Aku Anak Tidak Sah Taraf

Salam semua. Saya Irene, berumur 29 tahun, bekerja sebagai cikgu. Saya sedang dalam dilema dan kekusutan saya tidak tahu hendak meluahkan dekat mana sebab apa yang saya luahkan akan mengaibkan mama bapa saya.

Saya telah bertunang pada September lepas dan satu rahsia terbesar terbongkar selepas bertunang. Saya seorang anak tidak sah taraf, dan ya saya amat sedih dan kecewa.

Semasa menaip ini pun saya sedang menangis. Saya cuba untuk berdamai dan menerima ketentuan ini tapi saya masih gagal.

Selepas mengetahui hal tersebut saya kemurungan seminggu lebih. Saya tidak dapat tersenyum, pagi dan malam saya menangis, saya cuba memaksa untuk makan dan sering terkejut waktu tidur.

Saya mempersoalkan tuhan kenapa saya, mama dan bapa saya bercerai pada usia saya 14 tahun dan tiba-tiba status saya pula anak tidak sah taraf. Pada waktu itu, saya berasa baik mati saja.

Saya jadi memahami orang-orang yang menggugurkan anak ada baiknya kerana jika anak itu dilahirkan hanya akan menyusahkan anak tersebut (maaf saya berfikiran begini).

Saya bersyukur saya murung hanya seminggu lebih, tunang saya amat memahami dan memujuk saya untuk tidak memikirkan hal tersebut kerana katanya semua itu bukan salah saya.

Ya, mama dan bapa saya bercerai bukan salah saya dan saya anak tidak sah taraf juga bukan salah saya tapi mengapa saya kena menanggung beban ini.

Saya confront bapa saya mengenai hal ini namun sedikit pun bapa tidak rasa bersalah dan tidak meminta maaf sedangkan saya terpaksa menanggung status ini sepanjang hidup saya.

Dia menyuruh saya menerima takdir ini dan dia beranggapan mama tidak perlu mengungkit perkara ini. Dia juga mencadangkan cara (berpura-pura menjadi wali semasa akad) agar bakal suami dan keluarganya tidak mengetahui perkara ini.

Saya tidak setuju bagi saya orang yang saya pilih sebagai suami berhak tahu dan mereka juga tidak bodoh sehingga tidak dapat membezakan akad ijab qabul berwalikan bapa pengantin atau tidak. Disebabkan itu kami bergaduh besar.

Bapa juga tidak bersetuju sekiranya majlis dan wang hantaran diurus oleh mama.

Saya telah slowtalk dengan bapa 3 kali supaya mengalah biarlah mama yang mengurus wang hantaran saya tapi bapa menolak dan mengungkit hal perceraian mereka yang mana itu kesilapannya sendiri.

Saya masih ingat saya sampai merayu dikaki bapa supaya jangan ceraikan mama.

Selepas pergaduhan besar itu, bapa blok saya dan remove saya dari semua group family dan isteri dia meroyan di dalam group (adik saya yang bagitahu) isteri dia mengungkit apa jasa kami kepada bapa.

Dia lupa, bapa culas menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa tapi berharap kami membalas jasa.

Selepas kejadian tersebut saya tidak pernah menyapa bapa (bapa kerja sebagai seorang pekerja am ditempat saya mengajar jadi ada masa kami berselisih). Saya masih tidak dapat berdamai dengan bapa sebab saya terlalu sedih dan kecewa dengan sikapnya.

Untuk pengetahuan semua, saya sering meminta maaf sekiranya saya bersalah dan menjawab cakap. Tapi untuk kali ini bibir saya seolah-olah terkunci, dan apabila melihat bapa saya tidak mampu berkata apa pun. Saya tidak dapat mengeluarkan satu kata pun, kata maaf jauh sekali.

Saya sudah penat nak bermain drama air mata, sejak dari sekolah hingga kini saya lah yang sering memohon ampun dan maaf, saya lah yang selalu mengalah walaupun saya tidak bersalah sebab dia adalah orang tua saya.

Orang sekeliling menasihati saya untuk berdamai dengan bapa, tarikh nikah pun semakin hampir saya akan kahwin hujung bulan 11 tapi saya masih tidak berbaik dengan bapa.

Saya mahu berdamai tapi saya terlalu tawar hati, saya tidak mampu mengungkap apa-apa perkataan untuk bapa, semua orang tidak pernah tahu apa kesakitan yang saya tanggung selepas mama bapa bercerai,

Semua orang tak pernah tahu apa yang saya korbankan untuk survive bertahan hidup sehingga kini, dalam perjalanan bertahan hidup saya keseorangan, bapa sibuk dengan kehidupan baru, mama sibuk membawa hati yang lara.

Saya masa study 4 tahun di Universiti, bapa pernah bagi duit hanya sekali semasa awal sem 1 tak silap saya RM100, selepas itu 1 sen pun bapa tak pernah hulur. Syukur saya masih ada mama.

Selepas mama bapa bercerai, saya tinggal dengan bapa selama 2 tahun, tahun ketiga saya lari rumah sebab mak tiri mendera emosi selalu marah, menengking dan menghina (paling tak tahan dia dan bapa selalu sebut “kalau tak suka sini, lari”),

Kalau buat salah dia tak bagi belanja sekolah (duit gaji bapa dia yang urus) padahal di rumah kami kena mengemas dan memasak.

Bapa tahu tapi bapa tidak pernah pertahankan saya dan adik-adik, akhirnya saya lari meninggalkan adik-adik.

Maafkan kakak, kakak pentingkan diri. Kalau nak diceritakan terlalu banyak kejadian yang pahit berkaitan bapa tapi saya telan dan saya maafkan sehingga hubungan kami masih baik sehinggalah selepas bertunang kami bergaduh.

Bapa menyalahkan tunang saya, dia beranggapan tunang saya yang hasut saya yelah sebab selalunya saya akan mengalah tapi tidak kali ini.

Kesian tunang saya, dahlah masa nak bertunang banyak drama berlaku dari family saya (pilih tempat sampai gaduh, bapa nak rumah dia, mama taknak sebab dulu adik bertunang dah buat rumah bapa). At last, saya pilih untuk sewa ruang kedai sahaja.

Selepas bertunang pun masih ada drama sebegini. Bapa paling marah sebab tak dapat pegang wang hantaran dan uruskan majlis, saya juga tidak bersetuju cadangan berpura-pura jadi wali.

Saya cuba mengambil jalan untuk pekakkan telinga dari kata-kata orang yang kononnya saya anak yang jahat, tidak mengenang jasa tapi jauh di sudut hati saya, saya tetap rasa bersalah.

Update terkini (tulisan diatas telah saya buat sebelum kahwin dan sekarang dah berkahwin).

Alhamdulillah majlis saya berjalan dengan sangat lancar. Saya berwalikan wali raja atas arahan mahkamah. Namun hubungan saya dan bapa masih keruh.

Melihat dia saya tidak mampu tersenyum apatah lagi menyapa, bapa langsung tidak hadir pada majlis perkahwinan saya menambahkan lagi kecewa saya padanya,

Padahal suami saya dah maklumkan pada dia kami akan berkahwin pada sekian haribulan. Namun dia hanya bluetick sahaja. Sebelum itu pun suami pernah ajak jumpa untuk berbincang pun hanya di bluetick sahaja.

Kalau korang, korang akan buat apa? Tolong doakan saya dipermudah urusan dan rezeki ya…

– Irene (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Klu ikutkan ko x de pun pertalian dgn bapa ko. Hubungan mahram pun dgn sebelah keluarga mak ko je. So ko x yah risau jd anak derhaka.

  2. Jangan risau. Awak bukan anak yg jahat atau derhaka. Dia hya bapa biologi. Tiada kaitan sebab nasab pada emak awak. Dia bukan wali awak jadi dia adalah stranger. Ikutkn awak boleh kahwin dgn dia. Tak perlu ada hubungan dan x perlu hormat dsbg. Orang2 yg marah sebab hubungan yg tidak baik antara awak dgn dia tidak faham hukum agama . Abaikan shj kata2 saudara mara sbb dia bukan ayah awak dari segi hukum. Dia tiada hak apa2 ke atas awak. Semoga awak brbahgia dgn suami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *