup. Ummi bertanya sama ada aku ingat berjumpa atau tidak. Sebab ibu kandung aku rindu yang teramat.
Alhamdulillah, pertemuan aku dengan ibu kandung aku dalam suasana yang penuh emosi. Ibu kandungku menangis meraung-raung meminta ampun & maaf yang tak terhingga. Aku pun turut menangis dan mententeramkan keadaan.
Aku cakap “ takpe ibu”. Don’t let your difficult past define your today. When you focus on the past, you choose to be a victim of the past. Past is gone. So let’s focus here and now( taught by ummi). Abang tak pernah salahkan ibu. It’s not your fault. Itu semua syaitan punya salah! Sebab hasut ibu.
Ibu kandungku memberi tahu bahawa ayahku sudah lama meninggal dunia akibat kemalangan. Al-fatihah (dibaca) untuk arwah ayah kandungku. Ibu kandungku mempunyai suami baru & bersama anak-anak suami yang baharu. Suami baru ibu tahu akan perkara ini.
Alhamdulillah semua dipermudahkan. Pertemuan kami dibanjiri air mata setiap insan yang hadir ketika itu. Ibu kandungku berpesan jangan lupakan beliau dan juga Ummi (ibu angkatku).
Ummi dan ayahku (angkat) memberitahu aku berhak nak pilih untuk tinggal dengan sesiapa sekarang sebab aku sudah berumur 23 tahun tetapi aku tetap memilih untuk terus bersama ummi dan aku tetap tak akan lupakan ibu.
Alhamdulillah ibu kandungku sudah banyak berubah & solat dijaga dengan baik. Sentiasa menjaga aurat which is aku nampak past is past. Jadi, aku focus yang sekarang yang ada di depan mata iaitu ibu yang sekarang bukan yang dulu sewaktu muda. Beliau rajin membuat panggilan & bertanya khabar dan aku sangat senang melayani beliau.
Untuk masa yang akan datang aku perlu bersedia sekiranya aku ingin berkahwin ke, my future wife perlu tau siapa aku. Siapakah yang akan menjadi wali aku semua tu aku ketepikan dulu sebab masa tu belum datang. Chill, aku nk balas jaga ummi, ayah, dan ibu kandungku dulu.
Kadang-kadang aku terfikir mungkin aku berjaya sampai tahap ini adalah asbab doa ibu kandungku juga kerana doa seorang ibu itu mustajab. Doa ummi, doa ayah, dan doa ibuku. Itulah kuasa doa.
Doakan aku habis belajar ya? Alhamdulillah jiwaku tenang sekali. Ingin sekali ku berikan ketenangan ini untuk dikongsi bersama kalian. Tetapi apakah daya hati ini kan sifatnya berbolak balik?
Aku sekarang sekarang sudah berada di tahun akhir jurusan perubatan universiti swasta. Segala pembiayaan pembelajaran aku ditanggung oleh scholarship.
Aku sering dengar bahawa anak luar nikah ni jahat, tak punya masa depan, genetik tak bagus. It’s totally wrong. Everyone makes mistakes, dont be too hard on yourself. No one is perfect and you can use this as a learning experience.
Alhamdulillah Doakan aku ya mana tahu setiap apa yang aku tulis & cakap ni Allah uji nanti. Minta dijauhkan.
Untuk anak-anak yang ber-Binkan Abdulllah, please jangan malu. Be proud of yourself for how far you have come, and never stop pushing to be the best you can be. Try to see good in everything. InsyaAllah you can do this ♥️
Ummi aku selalu cakap perkara ni ;
“Setiap anak itu ibarat kain putih, bersih, wangi, tiada kotoran. Ibu bapa lah yang ada kuasa untuk mencorakkan kain putih itu. So pada hari ini, ummi & dan ayah telah mencorakkan abang dengan seni yang paling cantik untuk abang bawa diri abang.
Now, ini adalah masa untuk abang mengindahkan hidup orang lain. Dan ummi percaya, setiap kain yang dicorak tidak betul akan ada pembersih/removal yang boleh membersihkan corakkan itu walaupun meninggalkan sedikit kesan.”
Yang benar,
– Zeus (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit