Aku Anak Orang Asing

Tiba-tiba tertarik dengan artikel yang satu ini “Salah Ke Mak Ayah Aku Orang Indonesia” dan tergerak hati untuk berkongsi cerita jalan hidup yang membawa aku sampai ke tahap yang tak pernah aku sangka. Aku juga pernah melalui fasa hidup yang sama mungkin situasi yang berbeza. Kalau agak malas jangan baca, sebab “confirm” apa yang aku taip sekarang mesti panjang (padahal ini baru intro, hahaha).

Sebelum tahun 2008 boleh katakan hampir 80%-90% lingkungan hidup aku tak pernah lari daripada asal usul sebagai sebagai anak keturunan Jawa. Bahasa, makanan, lingkungan tempat, cara hidup pun tak lari dari budaya Jawa pada asalnya.

Pernah tinggal kat Indonesia dalam 5-6 tahun, belajar kat Malaysia 4 tahun di sekolah Swasta, Sekolah Indonesia Kuala Lumpur. 2008, aku “decide” nak pindah ke sekolah menengah Kebangsaan sebab potensi aku untuk sampai ke Universiti lebih tinggi. Mak Ayah sikit pun tak halang keputusan yang aku.

2008, jujurlah ni lah “first time” aku bergaul dengan 100% lingkungan Malaysia, dan aku dah siap dengan apapun kemungkinan yang aku tak tahu apa yang akan aku dapat selepas ini.

SMK Padang Tembak telah membuka mata ini untuk melihat lebih luas, Puan Rozah Ariffin masa tu Pengetua dengan Cik Normadiah Penolong Kanan Sekolah dengan guru-guru lain tak pernah membezakan layanan kat aku dengan pelajar lainnya. Kawan-kawan pun banyak yang “support” bagi dorongan kat aku untuk tetap belajar kat sekolah (sampai kehadiran aku masa tahun 2009 100%, nampak tak seronoknya aku kat sini sampai tak pernah ponteng).

Tapi jujur, masa tu aku malu-malu nak bergaul sangat, sebab bahasa Malaysia aku tak berapa nak elok, jadi agak minder lah… (minder tu segan campur malu-malu..) ingat lagi aku Cikgu Rohani ajar karangan BM minta tolong aku betulkan ayat, sebab aku tulis “aparat kepolisian”. Hahaha….

“Even” result peperiksaan akhir masa tingkatan 4 aku 6G 3E, cikgu-cikgu tak pernah sisihkan aku, bahkan Cik Normadiah jumpa aku aku “personal” sebab tak nak aku sesat jauh sangat sampai tak boleh nak belajar.

Teringat aku arwah seorang cikgu memang tegas ajar aku BM masa tingkatan 4, dia bagitahu terus kalau tak boleh nak bebahasa Malaysia, susah nak “survive” kat sini. “Even” beliau tegas, dekat kelas lain beliau selalu cerita kat murid-murid yang beliau ajar, “cuba awak semua tengok Zaki, pelajar baru dari Sekolah Indonesia, dia rajin tak segan belajar dan banyak lagi pujian yang dia bagi kat aku “even” aku tak tahu pun kalau kawan aku tak cerita.

Sebab tu seseorang yang perhatian dengan kita adakalanya tegas, tapi tegas itu tanda sayang (aku tahu pun lepas dah habis SPM cerita beliau, terharu weyhhh T_T). Aku dapat keluarga angkat juga kat sini, setiap hari Ahad aku akan belajar dengan kawan aku (anak keluarga angkat aku), masa ni pertama kali bergaul dengan keluarga Melayu yang aku dah anggap macam keluarga sendiri.

Akhirnya SPM aku dapat result lebih dari setakat lulus, menangis on the spot aku masa ambil result SPM 2009. Mana tak nangis, aku rela tinggalkan sekolah aku sebelum tu “even” aku dah mula kuat masuk organisasi pelajar, dapat tawaran handle website sekolah, goalkeeper utama team futsal, sempat juga aku main drum join band setahun, tinggalkan kawan-kawan baik aku semata-mata nak ambil SPM.

2010 result SPM, aku dapat tawaran sambung asasi Ekonomi kat UNIKOP (Kalau tak silap kolej bawah naungan UiTM masa tu) dengan beasiswa penuh! Aku punya gembira masa tu tak payah cerita lah, kalau boleh bukit Broga tu aku naik turun 15 kali (ni hiperbola…). Tapi, aku tanya kat pejabat UNIKOP, tiba-tiba aku tak dapat beasiswa, paling teruk tak boleh sambung asasi sebab aku bukan bumiputera, pegawai tu kata kemungkinan dah salah hantar, kesilapan data. Sedih yang teramat, sampai “down” giler lah. Pelan-pelan aku cuba fikir balik, bukan rezeki nak buat macam mana pun tak kan dapat :)

2010, ramai dah kawan-kawan aku sambung belajar, ada yang kerja terus, masa tu semangat nak ambil degree masih ada. Nak sambung diploma, tak ada duit, nak masuk matrik risau tak lulus. Akhirnya aku dijodohkan dengan SMK Seri Ampang, dulu namanya Ampang Road Boys School (ARBS), nama “glamour” Ampang Boys. Kat sini aku cuba nasib ambil STPM, dan aku baru tahu katanya STPM merupakan peperiksaan yang tersusah ketiga kat dunia, dalam hati aku, “matiiiilaaaanaaak…..”. Hahahahaha… nak tahu lagi baca bawah ni.

Result peperiksaan STPM tahun pertama aku, “bencana”, wakakakaka!!! Macam mana tak bencana, pagi aku sekolah, petang sampai malam aku kerja. “Last-last” berhenti kerja sebab dapat tawaran masuk PLKN (Part PLKN aku skip sebab makin panjang aku nak taip, hahaha), 3 bulan tak masuk sekolah, result akhir lower 6 STPM aku tenyata buat aku terkejut, “Double Disaster” :D

Masa 2011, awal tahun tu berazam nak berubah, semangat belajar balik. Tapi, aku makin aktif dengan organisasi, Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Pelajar Islam, Persatuan Pelajar Pra U, pengawas pusat sumber, paling ketara sekali aku join team majalah sekolah, buat-buat grafik. Aku buat semua tu sebab nak tebus balik kesilapan aku masa SPM dulu, aku tak aktif langsung “even” aku tahu mungkin result STPM aku bukan setakat bencana, tapi kiamat. Tambahan aku masih bekerja masa STPM.

Banyak kali cikgu nasihat, fokus STPM. Dengan aktiviti yang pack plus aku kerja memang susahlah nak kejar. Akhirnya, sebulan terakhir sebelum STPM aku buat pecutan ultrasonik megantronik optimus paleonitikum (ni pun hiperbola), study sampai tak kluar rumah terperap kat bilik, kalau tak percaya boleh tanya mak aku yang buatkan kopi 3-4 gelas satu malam, sampai tinted kopi dah kulit aku (hahahaha… melebih ni). Masa kat sekolah ni pun cikgu-cikgu selalu support untuk belajar siap tanya masalah aku tak boleh study, kurangkan busy, macam-maam lagi lah… nampak tak sayangnya cikgu kat aku, hahahahah…

2012 sebelum result STPM kluar, nak masuk Universiti pun ada jarak 9 bulan, kalau aku duduk diam memang mereputlah jadi ketupat raya tiga tahun lepas. Alang-alang, aku kerja Call Centre McDonalds kat Masjid Jamek dari bulan Januari sampai pertengahan bulan March kalau tak silap, sebab masa tu McDonalds delivery tukar tender company, tapi aku masih kerja sampai bulan Ogos “even” lain-lain “company”. Kat tempat kerja pun tak pernah merasa disisihkan, lagi banyak geng aku kat sini, geng-geng kerja shift malam. Kat sini jugaklah mulanya orang-orang panggil aku “Wak” sampai sekarang jadi “fenomenal branding”, hahahah…

2012-2016,

Fasa yang aku dah lama nantikan, aku dapat belajar kat IPTA, Universiti Utara Malaysia (UUM). Yang kelakarnya, masa result UPU keluar, melompat aku sampai tersondol syiling sebab UUM dekat dengan rumah, alah sebelah Chowkit road je, apedehal. Sebab “excited” esoknya aku terus pegi UUM KL, baru aku tahu aku kena sambung degree kat Sintok, masa tu baru terhegeh-hegeh buka google sambil terkejut, Sintok tu kat Kedah, woooalaahhh…. kepiye iki mas eee…

3 tahun setengah kat UUM, aku dapat peluang masuk beberapa badan pelajar, hasilnya ada yang sukses, yang gagal banyak, sebab nak uruskan lebih susah. Ada buat beberapa bisnes, ada yang gagal, ada yang menjadi. Pensyarah, staf, pelajar kat sini tak ada menjadikan karakter seorang Zakisafutra Matosir Taseman sebagai seorang Jawa sebagai kekangan, bahkan ada yang menganggap sebagai “branding positioning personality” yang membuat aku lebih dikenali. Dengan sokongan yang ada, “mostly” banyak yang “support” aku untuk meniaga, terimakasih geng!!!!!

Sekarang,

Alhamdulillah, atasan, rakan kerja pun boleh terima aku dengan baik. Agak terharu apabila boss sendiri bagitahu, semua staf termasuk aku perlu “growth” dengan “company”. Tapi serious weyh… “mbedo’ ” Jawa aku memang susah nak cover. :)

Kesimpulannya,

1. Dimana pun aku berada, aku takkan mampu capai tahap sampai sekarang sekiranya tak ada sokongan, nasihat daripada orang-orang yang berada dalam radar pengembangan diri aku.

2. Terimakasih kasih kerana tiada diskriminasi untuk membantu aku menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya.

3. Selalu ada orang tanya, diantara Malaysia dan Indonesia, aku lebih condong ke arah mana? Honestly speaking, tak pernah aku buat mindset untuk meninggalkan salah satunya, ibarat sepasang mata yang membuat aku melihat. Aku sayang keduanya, yang pertama supaya aku tak pernah lupa akan asal usul, kedua tempat membentuk diri menjadi lebih baik.

“Aku sayang kalian…”

– Zarcxander (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *