Hi semua, saya Fatin (bukan nama sebenar) berusia pertengahan 20 an. Saya dah berkahwin di semester akhir degree hari tu dan dah selesai praktikal, Alhamdulilah dapat first class. Takde lah beban hutang.
Saya merupakan anak tunggal, ini topik utama. Bila anak tunggal, normal lah rapat sangat dengan parents kan? Tapi benda ni tak disukai oleh sedara mara dan orang keliling.
Ya, saya dah kahwin dan dah bersuami tapi masih tinggal bersama ibu ayah. Pada pandangan orang luar, kami ni tak reti berdikari tapi bukan itu niat kami.
Suami kerja di daerah berbeza dan akan balik selepas 4 hari bekerja dan bercuti selama 3 hari. Itulah rutin kami sepanjang setahun berkahwin, kami akan bersama selepas 4 hari.
Saya pula lepas habis praktikal terus Allah beri rezeki hamil dan saya mabuk teruk sampai sekarang.
Gigih cari kerja sebab saya memang tak suka duduk rumah, tapi takde rezeki diterima sebab hamil, tapi Allah atur rezeki lain dulu, saya duduk rumah ajar tuisyen jadi adalah sikit income sendiri selain daripada nafkah suami.
Family luar tak suka benda ni. Ramai kata saya ni ambil kesempatan nak senang lenang tak nak hidup susah. Yelah, tak nak ikut suami, tak nak kerja sebab bagi mereka saya tak cukup usaha cari company yang terima wanita hamil.
Saya bukan tak nak ikut suami tapi di bandar pesat tempat suami bekerja, sewa paling murah dan sesuai dengan jarak ke tempat mencari rezeki, rate harga sewa semua RM1,500.
Jumpa rumah flat tapi semua dapat tingkat atas, dengan keadaan hamil ni ibu ayah saya sendiri nasihat takpelah duduk dengan mereka dulu.
Lagipun suami kerja shift tak tetap dan banyak shift malam, saya pula jenis lemah semangat tak pernah bermalam sendirian, ibu ayah pun tak pernah tinggalkan saya sendirian sejak kecik.
Ibu ayah lagi suka kami tinggal bersama, privasi kami tak pernah diganggu. Dekat rumah pun cuma berempat kalau suami balik.
Lagi pula sejak hamil ni, ibu ayah memang pemurah sangat serba serbi keperluan saya semua diorang sediakan, tak sempat saya dan suami beli sendiri. Bab makan kami, ibu ayah terlebih2 memberi.
Sejak saya kahwin, ayah yang dulu panas baran dan kedekut bab duit sekarang berubah 360 darjah, nak pula nak terima cucu lagi dia banyak caring dengan saya.
Untuk pengetahuan, kami tinggal bersama tak percuma ya. Suami bayar bil rumah ibu ayah RM500 sebulan tak pernah culas. Kalau lah bil kurang dari RM500, suami tetap beri jumlah yang sama.
Tapi yelah kan, apa yang kami sekeluarga lalui tak sama dengan anggapan orang. Mungkin kami kena kerap share di social media yang kami bahagia kot? Baru orang berhenti kecam saya sebagai anak yang ambil kesempatan.
Suami saya pula diorang label “tak mampu bela anak orang tapi sibuk kahwin”.
Jujur saya cakap, semasa saya berkahwin 80% adalah hasil duit daripada suami.
Ibu ayah saya cuma tambah seribu ke dua ribu ringgit itupun untuk belanja makanan tempahan untuk sedara mara yang datang bermalam di rumah awal, bukannya keperluan kahwin kami.
Majlis kami sederhana tapi cukup sifatnya, mostly hasil suami saya sendiri, sebab itulah ibu ayah saya terbuka hati tengok kesungguhan suami nak halalkan saya tanpa berkongsi modal dengan sesiapa.
Selama ni saya ada sebiji kereta tempatan terpakai yang diberi pakcik dan di jaga oleh ayah, itu lah kereta saya selama ni. Walaupun dah kahwin, tetap ayah bayar maintenance nya tanpa minta dan beritahu saya.
Tapi sekarang, kereta tu suami pakai ke kerja. Saya pula pakai kereta baru yang suami beli. Bagi saya takde masalah tapi orang sound ayah saya, kenapa senangkan menantu sampai repairkan kereta.
Patutnya kereta saya tu ayah jual dan biar saya dan suami berdikari dengan satu kereta saja. Selain dari tu, saya pernah bleeding beberapa kali dan suami bekerja, jadinya ibu ayah cuti dan terus bawa saya ke klinik.
Boleh pula terjumpa dengan sedara di klinik yang sama dan macam biasalah, saya dan suami dikecam oleh nya, nak pula ayah yang bayar bil saya.
Hakikatnya, bab wang ringgit saya tak pernah minta ibu ayah keluarkan untuk kami, semua tu sebab mereka yang nak.
Bila saya luah pada ibu ayah, diorang marah sebab saya sibuk fikir mulut orang dan suruh saya fokus pada kebahagiaan kami.
Ibu ayah selalu cakap, zaman dia muda dan baru kahwin, diorang dibiarkan susah sendiri. Sekarang diorang pula jadi mak ayah dan mertua, mereka tak nak sekali pun anak menantu cucu susah sebab diorang tahu peritnya dulu mcm mana.
Ibu cakap, harta ibu sekarang cuma lah anak² dan cucu akan datang, jadi duit dan rezeki yang ada di umur tua macamni dah tertulis untuk anak menantu dan cucu bukan untuk ibu ayah semuanya.
Ibu ayah cukuplah makan apa ada dan mampu beli ubat sakit pening, hutang pun dah tak nak tambah-tambah. Ibu ayah sentiasa doakan saya tercapai cita-cita selepas lahirkan anak, diorang tak pernah desak tapi sentiasa positif yang rezeki kerjaya saya akan dapat lepas anak keluar.
Awal-awal saya sedih sebab pregnant sebab saya niat nak kerja dan sambung phd. Tapi bila ibu ayah nasihat, baru lah sekarang saya banyak redha. Saya happy ibu ayah ada dengan saya, nampak perubahan kemesraan ibu ayah.
Suami saya pun setakat ni Alhamdulilah selesa dengan apa yang ada, walaupun saya tahu banyak goals dia belum tercapai, saya doa semoga Allah pelihara hati dan rumah tangga kami.
Pada pandangan anda, saya ni anak yang menyusahkan ke? Suami saya ni memalukan ke? Atau ibu ayah saya ni terlalu manjakan saya?
– Fatin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kenapa perlu semakkan fikiran fikir tanggapan orang luar?
MasyaAllah subhanallah tabarakallah alhamdulillah sepatutnya fatin bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Awak bukan dilahirkan untuk menyusahkan orang lain dan membebankan orang lain…bersyukur dan beruntungnya awak sebab awak anak tunggal, tinggal dgn ibu ayah, suami memahami dan menjalankan tanggungjawab, anak dah sorang.bayk yang perlu disyukuri dari memikirkan hal orang.
Pesan saya, berhati2 dengan apa yang awak lakukan iaitu cara awak berfikir, awak lepasan degree sepatutnya bukan macam ni cara awak berfikir. Mulut orang kita tak boleh tutup awak. Biarkan apa yang orang lain nak kata, biarkan apa yang orang lain nak fikir, biarkan apa yang orang lain nak tengok dan pandangan pada awak, biarkan orang keling itu. Jaga cara fikir awak, jika Banyak awak fikiran apa yang orang lain kata pandangan dan orang lain rasa, semua tu akan jejaskan emosi dan fikiran awak. Awak akan hidup dan Bina aura negetif dlm diri awak.
Nikmati nikmat Allah yang Allah dh kurniakan pada awak,pada ibu ayah awak dan suami anak awak. Jika tidak mampu mengawal cara fikir awak, awak serahkan serahkan pada Allah dan dekatkan diri pada Allah
Betul lah cakap mak ayah awak tu,.. buat apa nak serabutkan kepala ngan cakap2 orang luar? Kalau saya kat tempat awak, saya sound je..
Bersyukur puan. Abaikan kata2 negative. Biarkan aje..sebenarnya org2 Tu semua cemburukan puan Dan suami.
Logiklah klau pun tinggal dgn ibuprofen ayah..puan anak tunggal..bukan Ada anak lain.
Ayah ibuprofen pun nak puan duduk dgn mereka..sbb puan saja anak mereka.
Bagus suami byr duit bil.
Suami wajib bg nafkah puan saja..tak wajib bg nafkah Pd ibubapa puan..sementelah ibubapa puan bekerja.
Ramai org tak fhm Bab nafkah ni..sbb Tu marah2.
Tumpukan Pd kehidupan, kebahagiaan puan..jangan disebarkan ke media social..sbb lagi ramai yg marahkan puan nnti.
So stop..syukur pd rezki Allah utk puan sekeluarga
Parents TT memanjakan TT. Husband TT cuma bagi RM500? Tt dan husband makan diluar? Ini macam banyak lebih menumpang je. Parents t mungkin tak bercakap kesian atau tidak mahu menjatuhkan maruah. By the time anak lahir dan TT menjaga sehinga 3-5 tahun banyak tahun terbuang pengalaman tiada umur lanjut. Ada pengalaman company sanggup tunggu sebab mahukan talent. Ada talent tunggu masa nak give birth pun company akan hired sebab talent tu yang dimahukan.
Apa saya baca, rm500 suami dia bayar bil rumah mak ayah dia. Bukan nafkah. Nafkah dia xde cerita pun.
You ni nak perhatian ke?
Klu kita susah org yg kepoh bukan tolong pun. Ayah ibu mmg excited nak dpt cucu pertama, dpt pula suami bertanggungjawab mcm tu
Tak paham la kenapa sedara mara awak sebok sgt hal awak anak beranak? Diaorg takut harta makayah awak habis pada awak ke. Dah awak anak tunggal kan. Nak abiskan pada siapa lagi. Ke diaorg yang nak menumpang?? Kalau sy jadi makayah awak pun, sy tak kisah spend utk anak menantu saya. Nak pula menantu pun baik siap bayarkan bil umah mentua. Dah la dik, abaikan cakap sedara mara yg kepochi sgt tu.
Abaikan kata2 orang lain yg negatif. Kdg2 orang yg dengki dan iri hati dgn kebahagiaan kita adalah orang yg rapat dgn kita. Mcm awak, sedara mara awak tu. Kita tak hidup utk mereka. Kita hidup kerana Allah. Jaga mak ayah dan suami awak saja k. Teruskan hidup dgn tenang sebab awak muda lagi. Nikmati kebahagiaan dgn org2 yg awak sayang sebelum mereka dipanggil oleh Illahi.
camnilah..abaikan je apa orang luar cakap..
sebab kebanyakkan yang bising ni, bila kita susah, takdenya dia tolong…cayalah…nanti dia salahkan ibu ayah awak sebab manjakan awak…live your life fully dear…sebab benda camni jadi kat saya..
Semoga ibu ayah awak sihat selalu. Dan semoga suami awak ingat jasa ibu ayah awak tu..bukan selalu ye mak & ayah mentua nak tolong anak menantu hidup lepas kahwin…
Saya baru shj mndpt menantu tetapi keadaannya trbalik dgn anda d mana, menantu tiads kerja tetap dan anak tgh praktikal, tggl sekali. Menantu beli brg mknn dapur tpi lain2 tidak. Saya bersyukur dan trm seadanya. Saya berdoa anda kuat n tabah, fokus pd ank yg dikandung, taat pd suami serta taat pd ibu ayah, org2 lain biarkan. Knp perlu susah hati fikir ttg mrk yg xmnyumbngkn apa2.. Katakn, trm kasih mkcik nasihatkn saya.. Doakan saya.. Dah cukup… Angkat pnggung, blah….
Abaikan je, kalau diorang mengata balas je balik, jangan lembik and lemah. Kalau diorang kata awak habiskan duit parent balas la tak kan nak suruh orang lain pulak habiskan. balas sampai terdiam diorang tu. sibuk je duit orang
kenapa perlu semakkan kepala nak pikir orang lain sis? pergi lantak la dorang…
janji husband dgn mak ayah sis ok…fokus jaga kandungan sis je…jangan pening2 ok…