Aku Anak Yang Tersisih

Assalamualaikum untuk semua pembaca. Nama aku Aleeya. Kali ni aku nak cerita sikit pasal family aku. Aku dibesarkan di dalam family yang boleh dikatakan berpendidikan, semua adik beradikku berjaya hingga ke menara gading termasuk lah aku.

Aku bukan yang terlalu pandai dalam keluargaku tapi aku pernah bekerja diluar negara dengan gaji lumayan selama bertahun sehinggalah aku berkahwin dan mengandung suami memutuskan untuk aku berhenti kerja dan pulang tinggal di Malaysia.

Keadaan berubah apabila aku tidak lagi bekerja. Family aku tidak lagi seperti dulu layanannya terhadap aku sangat dingin dan biasa-biasa kerana aku tidak bekerja.

Aku tinggal berasingan dari mak ayah aku, aku sempat membeli rumah untuk diriku menggunakan gaji ketika dulu tetapi tidak jauh dari rumah mak ayah aku.

Aku akan pulang ke rumah mak ayah aku setiap hujung minggu kerana mereka ingin berjumpa cucu mereka.

Setiap kali aku datang walaupun aku tidak bekerja tidak pernah aku datang dengan tangan kosong, aku selalu membelikan makanan yang sedap dan mahal untuk mereka.

Tetapi apabila aku di sana mak aku tidak pernah sekali pun masak yang sedap-sedap untuk aku mahupun suami.

Tetapi bila adik beradik ku yang lain yang tinggal jauh balik setahun sekali dua tiga mak aku akan sibuk memasak dari pagi hingga malam yang terpaling sedap untuk mereka.

Kerana aku tinggal berdekatan dan selalu ada di sana mak ayah aku tidak pernah memperlakukan demikian terhadap aku dan suami.

Sehinggakan apabila aku makan banyak or bertambah sikit di rumah mak ayah, mak aku akan menegur aku kerana makan banyak. Tetapi adik beradik yang lain disuruh untuk tambah nasi.

Bukan itu sahaja suami sering membeli nasi bungkus untuk diri sendiri ketika dirumah mak ayah kerana tidak diperlawa untuk makan sekali dan mak aku tidak masak banyak.

Bukan sahaja memasak yang sedap malahan membekalkan lagi segala jenis ikan, sayur, dan lauk pauk untuk adik-beradik serta menantu.

Tapi tidak untuk aku walaupun sekeping ikan tenggiri mahupun seekor ikan bilis.

Kadang-kadang aku terfikir apa salah aku hingga dilayan sedemikian,padahal semasa aku bekerja dulu setiap bulan aku akan kirimkan duit mencecah ribuan untuk mak ayah aku yang adik beradik aku tidak pernah lakukan pun.

Cuma sekarang aku tidak lagi bekerja sukar untuk aku memberikan duit seperti dulu kepada mereka, kerana hanya suami yang bekerja dan perlu memberikan duit belanja dan menanggung perbelanjaan aku dan anak.

Tetapi kami tidak lah susah dari segi kewangan cuma aku tidak bekerja dan layanan dari ibu bapaku sangat berbeza dengan adik beradik ku yang lain yang bekerja.

Bukan aku tidak mahu bekerja lagi tetapi hidup di utara tanah air yang jauh dari bandar besar menghadkan aku mendapat pekerjaan serta suami aku sendiri tidak membenarkan aku bekerja kerana dia mampu menanggung kami.

Sebenarnya banyak lagi yang aku terasa aku pilih untuk pendam sahaja. Aku sedar aku tak boleh mengharapkan apa-apa dari orang tua ku sendiri,tapi cukuplah mereka melayan aku dengan adil dan sama rata.

Seolah-olah kebaikan yang pernah aku lakukan terhadap mak ayah aku tidak ada nilai buat mereka.

Aku dah puas terasa hati dengan semua ini dan hanya mampu melihat layanan baik dari mak ayah aku terhadap adik-beradik aku yang jarang-jarang balik menjenguk mereka.

Biarpun mereka jarang pulang ke kampung mak ayah aku sendiri akan pergi melawat di rumah mereka nun jauh.

Kadang-kadang aku terfikir Allah sangat baik kerana memberikan aku suami yang baik, penyayang dan tidak berkira dalam serba serbi sentiasa menunaikan permintaan aku, apa sahaja aku teringin makan, kerana mungkin aku tidak mendapat layanan yang selayaknya dari keluargaku sendiri.

Ya mungkin dari kecil, terlahir lah aku seorang yang sangat berdikiri.

Adakah aku salah kerana tidak bekerja ? Sehingga orang tua aku sendiri memandang rendah terhadap aku yang cuma housewife ?

Sekarang aku sangat terasa hati dan berfikir untuk tidak kesana lagi kerana aku akan menangis mengenangkan semua ini.

Aku lebih gembira di rumahku sendiri bersama keluarga kecilku berbanding di rumah orang tua sendiri. Aku sering terbaca cerita berkenaan mertua tetapi aku tentang keluarga sendiri. Ya orang tua sendiri.

Apa lagi yang perlu aku lakukan untuk menjadi anak yang baik dan tidak terasa dengan mak ayah ku sendiri.

Kepada ibu bapa diluar sana jangan lah pernah membeza-bezakan layanan terhadap anak-anak mu kerana apa yang aku lalui ini sangat memberi kesan mendalam terhadapku.

– Aleeya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *