Aku Anak Pungut

Assalamualaikum para pembaca dan pihak admin yang dikasihi. Izinkan saya berkongsi cerita untuk dijadikan renungan dan panduan untuk semua. Maaf jika bosan. Cerita ni agak panjang.

Saya dilahirkan dizaman 70 an dan dibesar di Borneo sehingga saya berusia 12 tahun dan kembali ke semenanjung setelah bapa saya bersara. Setelah kembali ke semenanjung, arwah mama dan abah menumpang dengan salah seorang anak mereka (kakak sulung aku sementara nak tunggu rumah siap direnovate).

Semasa di Borneo, saya dibesarkan dengan keadaan yang spoiled gila. Saya tidak dibenarkan buat kerja rumah. Balik sekolah, kasut, stokin, baju, spender semua baling je atas lantai. Mak bapak tolong kutipkan, lepas makan pinggan mak bapak tolong cucikan, Kalau malas, mereka tolong mandikan. Secara tidak langsung, saya tidak boleh berdikari dan akan menjadi tantrum apabila kehendak saya ditolak.

Semasa di borneo, hanya saya dan arwah ibu bapa saya. Kakak dan abang tinggal di semenanjung kerana mereka semua sudah dewasa dan berkahwin. Arwah mama cakap saya anak last minute production. Saya percaya.

Jadi bila tinggal dengan kakak yang maha garang untuk pertama kali saya tidak tau adat dan membuat perangai yang huduh dan pemalas. Dia bising, Maka terjadilah perbalahan diantara keluarga. Arwah bapa back up saya habis- habiskan tetapi arwah mama masuk side kakak. Kakak dan keluarga lain tidak boleh terima saya dan attitude saya. Saya confused? Apa salah saya?

Saya mula dipukul. dimaki hamun oleh arwah mama dan anak anaknya yang lain semasa ketiadaan arwah bapa saya. Saya tak faham kenapa saya dilayan like a shit, kenapa mereka benci saya?

Suatu ari salah seorang dari kakak saya pecah lubang dengan mengatakan saya anak pungut, kutip dari hospital masa di borneo. Arwah mama nak boy tapi available girl. So amik ajelah.

Saya memberontak, semakin kurang ajar. kena maki hamun, pukul terajang adalah pekara biasa. Saya bawa diri menangis di Sungai Sembilang. Saya terkejut, aku anak pungut? Siapa ibu bapa saya sebenar? Tapi saya pretend like nothing happened.

Rumah dah siap renovate, lega. Pindah keluar dari neraka. Heaven. Rumah baru tu hanya saya, arwah mama dan abah yang duduk. Kakak dan abang datang untuk melawat.

Suatu ari abang saya datang. dia tengok bilik saya macam kapal karam. Dia bising, saya menjawap sakan sakan. saya cakap bibik tak mai cuci dan kemas. Dia tampar saya, dia suruh saya sedar, hang tu mama dengan abah aku kutip tau dak.

Saya terus nampak bintang bulan. Saya tunggu sampai arwah mak bapa saya balik, terus attacked mereka. Mereka bersumpah saya anak mereka. Mereka tunjuk bukti surat beranak nama mereka.

Arwah mama semenjak geng dengan anak-anak dia, Mula tunjuk sikap she hates me to the maximum. Dia mula panggil saya anak haram. barua, musibat. Bila raya saya tak dapat baju kurung, maka pakai la legging, t shirt, seluar jeans p beraya rumah kawan yang jemput. Kawan sekolah ingat saya moden gila, Depa tak tau i’m dying nak pakai baju kurung.

Oh ya arwah mama dan abah tak pernah bawa saya beraya di rumah saudara mereka. Saya hanya tau arwah mama orang sini, arwah abah orang sana. Whatever. Janji saya bahagia dengan dunia saya.

Kakak dan abang tak pernah hulur duit raya kat saya, fine. Tak kebulur pun. Bila mereka datang, saya menyorok dalam almari baju. Saya dengar mereka membawang sesama anak beranak betapa bencinya mereka kat saya.

Aku tak percaya pada tuhan, mereka sembahyang tetapi tak pernah nak ajar saya. Bila time subject agama, saya bagitau kat ustazah, saya tidak berminat nak belajar bab agama ni. Kalau betui ada tuhan, kenapa nasib saya begini? Ustazah speechless.

Sikap saya low self esteem, tak bercampur dengan rakan lain menyebabkan mereka label saya sebagai anak orang lord yang sombong, Macam mana aku nak bercampur, saya tak fasih bahasa utara (masa tu), english ok la. Apatah lagi arwah bapa aku Siam, arwah mama cina. Dok rumah speaking orang putih,
Tak semua suka saya. Saya ada seorang kawan yang sama nasib anak kutip gak. Dia je yang faham saya. Nobody able to understand me.

Fast forward abis SPM, saya keluar dari rumah tu, Saya nak sambung belajar, tapi mereka tak nak kasi. Mereka cakap no money. Saya diam,. duit pencen, duit sewa rumah, arwah abah baru bersara. Duit banyak. Takpe la saya tau saya anak pungut. Sapa la saya untuk mereka spend.

Dalam diri saya, saya ada seorang je yang saya percaya, tak pernah bagi saya kecewa. Dia akan bersama saya dimana saja. Saya namakan dia doggie walau dia teddy bear. Dia teman tapi mesra, teman saya menangis.

Dalam umur yang masih mentah saya keluar cari kerja dan sewa bilik adalah satu tindakan yang salah, Saya masih muda, saya sepatutnya belajar tapi entahla. Aku takde adik beradik nak consult, saya kerja hotel jadi reception sehingga naik pangkat kepada Personal Assistant.

Kekadang saya balik juga tengok mereka, Saya tau arwah abah rindu kat saya tapi tak tunjuk. arwah mama? Dia selalu keluar.

Saya tak pernah sembahyang, puasa, menjalankan suruhan, perintah Allah. Saya jadi Atheis. Saya takde boyfren. Saya takut komitment. Fast forward umur 28 ditakdirkan aku jatuh cinta. Staff tempat kerja.

Satu hari dia dapat offer kerja oversea dan ajak aku kahwin, Kami kahwin lari. Kat Siam. Aku balik bagitau kat arwah mak bapak aku, i’m leaving for good, bye bye. Arwah bapa aku menangis, tanya nak p mana? arwah mama siap byebye.

Saya di oversea? tinggal dan kerja di sana? Wow. SPM je kut. Tpi bukan kutip buah ye? Alhamdulillah, suami saya ni baik. Dia ajar saya from scratch. Saya macam mualaf. Saya print gambar sembahyang lekat kat dinding, Saya mula baca muqadam. Mula dekatkan diri dengan Allah, tapi tak senang, Bukan senang seorang atheist untuk berubah.

Suami mempunyai kesabaran yang tinggi. Suami saya bukan tabligh, tapi dia challanged kan diri dia, Dia kesian tengok saya hanyut dalam dunia, clubbing, lepak sampai pagi, Dia cuba bawa saya kearah yang baik. Dia rugged. Saya jokingly panggil dia playboy tua.

Alhamdulillah, setelah 12tahun di negara asing, saya berubah, Saya dah tahu sembahyang 5waktu, saya berusaha sembahyang sunat, berusaha untuk puasa penuh, belajar berzikir dan cuba berusaha untuk menjadikan saya good muslim.

Arwah mama meninggal setaun selepas saya datang oversea. Tak balik la. Arwah abah meninggal 2 tahun sudah, Saya nak surprisedkan dia, dia bagi big surprised. meninggal hari saya balik. Saya nak tunjuk anak saya.

Arwah tau aku kawin. Dulu aku rajin gak call tanya kabaq, saya tanya la saya ni anak siapa sebenarnya? dia tak nak kasitau. Saya cakap aku dah tau dari kecik lagi, I wished orang tu tak bocorkan cerita sehingga saya ada otak untuk berfikir.

Moral of the story, kalu korang bela anak orang lain, jangan ada perbezaan. Korang pukul, dera, maki hamun akan membuatkan anak bela tu bertambah agressive, Mereka tak jahat sebenarnya. , Kami ada hati dan perasaan.

Aku belajar apa itu redha dan hikmah. Dikala umur aku 40++ aku dah banyak cool. Aku akan cuba menjadi yang lebih baik dari sekarang. Doakan aku ye :)

P/s : Kalau korang suka confession ni, aku akan bagitau aku anak sapa hokeh. Dan aku akan cita apa jadi kat arwah mama aku akibat tak hormat suami. Mesti para pembaca yang dikasihi tekejut pasal aku pun terkejut. Salam kasih sayang dari jauh. Assalamualaikum.. Terima kasih

– Mikaela Liliana

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *