Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-anak-siapa/).
Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih pada pembaca sekalian. Aku baca semua komen korang. Terima kasih. Ada orang suka baca guna short form, ada orang suka baca dengan ejaan yang penuh. Aku cuba jawab beberapa soalan dulu ye. Kang panjang sangat, korang taknak baca plak.
Ada pembaca said, ‘JANGAN AMBIL SUAMI ORANG SUDAHLA’. In shaa ALLAH, aku takkan ambil suami orang. Aku sendiri pernah rasa sakitnya bila bekas suami aku sendiri buat hal macam tu. Suruh kawin takmau. Hanya untuk ‘suka-suka’. Tak pernah aku rasa aman damai marriage aku.
Ada je perempuan menjengah @ kacau @ berminat nak berselingkuh dengan bekas suami aku. Aku tak salahkan perempuan-perempuan tu semua. They were being fooled. Aku kenal siapa bekas suami aku. (Dulu aku tak berapa bijak).
Ada yang faham, ada yang tidak. I am very sorry. Mungkin aku gelojoh bebenor nak cite. Memang complicated ceritanya. Kawan baik aku sendiri pun tak leh nak hadam jalan cerita hidup aku. Ada jugak komen kata ini cerita dongeng. Its up to you either to believe it or not. Aku doakan semoga jalan hidup kau tidak sedongeng jalan hidup aku.
Baik. Aku nak explain pasal pernikahan aku di luar negara. Cerita awalnya, mahkamah malaysia mengesahkan pernikahan kami. Ada bukti semua. Passport, surat nikah, surat sah dari songkla, Gambar je takde. Ntah kenapa ntah, masa nikah tu, tak terfikir langsung nak ambil gambar.
Nikah pun pakai jeans dan t-shirt. Hari sabtu. Di pej kadi di Selatan Thai. (Mas kawin RM80). RM100 je aku bayar pada kawan bekas suami aku tu. (Harga sebenornya 1k ++ tapi aku bayor 100 je.. sebab bekas suami mintak itu je).
Aku tertanya jugak masa tu, macam mana bekas suami aku tahu kat mana nak cari kawan dia? Sebab masa aku sampai je ke selatan thai tu, kitaorang makan kat satu kedai makan. Then, bekas suami aku berborak dengan pemilik kedai tu, as if they knew each other for a long time.
Dia suruh aku tunggu sekejab kat kedai tu then dia naik motor pemilik kedai makan tu, dalam 1/2 jam macam tu, dia sampai. Bawak aku naik teksi ke satu perkampungan kat sana. Aku memang musykil tapi mulut aku berat sangat nak tnya. Mulut terkunci.
Masa nikah, jurunikah tanya, ayah aku kat mana? Aku cakap la ada di rumah. Dia kata, ‘yakin’? Aku cakap yakin, sebab ayah aku memang tak tahu aku nak bernikah dengan bekas suami di Thai. Jurunikah beritahu, kalau ayah ada di kelantan, aku tak boleh nikah. Tapi aku yakin sangat memang orang tua tu ada di rumah. Baru lah jurunikah settled down dan starts prosesnya. Aku tak tahu, kenapa aku ikut je apa bekas suami aku suruh buat.
Balik mesia, terus daftar. Naik mahkamah, hakim sahkan pernikahan. Masa ni aku tak tahu lagi aku anak orang lain. Yang aku tahu, aku anak ayah aku. Tapi lepas mahkamah sahkan tu, aku tak daftar dengan jab agama islam negeri.
Masa ni tak dafatr kat jab agama sebab takde duit bayor denda 3k sorang. Padahal, baru sekarang aku tahu, kalau daftar terus masa tak payah bayar denda. Sebab kes aku (masa tu) bukan nikah atas alasan poligami. Jadinya, tiada surat nikah dari mesia lah. Ke hulu ke hilir la aku kelek surat nikah tulisan thai ni.
Aku ada rujuk dan bertanya dengan pihak yang berkenaan mengenai keesahan pernikahan aku, since aku baru je beberapa minggu lepas tahu pasal papa aku tu. ‘Mahkamah telah mengesahkan, stick to that’ kata pegawai tersebut. Sebab masa nikah tu, aku tidak tahu apa-apa. Sebab tu aku cakap, JANGAN MAIN-MAIN BAB AGAMA HALAL-HARAM NI. Nampak tak natijahnya.
Aku bukan nak buka aib orang lain. Niat aku cuma satu, untuk di jadikan pengajaran. Sekali dah berbelit, maka akan terus terbelit, dan terjerut dan makan diri. Walau macamana dendam dan sakit hati sekali pun, jangan la memain bab agama. Lillahi taala, aku sangat kesal dengan apa dah jadi pada aku, pada sejarah hidup aku. Tapi kalau tak jadi macam ni, sampai mati aku tak tahu aku anak orang lain.
Seterusnya, hal anak-anak aku. Aku serah semua pada Allah. Bukan aku mengalah, tidak! Tapi Allah planned something better for me. Allah sedang ajar aku, untuk bergantung sepenuhnya pada DIA. Aku ada anak perempuan, aku ada anak lelaki.
Apa dah jadi, tetap tak leh nak ubah. Tapi aku berhak dan boleh ubah masa depan anak-anak. Thats why aku upah peguam dan P.I. untuk siasat dalam-dalam. Memang hasilnya tk mengecewakan, memula diberitahu kebenaran tu, aku berlapang dada sebab aku dah bersedia dengan dapatan siasatan deme.
FYI, keluarga ayah tiri dan adik beradik tiri aku tak tahu lagi pasal hal papa aku ni. Deme tak tahu menahu pun dapatan aku ni. Masa aku tanya pendapat keluarga aku untuk upah peguam pun, deme bangkang sebangkang-bangkangnya. Suruh aku guna khidmat peguam free.
Mana ada peguam free amik kes complicated macam kes aku ni. Aku dah tanya dah. Buat salah, jalannya senang sangat. Sangat mudah. Tapi bila nak betulkan balik, aku rasa air mata darah aku pertaruhkan. Aku pernah kena ugut dengan bekas suami, dia nak ‘ambil’ semua nyawa anak aku. Bukti nya aku masih simpan. Airmata sahaja jadi peneman aku setiap malam.
Aku berharap dan sentiasa berdoa, airmata penyesalan aku menggugurkan dosa-dosa aku. Banyak dosa aku. Itu sebab Allah uji aku begini. To make me stronger. Sehingga saat ini, aku kagum dengan diri sendiri.
12 tahun aku hadap kegilaan bekas suami aku, aku mampu berdiri sendiri seperti sekarang. Dan paling aku tak sangka, bekas suami masih belum insof. Aku dah lama move on. Tapi dia Masih cuba menuba, alhamdulillah, Allah tidak mengizinkannya berlaku. Aku dan anak-anak masih di bawah lindungan dan rahmat Allah.
Panjang dah ni. Nanti ada orang suruh lukis. Aku lukis nanti, lagi la tak faham. To be continued…
– MJ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit