Aku atau Mereka Yang Salah?

Salam nama aku Bintang. Aku just nak tanya opinion korang tentang persoalan rumahtangga aku.

Aku minta pendapat and nasihat daripada semua memandangkan aku baru sahaja berkahwin setahun lebih dan direzekikan dengan seorang anak yang alhamdulillah sihat dan comel.

Aku berkahwin dengan suami disebabkan orang tengah yang recommend kepada kami. Kami berkahwin setelah 3 tahun perkenalan.

Kami sama uni and dulu aku kenal dia sebagai seorang yang baik akhlak dan agama nya.

Suami aku merupakan anak lelaki tunggal dalam family dan mempunyai dua orang kakak yang belum berkahwin. Mereka merupakan anak yatim piatu.

Awal perkenalan, aku memang bertekad untuk turut menjaga kakak2 nya memandangkan mereka merupakan anak yatim piatu.

Tapi setelah waktu berjalan, sedikit demi sedikit perangai kakak2 nya semakin mengganggu aku.

Tapi silapnya aku percaya bahawa tunang ku kelak akan menjaga aku daripada tersakiti dan aku meneruskan juga perkahwinan ini.

Aku sedih sebab aku tak mampu nak masuk dengan lelaki yg berperangai seperti dia dan adik beradik yang bagi aku agak kasar dan kurang common sense serta adab.

Otak aku tak mampu nak terima kena hidup dalam family macam ni.

Setelah perkahwinan berlangsung selama setahun lebih, apa yang aku perasan suami aku asyik terfikirkan Kakak nya, berpihak kepada kakak nya.

Lebih mengutamakan perasaan kakak-kakaknya daripada aku.

Setelah berkahwin barulah aku sedar, dia bukanlah lelaki yang beragama dan akhlak nya bukan seperti yang aku tahu ketika belajar dulu.

Kakak-kakak dia siap kata aku mengada-ngada tak nak jumpa mereka di tempat kelahiran mereka dan sengaja menjadikan alasan aku hamil untuk tidak berjumpa mereka.

Mereka marah aku kenapa asyik suami aku je yang kena berulang – alik untuk berjumpa aku,

Padahal sebelum tu kami suami isteri dah berbincang memang suami aku yang akan drive ke tempat aku disebabkan kami risau akan baby dalam kandungan.

Suami aku termakan kata2 sampai kami bergaduh besar.

The only thing they want from me is to treat them like a queen which aku rimas and rasa tak bebas nak berumahtangga dengan suami aku.

Suami aku pulak tak habis2 nak jumpa kakak2 dia padahal tanggungjawab dalam rumah dia tak selesaikan pun lagi dah tuduh aku nak pisahkan dia dari Kakak2 dia.

Aku tak mampu nak hadap perangai diorang yang suka control suami aku dan asyik nak kena ikut cakap diorang which aku rimas.

Tapi pada waktu yang sama aku rasa suami aku pun belum boleh move on dari hidup dengan Kakak2 dia.

Suami aku nak pindah negeri kelahiran aku pun diorang mengamuk atas alasan mereka anak yatim, siapa nak jaga diorang.

Why they choose not to marry and make us suffer from their decision.

Btw they are well educated woman and masing2 dah boleh berdiri atas kaki sendiri.

I feel like they are very jealous dengan perkahwinan aku sebab bagi diorang the only man in their life is their brother.

This bro yang they boleh bully sesuka hati, suruh itu ini, ikut cakap tanpa membantah.

And now they try to control his bro marriage and my husband tak rasa pun that thing salah, but i did.

Aku rimas sangat2 dengan Kakak2 dia and suami aku yang tak boleh move on dari hidup bujang.

Suami aku tak pernah tunjuk la yang dia appreciate aku depan Kakak2 dia atas alasan taut Kakak2 dia terasa. Aku terasa tak guna dekat sini.

Bila kitorang gaduh, suami aku akan gunakan masa ni untuk lari ke tempat kelahiran dia yang jarak 2 ke 3 jam perjalanan and balik semula bila dia nak.

Tinggal aku dengan anak, boleh mental aku weh sorang2 walaupun parents aku memang akan berpihak pada dia, sebab dia ni jenis baik depan orang lain, manis mulut semua.

Makin naik kepala la suami aku. Aku rasa macam orang bodoh tengok dia buat baik dengan orang lain, sampai aku amd anak aku nak kena korbankan diri kitorang untuk nampak kan dia baik di mata semua orang.

Dekat rumah, tahu nak tidur and rehat yang cukup. Korang tahu en if lelaki and semua manjakan, of coz tak boleh susah sikit, kejap lagi emosi tak bertempat, anak dia boleh sesuka hati nak pilih nak jaga ke tak.

Asyik bagi alasan penat2 nak tidur. Kesihatan aku and kebajikan aku and anak kadang2 je dia ambek kesah tu pun lepas aku mengamuk. Bila aku mengamuk, dia mengamuk balik, cakap aku tantrum la apa laa.

Bila ditegur elok2, dia manipulate balik semua salah aku. Padahal dah sah2 salah dia. Aku pening dah macam mana nak hadap suami aku.

Paling aku mental, bila kami suami isteri bergaduh, banyak benda aku mental sejak kawin dengan dia which I think i have lost myself yang lovable and with a big dream avhiever, bila dia tak solve pun our problem yang dia tahu duk mengadu dekat parents aku.

So by the time aku dh tak tahan, aku pergi rumah my parents, aku pulak yang kena kaw2 dengan parents aku. Aku jadi pemarah, pandai mengamuk sebab aku penat nak hidup dengan suami aku and family dia.

Aku dah rasa yang husband aku ni bukan nak commit sangat pun dekat family, aku sorang je yang beriya agaknya nak jaga family ni. Dia tahu fikir perasaan kakak dia, diri dia. Perasaan aku and anak dia, entahlah aku tak tahu.

Baru ni raya kami bergaduh besar lagi sebab aku dah cakap dengan husband aku jangan bagi orang masuk bilik tidur kita, but balik2 je aku tengok his kakak in our room.

Aku bukan berkira sangat sebenarnya, tapi disebabkan satu kejadian di mana kakak dia datang siap package tidur dekat katil aku and husband and siap kunci bilik buat mcm bilik sendiri,

Sejak dari tu aku dah macam lost respect dekat diorang.

Bagi aku ni dah berlebihan sebab bagi aku orang takde adab je buat macam ni walaupun di rumah adik beradik sendiri.

Tapi macam biasa bila aku mengadu, aku balik yang dipersalahkan, aku yg salah tak boleh tolerate perangai Kakak2 dia. Aku yang salah la semua.

And kitorang gaduh besar and aku tertampar suami aku, diorang penyebab kami bergaduh, diorang pulak boleh gelak2 tanpa rasa bersalah depan aku.

Aku terlalu geram aku rasa dikhianati suami and family dia.

Then aku dah fed up, aku tak balik raya pun kg belah husband, and aku balik rumah parents aku lepas gaduh tu, and aku luahkan semua dekat abang aku.

The only person yang akan back up aku, sebab mak bapak aku dah kena brainwash awal2 dengan sikap terlalu baik suami aku. Sampai aku luahkan apa2, aku la punca segalanya.

Gaduh besar smpi abang aku bagi amaran dekat Kakak2 ipar aku, and diorang pergi cerita dekat satu kg belah suami aku tentang kitorang atas alasan kesian dekat adik dia ada istri macam aku.

Suami aku dah jadi macam tu still back up kakak dia, aku lah punca semua ini terjadi. You see how toxic kan our marriage hmmm..

Kalau ikut kan hati aku, aku betul2 nak keluar dari perkahwinan ni, sebab aku rasa mental aku teruk, hati aku mati. Tapi bila tengok anak aku gelak dan happy bila nampak ayah dia, aku dilemma.

Tolong doakan aku kuat, and tolong bagi aku nasihat and support sebab mental aku dah sakit sangat2.

Aku berhak bahagia,

– Bintang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *