Aku Anak Sampah

Hai aku Amara (bukan nama sebenar), berumur 22 tahun. Aku nak luah apa yang aku rasa dari kecil lagi apa yang aku hadap.

Mungkin di mata orang aku ini anak tak kenang budi kerana hargai jasa segala yang mak ayah aku dah lakukan dan aku juga kerap melawan mak ayah aku terutama mak aku.

Dari kecil lagi aku memendam rasa tak puas hati sebab aku cemburu terhadap sepupuku Fatihah (bukan nama sebenar). Dari kecil ibu dan bapa saudara malah nenek sendiri membandingkan aku dengan Fatihah.

Ye la Fatihah tuu putih macam cina orang nya comel cantik tapi aku sebalik nya berkulit sawo matang dan rupa paras biasa saja.

Pak sedara ku selalu bergurau sambil mengutuk penampilan aku baju warna tu tak sesuai gigi jongang laa kulit hitam la tapi dia tak de pon kata begitu kepada Fatihah.

Aku beritahu kat mak aku mengenai hal ni tapi dia buat tak endah je. Perkara ni berlangsung sehingga aku remaja. Waktu ni paling banyak timbul. Rasa tak puas hati tu.

Mana tidak nya mak sendiri memuji Fatihah tu cantik dan rajin tapi mak aku tak puji pon aku siap membanding lagi.

Fatihah ada 3 orang lagi adik perempuan yang menolong dia tetapi aku ni mengurus rumah seorang diri kerana aku hanya satu-satunya anak perempuan dalam keluarga ku.

Pagi aku memasak, menyapu lantai, basuh baju. Mesin baju tu pulak semi auto. Nak memasak selalu kena marah sebab barang mahal, masakan aku merepek ye la aku suka masak masakan western apa sahaja resepi yang aku jumpa mesti nak cuba buat.

Aku ibarat burung dalam sangkar tak boleh nk keluar berjalan. Kalau aku tengah on call dengan kawan mesti mak aku masuk bilik marah atau bebel kata banyak pekerjaan sedangkan aku sudah beres semua lepastu apa lagi dia bandingkan aku dengan sepupu ku.

Aku mendapat result spm yang agak cemerlang jika nak dibandingkan dengan Fatihah tapi masih mak ku banggakan Fatihah.

Aku sebenarnya nak menjadi ahli arkeologi. Yang kerja nya mencari barang artifak tetapi disebabkan mak aku meminta supaya aku belajar dekat dengan rumah jadi aku lupakan impian aku.

Ingatkan aku buat apa yang mak aku minta dia akan bangga rupanya tak. Masih memuji sepupu ku itu.

Sekarang kami mempunyai masalah keluarga dan sepupuku itu menuduh emak ku, benda yang mak aku tak buat pon.. tapi mak aku masih menangkan sepupu ku.

Hujung tahun ini sepupu ku tuu nak bertunang. Aku melarang mak ku dari pergi tapi mak ku masih terhegeh nak juga pergi ke majlis pertunangan tersebut sedangkan di hari tersebut merupakan hari jadi anak sedara ku. Katanya hari jadi tuu boleh tangguh ke hari lain.

Tergamak mak cakap begitu sedangkan waktu tu hari lahir cucu nya. Sanggup dia abaikan demi nak pergi ke majlis sepupu ku itu.

Kecewa tapi nak buat macam mana kalau dipaksa pon nanti dimarahnya kita balik. Sampai bergaduh dan mak ku kata aku ini anak tak kenang budi tak memikirkan orang lain.

Dek kerana ayat ini aku menggelar diri ku sebagai sampah dalam keluarga.

Semoga 1 hari nanti mak aku akan sedar apa yang telah dia lakukan terhadap anak-anak nya nanti

– Amara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Assallamualaikum adik,semoga kamu berada didalam lindungan Rahmat & KasihsayangNya Ilahi selalu..Aamiin Ya Allah..

    Nasihat ini dtgnya dari sisi seorang ibu juga buat kamu juga anak2 yg sering terasa disisihkan ibu.

    Dik,Ibu kamu telah melakukannya dgn benar kerana memuji anak2 sendiri di depan khalayak merupakan perkara yg berbahaya yg mampu mengundang ain malah mengundang hasad dikalangan famili.

    Dik,bayangkan kamu ditemapt sepupumu ketika ini,Ya bg kamu yg memerlukan pujian ibu atas semua usahamu ( jelasnya kamu tidak bersungguh ikhlas ya walau usaha kamu pasti telah menbuahkan pelbagai kesenangan yg lebih perlu kamu perhalusi dan syukuri) terasa benar pedihnya tetapi ketahuilah menjadi si pendengki adalah jauh lebih sakit lagi dari menjadi yg dipuji.Disini kamulah si pedengki itu dan sepupu serta ibu malah org keliling menjadi sasaran kemarahan akibat rasa dengki yg sedang bergelora didalam jiwa.

    Dik,kamu itu telah bagus,hati ibu itu jika mahu diungkap,kamu tidakkan percaya.ketahuilah,mungkin sahaja du belakang kamu tanpa pengetahuanmu ibumulah yg paling kerap mendoakanmu dan mengalirkan airmata memohon kebaikan bagimu lewat solat doa doanya.

    sekalipun ibu jarang memuji kamu didepanmu,setiap ibu pasti merasa bangga apabila melihat anak2nya tumbuh hidup selesa dan bahagia.kamu seorang ibu,kelak seiring masa ketika kamu menua kamukan sedar..mengapa dan kenapa ibumu bertindak seperti itu.Hanya sahaja kamu tahu betapa dahsyatnya kesan ain keatas org yg terpalit dengan ujiannya..kamu pasti akan berhenti berbicara ttg ni apalagi mengharap2 agar usahamu dipuji.

    Dik ketika ibu berkongsi pujian didepanmu itu adalah kerana ibu percaya kamu akan lebib terbuka menerimanya dan dia menpercayai anak2 yg dilahirkan menpunyai hati yg luhur sepertinya malah mengerti semua tindakannya kerana bukankah kamu lebih hebat dari sepupumu.Bukankah kamu seharusnya lebih besar kerana kamu nyata lebih bagus meskipun tanpa mendapat apa2 pujian.Kamu anak ibumu..kehebatanmu adalah bersumber dari ibumu.Kebijaksanaanmu adalah sesuatu yg kamu warisi dari ibumu.Dan ketika ini kamu menpersoalkan tindakan ibu yg telah mendidik dan menjagamu sehingga kamu tumbuh dewasa.Apakah kamu seorang ibu menbesarkan anak2mu tanpa hasrat dan impian?tepuk dada tanyalah Iman..

    apa kata kamu mulai fokus kepada apa yg ibu suka dan puji..atau kamu sahaja belajar bagaimana hebatnya ibu kerana selalu bahagia melihat orglain mencapai kejayaan?mungkin sahaja ibu dapat menbaca raut wajahmu,kedengkianmu maka ibu tetap memuji agar ianya akan dpt menyedarkanmu..betapa ibu kamu seorang wanita yg positif.Dan kamu sebenarnya tersilap mengharap pujian..

    dik,Kamu itu mungkin dahaga dan inginkan pujian dari pasanganmu namun kamu alihkan salah keapda ibumu.Masakan sehingga sebegini dewasa kamu masih belum kenal siaap ibumu…apalagi kamu juga seorang ibu.apakah memuji anak orglain bagus maka bermakna kamu menbenci anak2mu atau mungkin itu adalah biasan rasa hatimu?Masih belum redha dan bersyukur dgn apa yg telah Allah Taala kurniakan buatmu?

    Dik,Kami ibu dididik agar menjadikan anak2 sebagai teman ketika mereka telah tumbuh dewasa,jika kamu adalah teman kami..dan menbenci ibu memuji sepupumu yg juga temanmu..bukankah ini menunjukkan kamulah teman yg bermasalah,hanya sahaja kamu belajar bersyukur dik,melihat sisi positif kebaikan ibu dan berusaha belajar dr ibu bagaimana mampu begitu positif memuji anak orglain dan meraikan mereka.

    Dik, antara tanda kebaikan iman kita ini ialah bila mana kita mampu menginginkan yg baik utk saudara kita sebagaimana yg kita inginkan buat diri kita sendiri..maka belajarlah sisi baik ibu kerana kamu telah memiliki seorang ibu yg menberikan contoh yg baik.Buangkanlah rasa buruk itu kerana ianya hanya merugikanmu malah menbuat kamu kian menbenci ibumu.Hasad itu telah mula perlahan2 menbakar kebaikanmu..apalah ertinya punya kejayaan bagus namun punya hati yg buruk…

    mungkin itulah yg ingin ibu ajarkan…tumbuhlah hebat namun kekallah merendah dan baik sesama manusia apalagi sesama kerabat kita.

    sehingga itu…berhenti mencari salah ibumu…jangan kau berani menuding dan mencari aib ibu yg telah memeliharamu sehingga dewasa…dia adalah ibumu.Bukan hak kamu utk menentukan buruk baik perkara yg dia lakukan.Dia ibumu…dan yang pasti…Pasti ada sesuatu yg benar dgn perbuatannya disebalik semua prasangka buruk kamu keatas ibu kamu.

    Kamu terlalu ingin dipuji sehinggakan aibmu kian memggunung terbuka didepanmu masih tidak kamu sedari..Nauzubillahi minzalik.Mohon maaf pada ibu kamu.sebelum bala turun memayungi hidupmu..

  2. Assallamualaikum adik,semoga kamu berada didalam lindungan Rahmat & KasihsayangNya Ilahi selalu..Aamiin Ya Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *