Assalamualaikum semua, saya nak tanya pendapat anda semua. Saya baru setahun berkahwin dan berPJJ dengan suami di atas faktor kerjaya.
PJJ kami tak lah jauh sangat, jarak suami dan saya lebih kurang 1 jam 40 minit sahaja. Suami bekerja 4 hari seminggu dan 3 hari cuti jadi nya bagi kami tiada masalah untuk berPJJ begini.
Saya kenal dengan suami sudah lama, 6 tahun. Sebelum kahwin saya memang rapat dengan mertua saya, bagi duit raya, bercuti bersama, bertukar hadiah dan macam-macam lagi, begitu juga dengan ipar perempuan saya.
Suami saya pula, lelaki yang baik. Saya tiada isu dengan suami, kecuali bertengkar kecil kerana keluarga nya.
Dipendekkan cerita, saya sebenarnya anak tidak sah taraf. Tetapi ibu bapa saya berkahwin dan kami tiada masalah hidup bekeluarga, hanya kami bertiga saya tiada adik beradik.
Jadinya sebelum berkahwin saya cerita dengan mertua, mereka tidak tunjukkan sebarang masalah. Suami saya pula dah lama tahu dan tidak memandang perkara itu satu isu.
Nak dijadikan cerita, seminggu selepas bernikah. Mak mertua saya cerita yang semasa majlis saya ramai keluarga dia yang bertanya kenapa saya berbinti kan Abdullah dan bukannya nama ayah saya.
Mak saya jujur dengan saya, dia beritahu semua orang yang saya sebenarnya anak angkat yang tidak tahu siapa ibu bapa kandung. Saya terluka sangat.
Mak mertua saya cakap tanpa rasa bersalah dan bangga kerana konon telah menutup aib saya.
Beberapa bulan kemudian, saya hadir kenduri keluarga suami saya dan ada beberapa makcik yang tanya ‘tak cuba cari ke mak kandung?’ ‘Tak segan ke masih serumah dengan ayah angkat?’
Saya bertambah stress. Kenapa mak saya tak memilih memberi respon ‘tak tahu’ ‘tak pasti’ tapi menambah perkara yang tak benar?
Mulai hari itu, saya makin tak ikhlas nak jumpa mertua saya. Saya dah berubah tak lagi rapat dengan dia. Walaupun rumah kami dekat, saya limitkan perjumpaan kami.
Saya dah luah pada suami. Suami faham tetapi ada kala kami bertengkar sebab mak nya macam tidak boleh tolak ansur dengan masa kami bersama.
Kami berPJJ, bukan setiap hari jumpa tetapi mak nya mesti expect kami ke rumahnya setiap minggu setiap kali suami pulang.
Saya pula dah tak selesa nak berbaik dengan mertua. Hati ni tak lagi macam dulu.
Berdosa kah saya?
– Aleeya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
mungkin ibu mentua sejujurnya rasa dia menolong tutup aib aleeya. kalau aleeya pernah bincang cara nak jawab pertanyaan orang dengan mentua, ada wajarnya berkecil hati. tapi kalau tidak pernah bincang, mungkin ibu mentua pun ingat jawapannya membantu jaga maruah aleeya.
Wajar juga elakkan berjumpa mertua yg mengaibkn kita daripada berjumpa asyik bertengkar lebih baik tak perlu jumpa sampai keadaan dah pulih seperti biasa. X dosa pon sis…
Wajar pon kita elakkan berjumpa dgn mertua nak mengaibkn kita patut jaga aib kita ni nak canang keluarga pula xdosa pon sis….
Lepasni biarlah ada gap sikit dengan keluarga mertua. Bukan apa awak yang stress nak menjawab pertanyaan orang. Bila orang nak tahu lebih2 confirm kita pulak yang terasa sedihnya. Jadi terbuka banyak aib pulak kisah lama2..
Tutup rapat2 tau jangan crita kat orang, biarlah mende yang dah lepas tu biarlah. Kita tak boleh nak betulkan apa2 dah.
Sepatutnye dari awal awak tak perlu lebih2 cerita pada mak mertua/keluarga mertua.. Lepasni beringat tau, tak semuanya kita perlu cerita pada orang sebab kita dan orang lain2 pemahaman.
Dan pasal balik rumah mertua pulak balik la jarang2 sikit. Orang tua pun ada cakap “jauh bau wangi, dekat bau busuk”. Bila kita ni duk dekat@serumah memang akan banyak masalah bila orang nampak aib/keburukan kita.. abis dicanangnye..
Sabar banyak2 tau. Luah la pada Allah sahaja dan mak sendiri..