Aku Anak Yatim

Aku berkongsi cerita sekadar untuk menjadi panduan dan iktibar pada mereka yang membaca cerita ini. Aku harap sekadar cerita dan janganlah mencaci watak2 dalam cerita . sebab ada yang telah menjadi arwah dan telah lama aku maafkan. sebab kita hanya menumpang di alam ini dan tidak tahu dimana kesudahan kita.

Aku bermula dengan episod ibuku supaya lebih jelas kenapa dan mengapa. Ibu aku asalnya dilahirkan oleh keluarga cina dan mempunyai kehidupan yang sangat baik. datuk ku adalah seorang yang masih aku mencari identitinya, datang ke Tanah Melayu membawa bersama orang-orang bawahannya dari Guanzhou pada 1920an dan menetap di sebuah daerah. Daerah yang didudukinya sangat makmur dan datuk ku memiliki ribuan hektar ladang-ladang dan lain2 kekayaan yang aku tidak ketahui sehingga kini. ketika tahun 1946 Tuanku Abd Rahman sering berkunjung kerumah datuk ku dan ada juga meminta bantuan untuk membantu penduduk daerah tersebut dan membekalkan beras pada penduduk melayu. dan sekitar 1948 datuk ku ditembak ketika makan beserta kakak iparnya yang di sangka nenek cina ku ketika itu. adik beradik emak seramai 4 orang sempat diselamatkan. ibuku yang berusia 3 tahun dicampak kedalam gaung dari atas banglo tersebut dan diselamatkan oleh org kanan datuk ku. ibu ku dibela oleh cina tersebut yang berkerja sebagai seorang saudagar emas. Akibat dari membela ibuku diketahui oleh puak-puak yang tidak berpuas hati dan ingin melupuskan keturunan datuk ku, keluarga saudagar emas itu menerima akibat dibunuh dan demi menyelamatkan zuriat tuannya iaitu ibuku diberikan kepada orang melayu beserta emas yang bertin2 dan saudagar emas itu melarikan diri balik ke tanah besar china. Identiti ibuku di lupuskan, nama ditukar pada nama melayu, tarikh lahir ditukar dari lahir tahun 45 ke 49, nama bapa ditukar supaya tidak diburu lagi oleh pihak komunis.

Ibu ku dewasa dalam jagaan melayu yang mempunyai seorang anak lelaki dan ketika nenek melayu ku sakit dia segera mencarikan jodoh ibuku yang ketika itu berusia 16 tahun. setelah itu harta puluhan ekar tanah dibahagikan diantara ibuku dan anak lelakinya. ibuku tidak bersekolah mungkin kerana faktor keselamatan yang aku kurang pasti. 6 bulan setelah ibuku kahwin nenek meninggal, anak lelaki nenek datang membawa senjata dan merampas segala emas dan harta ibuku. Ibuku keluar bersama bapaku meninggalkan semenanjung menaiki kapal dan menuju ke sabah hanya berbekalkan pakaian yang ada.

bukan aku tidak ingin mengetahui sejarah datuk ku. tapi aku telah mencuba mencari, tidak sampai 5 minit orang2 yang aku tidak ketahui asal usulnya mencari dan bertanya siapa aku? dimana aku duduk? boleh saya jumpa? dan aku bertanya pada rakan yang pernah bertugas sebagai ketua pegawai keselamatan di daerah tersebut yang kini berada di dahfur dibawah misi PBB katanya..kawan! kamu jangan pergi..bahaya sebab puak2 tersebut masih wujud, dia mengenalkan dgn seorang pengkaji sejarah dan menghantar beberapa email dari swizerland berkaitan sejarah lampau. jadi hasrat aku terbantut untuk mengetahui sejarah keluarga buat masa ini.

okay sorry melalut pulak hahaha..jadi disabah aku dilahirkan. masa dilahirkan aku anak yang ke 5. Ibuku membuka restaurant dan juga memiliki kantin makan didalam kem askar disebelah penama di sabah. ketika aku lahir kehidupan keluarga aku stabil. aku anak yang gemok dan tinggi mungkin akibat dari makan berlebihan. aku tidak kenal penderitaan sehinggalah satu masa nenek sebelah Ayah aku sakit.. Ayah aku berkata jom kita kembali ke semenanjung dan menetap di kampung. Aku kegembiraan mengenangkan kampung yang hanya dalam imaginasi budak kecil satu tempat yang damai. tapi apabila tiba saja di kg.. ayah aku sakit dan di sahkan kanser darah dan pergi meninggalkan aku dan adik beradik yang lain dlm tempoh 3 bulan sahaja. ketika itu aku darjah 3.. turun sahaja jenazah ayahku dari rumah ibu saudaraku berkata.. ” kau dan aku dah tiada apa2 ikatan” masih aku ingat ketika jenazah ayah ku diusung ke kuburan aku tidak dibenarkan menaiki kenderaan..hanya berjalan kaki 2km dan tidak sempat melihat arwah untuk dikebumikan..

Bukan mudah untuk aku hadapi semua ini kerana aku anak yang paling manja..ibuku tidak tahu membaca berhijrah ke bandar membawa adik beradik yang lain mencari kehidupan.. sementara itu aku dikg dijaga nenek. aku terpaksa berjalan kaki kerana tiada wang. disekolah aku di caci akibat perbuatan guru. bahasa aku adalah bahasa sabah dan belum mengerti bahasa loghat sini.. cikgu memanggil aku baitu, pengaruh iklan ASN di TV masa itu ” Mudah Bah itu “.. maka semua anak2 sekolah memanggil aku baitu. bertapa hina rasanya masa itu.. ketika balik sekolah aku tak pernah dapat makanan, periuk bertangkup.. jadi setiap hari sebelum kesekolah aku berpesan pada kucing yang ku panggil belang ” lang..lang.. balik nanti tinggalkan sikit nasik ” jadi itulah makanan aku membesar.. memakan lebihan kucing dalam tempurung di bawah rumah.. itu pun jika sang kucing meninggalkan makanan.. jika tidak aku akan ke singki dapur mengutip cebisan nasi hasil basuhan pinggan.. jika tiada juga aku akan jadi kera dihutan.. makan sahaja buah2 terbiar di tanah wakaf.. semakin hari aku semakin lali dengan erti duka.. aku macam tiada perasaan lagi masa itu.. aku lalui sahaja.. tidur malam di dalam bekas padi dibawah rumah.. tanpa baju, tanpa eletrik..bertemankan kambing yang aku rasa nak lempang..mengeselkan badannya di tiang sampai tidur aku terganggu.. mandi untuk kesekolah didalam tali air..itu rutin aku hampir setahun di kampung.. untuk pergi kerumah pak long minta makanan tiada dalam diari hidup aku.. sebab cercaannya mengatakan bahawa mak aku hanya bawa P***** sahaja lepas tu tinggalkan anak…amat berkesan bahasanya hingga aku yang kecil tak sanggup dengar..seorang ibu sangat bernilai sebenarnya di dalam hati anak yatim..kau cercalah apa sahaja..kau pukullah aku..jangan dicerca ibuku..

ketika umurku 10 tahun ibuku membawa aku duduk dibandar.. dan aku tidak pernah mengadu pada ibuku tentang kejadian di kampung.. ketika aku keluar dari rumah di kampung.. nenek aku berkata sambil menangis.. jangan kau jejak lagi rumah ini, semua benci pada kau.. kini bila dewasa aku mengerti sebenarnya nenek menyayangi aku dan tidak bermaksud begitu..dia tidak tahan tengok penderitaan aku.. aku bersekolah dibandar dan mula dapat merasakan erti berkawan.. tapi lebih ramai yang tak suka berkawan kerana aku kesekolah bawa beg plastik sayur sebab tak mampu nak beli beg.. berselipar jepun..tapi cikgu2 dibandar masa itu lebih memahami tiada sebarang kutukan.. ibu aku ketika itu hanya seorang pencuci tandas.. jadi aku kesekolah tanpa makan dan disekolah minum air paip sebagai memenuhi perut.. ketika malam saja aku makan apa yang ada.. tengah bulan biasanya nasi yang dimasak seperti gam kertas makanan rasmi aku..akhirnya keputusan penilaian keluar aku mendapat keputusan cemerlang dan ditawarkan ke sekolah SMAP Labu.. tapi ada satu halangan.. akak aku setahun tua padaku telah memasuki sekolah puteri kolam ayer dimana antara sekolah terbaik masa itu.. surat tawaran yang sampai dikedai itu aku koyak diluar pengetahuan ibuku..kerana aku tahu pasti ibuku tidak mampu menampung perbelanjaan sekolah aku.. sehingga kini ibuku tidak tahu rahsia ini.. surat itu aku hanyutkan kedalam sungai..

sebenarnya aku masih menderita hidup di setinggan.. aku tiada bapa masih jadi bahan budak2 setingan. bila berjalan sikit orang kampung akan memanggil aku anak janda.. tak tahulah kenapa mereka takut dengan janda.. aku lalu pun mereka hina, umpat, keji.. aku rasa tak selamat sentiasa. aku tiada bapa untuk mengadu..apa yang ada semua aku pendam.. masih aku ingat balik sekolah sebelah malam aku bekerja di pasar malam dengan upah 3 ringgit.. aku akan berikan pada emak duit tersebut.. RM 1 aku simpan utk beli pakaian hari raya kerana telah 3 tahun aku tiada baju baru..hanya pakai lebihan baju kakak2 aku..hampir setahun aku simpan duit.. satu malam ketika aku darjah 6 aku balik membeli sedikit pakaian raya.. masa tu kumpulan rock popular.. aku beli tali pinggang rock yang kepalanya besar, sehelai baju, seluar dan kasut..yess..gua rock!! kata dalam hati.. ketika balik dari pasar malam aku ditahan oleh rakan yang aku panggil abang..kerja di kilang papan dan berjiran.. dia tanya apa yang ko bawa balik? aku jawab dengan jujur sambil tunjuk barang aku beli.. dia kata aku nak tali pinggang tersebut.. aku jawab x boleh..tiba2 dia mengamok.. bayangkan aku berumur 11-12 tahun dihentam dengan penumbuk sulong, disepak. diterajang.. sedar2 aku dalam longkang dibantai oleh orang berumur 20an.. patah tangan, pecah kepala, patah kaki memang aku rasa sepanjang duduk di setinggan..memang aku anak yatim..anak janda.. bulilah aku dan aku tak pernah menangis,kerana memang aku dah tiada perasaan.. perasaan aku seolah2 mati masa tu, aku pun tak tahu kenapa.. dan ketika darjah 6 itulah aku memulakan kembara.. aku berseorangan ke melaka menjadi pelukis keychain di bandar hilir.. cukup kot cerita aku buat masa ini.. kalau ada masa aku sambung balik bagaimana aku merentasi zaman remaja pula, penuh cabaran..pernah nak jadi gila sampai dengar benda bukan2.. sehingga dalam hati kata nak pergi jamban..tiba2 dah ada dalam jamban..hahahhaha.. harap u all jadikan panduan..bahawa anak yatim ni mmg keras kepala, susah dijaga, kerana kamu tidak tahu apa yang mereka lalui…Wassalam….

– Sekadar Pinggiran

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit