Hai korang. Suka baca confession dekat IIUM ni sbb byk pengajaran yg boleh diambil. Aku dilahirkan didalam keluarga yg terlalu menjaga agama in another word TABLIGH. Mungkin tak semua orang yg mk ayah dia tabligh ni jd mcm aku. Dr umur 4 tahon aku da kehilangan mak kandung aku kerana kemalangan. Tapi masa tu aku taktau apa-apa sebab kecik lagi and ayah pon da berkahwin baru selepas beberapa tahun mak meninggalkn kami. Orang2 tabligh ni ade mcm2 peraturan yg kita kena ikot dan larangan yang xboleh dilakukan. Yes, aku setuju dgn apa arahan dan larangan semua tu sbb bnde tu semua tak jauh dari kehidupan kita sbgai org Islam.
Tapi Ayah terlalu tegas terhadap kami adik beradik sampaikan kami semua takot dgn ayah. Aku selalu dipaksa untuk pakai jubah purdah dan semestinya aku buat semua tu kerana terpaksa dan xpernah ikhlas. Aku prnah dgr satu ceramah ada ustaz tu kata dlm berdakwah jgn memaksa tp tetaplah berdakwah dan mendoakan semoga org yg kita dakwah diberi hidayah dan teros istiqamah melakukan amal kebaikan. Tapi cara ayah berdakwah sgt keras dan apa yg aku nmpak ayah sering merasakan dirinya adalah yg pling betul(maafkan aku klau bersangka buruk). Ayah juga seorang yg panas baran dan sering menyalahkan mak dan sesiapa sahaja klau dia tengah marah. Tapi apa yang aku paling tak berkenan dgn sikap ayah, ayah terlalu mementingkan akhirat sebab boleh dikatakn semua urusan belanja anak2 adalah dari mak baru kami. Ayah tak pernah ada kerja tetap mcm ayah org lain apa yg dia tahu hanya berdakwah ckp itu ini tapi diri sendiri pon tiada lah betul mana.
Ayah boleh dikatakan hebat sebab di kampung kami sebut sahaja nama ayah pasti ramai yg mngenalinya. Tp tidak kurang juga ramai yg membencinya atas sikapnya yang suka marah melulu. Hidup aku dalam keluarga tabligh sgt tertekan sebab aku tidak bebas melakukan apa sahaja yg aku nak. Ayah dan mak selalu sahaja memarahi aku dan juga selalu curiga dgn aku sdgkan aku tidaklah degil manapon. Dan kerana sifat mereka itu aku menjadi seorang yang penakut dan juga seorang yg hipokrit. Depan mereka aku ibarat malaikat tp blkg mereka macam2 benda aku buat. Bukan aku seorang yg merasa tertekan dgn hidup sebagai ank org tabligh tetapi abg2 dan adik ku juga melalui benda yg sama. Nak dijadikan cerita oleh kerana sikap keras hati ayah akhirnya slh seorg dr abang aku bertindak kahwin lari dgn tunangnya kerana ayah seperti ingin memisahkan mereka sbb ayah tak suke dgn pilihan abg.
Itulah kali pertama aku rasa ayah terduduk kecewa kerana tidak menyangka abg sanggup menconteng arang ke muka ayah. Tidak lama selepas itu, ayah jatuh sakit kerana terlalu rindukan abg tp lgsung tiada khabar berita selama bertahun2. Tp berkat doa ayah abg balik semula kepangkuan keluarga kami tp abg telah berkahwin lari di siam dan kakak ipar aku juga sedang sarat hamil anak petama mereka. Dipendekkan cerita, ayah juga seorang yg suka menangkap org yg berbuat mksiat berjudi dan hisap dadah dan ayah diuji sekali lagi dn adik aku yang kantoi mengambil najis dadah itu disebabkan tekanan dr ayah dan mak yg selalu mengharapkan adik mendapat kerja dan gaji yg besar. Benarlah kata “Bersiap sedialah wahai pendakwah dengan iman dan istiqamah.. satu masa kamu juga akan diuji dengan apa yg telah kamu dakwahkan..” dan itu yg terjadi kpd ayah sekarang. Ayah masih lagi dgn caranya yg keras dlm mendidik kmi smpai la skrg aku tetap berdoa agar abah berubah jadi lembut dan memberi aku dan adik beradikku yg lain peluang untuk mencari kehidupan sndri.
Apa yg aku ingin tekankan disini ialah sebagai ibu bapa yang mengamalkan ajaran tabligh janganlah terlalu memaksa anak2 untuk menjadi seperti kamu kerana aku anak org tabligh dan aku sgt tak setuju dgn cara mak ayah yg terlalu memaksa anak2 dan tidak diberikan peluang utk memberi pendapat sendri drpd kecil smpai la besar. Tapi alhamdulillah skrg aku telahpon berkahwin dgn pilihan aku sendri. Walaupon sblom ini ayah banyak kali ign menjodohkan aku dgn org2 tabligh sprti dia. Aku bknlaa anti org tabligh tp kdg ade cara yg tak betul pada mereka tp mereka terus merasa diri mereka suci dr sebarang kesalahan sdgkn tiada manusia yg sempurna didunia ini. Akhir kata dari aku ”Berhati-hatilah wahai para pendakwah ketika mengkritik seseorang yang tidak sehaluan. Jangan sampai menghina, menuduh dan melabelkan dengan gelaran negatif. Boleh jadi anda akan diuji dengan sesuatu yang lebih buruk dari tuduhan yang anda pernah lemparkan”.
-dhia-
– DHIA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit