Pertama sekali aku ingin meminta maaf jika ayat aku gunakan agak berterabur sebab ini kali pertama aku mengarang di confession ini. Aku harap confession aku akan disiarkan.
Nama aku Bella dan semestinya bukan nama sebenar. Seperti tajuk yang aku tulis aku merupakan anak perempuan sulong daripada 6 beradik iaitu 4 perempuan dan 2 lelaki, berumur awal 30-an, berkerjaya, masih belum berkahwin dan tinggal bersama keluarga.
Aku masih mempunyai ibu bapa yang masih bekerja (ayah bekerja sendiri manakala ibuku pekerja government)
Untuk pengetahuan semua, aku sangat stress dan tertekan dengan kehidupan aku sebagai anak perempuan sulong.
Ini kerana semua perkara akan jatuh ke bahu aku dan aku yang kena selesai segalanya di rumah walaupun mempunyai adik lelaki yang berumur 28 (telah berkahwin) dan 25 tahun.
1. Beberapa bulan lepas nenek aku yang berumur 80-an tidak sihat (sakit kepala dan pening). Ayah aku menelefon aku dari tempat kerjanya dan berkata,
“Hello kak long, nenek tak sihat tu. Pening kepala. Nanti kak long pergi tengok nenek ok”.
Aku pun pada masa tu terus pergi melawat nenek aku di rumahnya yang mengambil masa 10 minit. Apabila sampai di rumah nenek, nenek bercerita dia hanya rasa pening dan masih boleh memasak seperti biasa.
Untuk pengetahuan semua nenek dan datuk aku hanya tinggal berdua dan hanya ayah aku yang tinggal di negeri yang sama. Semua adik beradik ayah aku tinggal di negeri yang berlainan.
Apa yang aku ingin tekankan disini, ayah aku hanya menyuruh aku melawat nenek sedangkan dia bekerja seperti biasa walaupun bekerja sendiri. Apabila balik kerja dia terus tanya macam mana keadaan nenek. Aku just cakap nenek ok dan hanya pening.
2. Pada satu hari nenek menelefon ayah aku dan menyuruhnya membeli ubat gastric untuk datuk aku. Pada masa itu baru pukul 8 pagi. Dan seperti biasa ayah aku cakap,
“Kak long nanti belikan datuk ubat ye. Pastu hantar ke rumah nenek”
Aku pun cakap la, lepas zohor nanti Kak long hantar. Tetapi ayah ku cakap hantar la pagi ni. Aku cakap bukan datuk nak makan terus pun (datuk aku tidak sakit, just nak tambah stock ubat saja)
Pastu terus dia cakap, takpela nanti ayah beli dan hantar. Aku pun ok saja la. Petang tu aku pun pergi la rumah nenek. Aku tanya ayah ada datang hantar ubat tak. Nenek jawab tak de pun. So aku just angguk saja la.
Aku ingatkan ayah aku hantar la ubat ke rumah nenek sebab pagi tadi dia yang bersungguh cakap nak kena hantar segera. Rupanya dia tak hantar pun dan terus ke tempat kerja.
3. Satu hari kereta aku pancit (area rumah aku) so aku just bawak saja kereta aku balik rumah. Ye la mana ada orang nak tolong tukar tayar panas-panas masa tu.
Lepas ayah aku balik kerja aku cakap la yang kete aku pancit. Dia cakap habis la rosak tayar. Aku pun balas habis tu sape nak tukar, mana ada orang pun masa tu nak minta tolong.
Dia pun cakap “kak long la yang tukar”. Aku balas lagi, kenapa kak long pulak dan dia cakap kereta kak long kan. Maybe ayah aku ingin bergurau tapi aku sangat terasa hati. Sebab bagi ayah ku anak perempuan ni boleh buat segalanya.
4. Dalam 1-2 minggu ibu aku pernah bersungut yang aircond di rumahku berbunyi dan agak perlahan. Dia memberitahu kepada anak lelakinya yang 2 orang ada di rumah tetapi tiada sorang pun yang amik peduli. Kalu nak kata tidak pandai, aku pun tidak pandai.
Lepas beberapa kali memberitahu dan tiada sorang pun yang teringin check aircond tersebut, aku sebagai anak perempuan sulong bukak la youtube dan search cara-cara mencuci aircond.
Aku amik tangga dan panjat. Bukak aircond dan bersihkan habus dan debu. Kemudian pasang balik. Adik lelaki aku just tengok saja dan tolong cuci filter. Aku yang perempuan ni kena panjat segala bagai.
5. Hari raya dah makin dekat, so disebabkan hanya nenek dan datuk saja di rumah, saudara mara yang berada di luar negeri ingin nenek dan datuk aku menyambut hari raya seperti biasa walaupun hanya berdua.
Mereka pun menempah beberapa juadah dan masalahnya juadah tersebut ditempah di luar daerah tempat tinggal kami.
So, macam mana kami ini ingin mengambil juadah tersebut sedangkan sekatan polis ada di merata tempat. Hal ini menjadi isu dalam keluarga.
Pada mulanya ayah aku menyuruh anak lelaki 1 pergi tetapi dia cakap susah dengan polis bagai. Lepas tu dia suruh anak lelaki 2 pergi, dan dia cakap akan balik lambat kerja. Tak sempat nak amik.
Apabila kedua dua anak lelaki cakap susah dan tidak dapat pergi, dia menyuruh adik perempuan aku menemaninya. Adik aku pun cakap tak nak pada mulanya.
Kemudian ayah aku keluarkan ayat sedih cakap malu dia dengan adik beradik lain. Ada anak tapi tak boleh nak tolong.
Kalu dengan anak perempuan macam-macam dia cakap tetapi dengan anak lelaki sekali saja anak lelaki cakap tak boleh terus terima bulat-bulat. Bukan kata nak bertegas dalam hal ni.
6. Rumah datuk aku ada pelihara ayam dan datuk aku jenis lepaskan ayam merata. Ayam tersebut akan membuang di depan rumah dan menyebabkan banyak tahi ayam sehingga kotor di kawasan porch rumah.
Ayah aku mengajak adik perempuan aku untuk menolongnya membersihkan porch rumah datuk daripada najis ayam. Tetapi adik aku ada hal lain.
Ayah aku mula la keluarkan ayat malu dia dengan adik beradik lain sebab tak leh nak tolong datuk nenek. Pastu cakap apa orang akan cakap kalu dia yang kena bersihkan sedangkan dia ada anak.
Aku pun balas, ayah kan ada anak lelaki. Anak lelaki ayah buat ape.
Pastu ayah aku pun senyap. Dia patut malu sebab segala benda dia arahkan anak-anak perempuan dia yang buat. Anak lelaki cakap saja tak boleh, terus ok. Dia patut malu, ada anak lelaki tapi anak perempuan yang buat semuanya.
Untuk pengetahuan semua, aku sangat stress dengan situasi aku sekarang. Kadang kadang aku merasakan yang aku ada sakit mental dan perlukan rawatan di hospital. Kadang kadang aku ingin saja lari dari rumah ni dan tinggal seorang diri. Tanpa ada gangguan perasaan.
Bukan itu saja, aku rasa lebih baik aku mati cepat supaya ibu bapa aku rasa bagaimana perasaan kehilangan anak perempuan sulong mereka ini.
Mungkin ini salah satu sebab aku tidak berkahwin lagi. Aku sangat takut untuk mengenali lelaki dan berkahwin. Aku takut sekiranya aku mendapat suami seperti ayah aku. Yang merajakan anak lelaki dan menganggap anak perempuan pandai serba serbi.
Sekiranya aku ada jodoh dan berkahwin, aku harap sangat aku tidak mendapat suami seperti ayah aku dan aku akan mendidik anak lelaki aku supaya bertanggungjawab dan boleh diharap.
Aku minta maaf sekiranya luahan hati ini panjang. Aku just ingin meluah kan apa yang hati ini rasa. Aku tidak mengharapkan kecaman sebab ini hanya lah luahan hati aku semata.
Terima kasih sudi membaca.
– Bella (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit