Assalamualaikum, hai nama aku Raudah. Aku dilahirkan di Pahang dan berumur 28 tahun. Berkerja kerajaan.
Aku tak reti nak tulis karangan panjang-panjang. Maaf andai cerita aku ini tak berapa nak tersusun ataupun menarik.
Tujuan aku nak buat confession ni, sebab aku nak minta pendapat korang.
Umur aku dah 28 tahun, dan ikutkan rakan-rakan seusia aku ramai yang dah khawin dan beranak-pinak. Aku pun nak sebegitu.
Tipulah kalau tak cemburu bila tiap hujung tahun sahaja dapat jemputan kawan-kawan ataupun sedara mara kahwin.
Bukan aku takda calon. Ada.. nama dia Bob. Dia senior aku masa zaman student dulu. Tapi kami start kenal rapat lepas dua-dua dah habis belajar dan start kerja.
Bob baik. Family dia pun alhamdulillah baik dan terima aku seadanya. 4 bulan lepas kami declared couple dia datang and jumpa family aku. (Bob orang Sarawak). Bayangkan kesungguhan dia macam mana waktu tu.
Masalah muncul, bila aku start utarakan niat aku nak nikah kepada family aku. Hampir 2 tahun aku utarakan benda yang sama. Dan jawapan yang aku dapat daripada family. Kerja dulu bagi rasa orang tua duit kerja tu.
Tahun ke 3 aku cuba lagi utarakan niat aku. Alhamdulillah family aku izinkan. Dengan syarat. Belikan mak aku rumah.
Korang dengar. Alaa rumah je pun. Apa susah. Ye tak susah manapun. Tapi yang tanggung semuanya adalah aku.
Silap aku masa kecil dulu. Janjikan mak aku rumah bila aku dah kerja. And yes aku masih ingat lagi janji aku itu.
Dan No bukan aku tak nak tunaikan. Aku just perlukan masa untuk stabilkan kehidupan aku before aku ambil keputusan untuk tanggung loan.
Bila aku cuba nak bagi mak aku faham. Mulalah drama air mata. Aku sedih, tertekan dan stress bila fikirkan benda ni. Lagi-lagi bila mak aku mengadu dengan kak long aku.
Mulalah sesi tak kenang budi, kacang lupakan kulit, tak sayang keluar dan macam-macam lagi.
Aku bersyukur sangat-sangat walaupun banyak halangan. Bob still ada temankan aku. Walaupun kami PJJ. Dia sorang yang sangat memahami. Dengan dia aku boleh jadi diri aku sendiri.
Hanya dia yang tahu aku alami depression dan enxiety. Berapa kali aku cuba nak tamatkan riwayat hidup aku sendiri. Tapi dia sentiasa ada dengan aku. Susah senang aku dia tahu, sedangkan family aku sendiri tak tanya keadaan aku macam mana.
Aku cuma nak family aku faham aku. Dan tak paksa-paksa aku untuk cepat-cepat belikan mak aku rumah. Beri aku masa untuk stabilkan hidup aku sendiri dahulu.
Buat yang pelik kata aku nak stabilkan hidup sendiri tapi nak sangat kahwin cepat-cepat dah kenapa?
Trust me, kalau kau dah jumpa someone yang sentiasa ada bila kau perlukan, terima kau walaupun tau kau ada 1001 kekurangan. Kau nak tunggu lagi ke?.
Kadang aku terkilan. Adik beradik aku sendiri takda pun yang kata nak kongsi ataupun usulkan cadangan untuk ringankan bayaran kalau aku jadi buat loan untuk beli rumah mak.
Btw. Rumah yang aku beli tu nanti bukan aku yang duduk. Tapi mak dan akak aku. Sebab kalau aku kahwin nanti aku akan ikut suami aku stay Sarawak.
Aku tak kesah bab tu. Sebab memang aku harapkan akak aku yang tolong jaga mak. Sebab kalau aku nak bawa dia ke Sarawak adik beradik yang lain memang taknak bagi.
Aku just nak kahwin. Tanggungjawab aku sebagai anak aku tak bermakna aku akan lupa lepas kahwin. Janji aku nak belikan rumah aku tak kan lupa. Dan insya Allah kalau ada rezeki aku akan belikan. Tapi bukan sekarang.
Salah ke aku?
Kadang aku rasa nak ja kahwin lari. Patut ke family aku letakkan syarat macam tu untuk aku kahwin?
Perlu ke aku lupakan niat aku nak kahwin dengan Bob disebabkan aku tak mampu lagi untuk tunaikan janji aku dengan family aku?
Aku just harap family aku faham aku. Tu je…
– Raudah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit