Assalamualaikum hai korang. Aku dekat office tak berapa ada kerja. So aku rasa macam nak share kisah aku sikit.
Aku umur 27 tahun. 3 tahun dah kahwin. Belum ada rezeki anak. Suami aku sebaya, kerja grab driver Alhamdulillah. Dia seorang yang rajin kerja. Memang aku tak nafikan. Nafkah tak pernah culas.
Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan, kan? Aku akui. Macam aku cakap, suami aku baik. Tapi bab batin sangat out. Dari segi atas katil ke, emosi aku ke.
Kalau pergi jalan memang dia suka jalan jauh² dari aku. Kadang aku terfikir, dia malu ke ada bini macam aku.. aku ni hodoh sangat ke.
Dari awal kahwin aku perasan lagi, aku ni tinggi 153 cm berat 44 kg, berat aku turun mendadak lepas kahwin dari 48 terus 44kg dalam masa sebulan. Punya laa aku banyak makan hati.
Aku belajar makeup lawa², bergaya. Aku memang dah berkulit putih so aku tak makan apa² supplement putih dah. Sampai kawan² aku selalu puji, ada gak orang nak mengorat aku sebab ingat aku single.
Kawan² office semua ingat aku masih anak dara sebab tak nampak macam dah kahwin. Oh ya aku pjj dengan suami aku. Tapi aku jaga diri, aku tahu status aku walaupun peluang dan ruang untuk curang tu memang besar je.
Suami aku, even pjj. Kalau aku tak wasap atau call, memang dia langsung takkan chat atau call aku. 5 minit sehari pun susah. Kalau 2-3 minggu aku senyap, dia pun senyap la. So aku jadi sedar diri laa aku je beria selama ni.
Buat grab kerja sendiri tapi tak pernah nak ada masa untuk aku. Dia selalu bergurau nak kahwin dengan Ain. Nama selalu dia sebut. Mula² aku gelak je la.. lama² sakit hati aku.
Tahun pertama kahwin birthday aku, dia pergi buat grab tak balik. Dari pagi sampai petang aku tunggu walaupun dia kata dia memang tak balik. Yelaa, aku dari kecik family tak pernah sambut birthday aku dengan kek segala. Kot la dia nak buat surprise.. tunggu² takda.
Last² aku beli kek saiz bento tu aku nyanyi happy birthday sorang², aku makan sambil menitik laa air mata aku. Aku ingat dah kahwin aku akan lebih bahagia, tapi nampaknya air mata aku lagi lebat keluar. Disebabkan ayat “saya dah biasa”, dia anggap semua perkara aku akan boleh hadap sorang².
Kalau aku balik jumpa dia.. macam dia tak suka. Dia hadap je phone, tengok tv atau main game sampai pagi padahal sebulan dah tak jumpa. Aku masak walaupun busy berniaga.. tetap aku cari duit bantu ekonomi dia, dia pernah cakap aku ni biawak hidup, jaga aku macam jaga anak 5.
Aku nekad, sikit pun tak mintak dah duit dia. Aku kerja bagai nak gila cari duit. Aku tak pernah nangis depan dia, aku cuba sembunyikan aku nangis dalam bilik air je.
Bab nafkah batin, sebulan sekali pun susah. Kalau dapat pun seminit je. Macam² cara aku buat, aku goda dia. Pakai sexy² wangi² tetap dia tolak.
Aku fikir tut aku berbau ke, aku pun beli laa pencuci yang manjakani walaupun aku ni jenis takda masalah keputihan. Tak cukup seksi? Aku beli lagi baju yang memang khas dalam rumah.
Macam² aku buat tetap ditolak sampai dia kata kenapa nafsu aku macam kuda ni. Sumpah aku malu.. bukan hari² aku mintak. Kadang dalam seminggu sekali je.
Aku ni tak normal ke? Sejak tu aku tak minta dah. Aku terseksa juga, kadang aku doa Ya Allah bg aku mati putik pun tak apa. Asalkan aku tak berdosa. Aku taknak curang, walaupun selalu je orang chat aku nak kenal.
Suami aku pernah cakap, pergi je la makan luar. Aku nak tengok kau main dengan lelaki lain. Aku terkejut, walaupun aku tunjuk reaksi biasa. Dalam solat aku menangis je. Entah laa aku type ni pun gugur air mata aku. Jangan laa officemate nampak.
Aku tak pernah cerita masalah aku kat orang lain. Semua aku pendam.. aku jaga ikhtilat aku dengan lelaki lain. Officemate lelaki bila bertembung jalan, aku tundukkan muka,
Bila bercakap hal kerja, aku tak pandang mata diorang. aku pandang arah lain. At the end, nilai maruah aku dekat suami aku macam kat kaki dia je.
Aku nak sangat anak. Aku sunyi sangat. Macam² ubat aku makan untuk senang lekat walaupun period aku takda masalah. Tapi aku sedar, macam mana aku nak ada anak kalau aku ni suami sendiri tak nak sentuh.
Aku nak perhatian, nak kasih sayang. Aku dari broken family. Ayah aku abaikan aku. Aku tercari² perhatian.
Dalam solat aku selalu bayangkan, bestnya kalau suami aku dapat imamkan aku dalam setiap solat aku. Habis solat terus baring atas riba aku macam video² tiktok tu. Sumpah aku teringin suami aku jadi imam.
Dalam 3 tahun ni, sekali pun tak pernah nampak suami aku solat, puasa ramadhan pun kadang tak. Pernah aku ajak jemaah sekali, tapi macam cakap dengan dinding. Sikit pun tak peduli. Aku beli sejadah cantik² untuk dia solat sekali. At the end aku je yang guna.
Taknak sentuh aku takpa, Aku boleh puasa untuk tahan nafsu aku. Aku cuma nak dia jadi imam aku. Berat ke permintaan aku.
Suami aku cakap aku terlalu sensitive, benda kecik je. Entah laa, mungkin aku je rasa semua ni memang 1 masalah. Mungkin aku yang bermasalah dalam rumahtangga ni.
Kalau korang kata aku bodoh sebab stay dengan dia lagi. Ya aku bodoh, keluarga aku semua bercerai berai. Aku taknak lalui perkara sama.
Benda yang aku takut masa awal kahwin dulu macam akan terjadi. Trauma aku yang sangat besar. Aku cuba buat terbaik untuk suami aku. Rupanya tak ada nilai, tak pernah dia puji aku.
Aku buat solat istikharah untuk ini, macam mana aku istikharah dulu sebelum kahwin dengan dia. Mungkin ini takdir aku. Mungkin dekat dunia aku takkan dapat perhatian macam aku nak.
Datang la lelaki lain lepas ni, aku taknak dah berkahwin. Aku penat.
– Attention Seeker (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
let him go..hatinya bkn untuk kamu..trust me..jgn seksa idop dia dan idop kamu.
Dik, please hargai diri sendiri. sayang diri sendiri sblm sayang orang laim. Mcm awak cakap maruah awak seolah-oleh di bawah tapak kaki dia je kan. So sampai bila awak nak hidup dengan orang yang tak hargai awak. Sampai bila nak bertahan menanggung segala siksa perasaan dan emosi awak.
Awak, youre not an attention seeker😭 sumpah. What you feel is valid. Husband awk, tanggungjwb dkt Tuhan pun dia tak buat, apatah lagi tggjwb dkt awk. My advice is, leave him. You deserve better a man. Dia nak hidup mcm tu, biarkan dia. Dont let his actions affect you. You will find happiness. You will fall in love again, with a new person. I come from a broken family as well, pernah dikecewakan lelaki jugak but i said to myself, i deserve happiness and i will meet the right guy one day. Dont give up sis❤️
Dek, dari apa yg akak baca kisah adik ni, pendapat akak, berpisah je jalan terbaik buat kamu, kita kene utamakan perasaan kita, x perlu kamu bertahan utk lelaki sedemikian, sbb makin lama hati kamu yg akan tersakiti. dia takkan berubah.. percayalah.. sayangi diri sendiri, x guna hidup dgn org mcm ni
Salam,
Wujud yer lelaki yang suka tengok isteri dia berhubungan badan dengan lelaki lain, fetish yang sangat buruk dan tak berakal. Kebanyakan lelaki yang macam nih sebelum kahwin diorang dah sedia ada join group group seks yang menjurus ke arah pekara nih, fetish nih bukan wujud sehari, dah sebati dalam diri, tak semua lelaki kahwin kerana Allah SWT dan Rasul. Ada yang untuk gapai impian fetish sex mereka. Yer ada yang anggap isteri cuma sex toy sahaja. Perkahwinan hanya wayang semata. Perempuan jer delulu lebih.
Dalam group fetish, akan ada sifu yang ajar murid murid yang dah subscribes channel tuh, ada bayaran untuk tiap level, sifu akan ajar macam mana nak buat isteri murid murid nih terjebak dalam seks luar nikah nih. Sebab mereka yang dalam group tuh juga lah yang akan bertukar pasangan sesama sendiri. Mana lelaki yang berjaya tundukkan isteri masing masing akan kongsi video masing masing kat group tuh. Saya tak tahu sifu tuh ajar macam mana kat murid murid dia untuk tundukkan isteri, sebab saya tak join group tuh lol. Cuma dengar dari cerita co worker.
Waktu zaman sekolah dulu, saya teringat ada satu berita dalam keratan akhbar, yang saya pernah baca, kisah tentang seorang suami ada fetish yang bukan bukan, dia laparkan isteri dia, langsung tak sentuh badan isteri dia, buat sampai isteri dia dah terdesak sangat sangat, dia laparkan isteri dia dari seks dalam tempoh 4,5 tahun perkahwinan, dia tiap minggu makan luar, gila betul suami dia, si isteri rasa sedih sebab terlalu lama di abai kan, demi nak kan kasih sayang dan belaian suami, akal pun dah tak waras, terlalu lama lapar seks, limit isteri dah habis, isteri dia pun setuju untuk ikut segala kemahuan suami dia, benda pertama yang si suami suruh isteri buat adalah berhubungan badan dengan perempuan lain, isteri ikut, kemudian disuruh berhubungan badan dengan lelaki lain, seterusnya dengan suami isteri orang lain. Benda nih jalan dalam setahun, aktiviti stop bila si isteri kena penyakit kelamin. Baru si isteri sedar dari lamunan. Suami dia dah lari waktu tuh. Berita nih di bahagian wanita, bab jenayah.
Apa yang saya tulis nih, bukan untuk anon seorang, untuk mana mana isteri yang suami nya laparkan dia, kena cari tahu memang suami nih lemah batin ke, suka langgan pelacur ke, mati pucuk ke, ada perempuan lain ke, ada fetish melampau ke, atau dalam proses nak jadikan awak sex toy. Awak tak boleh santai, ah biar lah, hey ikut akal sehat manusia seks tuh makanan orang lelaki yang dah kahwin tau. Setiap kali co worker saya cerita pasal group swinger nih, saya terfikir apa yang buat wanita, makhluk Allah SWT yang paling pemalu, boleh buat benda macam tuh, bila teringat balik keratan akhbar yang saya baca, baru saya faham, isteri isteri nih di abuse oleh suami suami mereka, di laparkan dari seks bertahun tahun, isteri jadi mental, setiap hari telan ubat depression, ubat anxiety sampai rosak sistem otak, dari si isteri fikir nak syurga, tak nak terpesong dengan lelaki lain, last last diheret suami sendiri dalam dunia gelap tak bercahaya.
Jadi kepada para wanita, tolong lah, cari tahu, dan kalau dah tahu, baik atau buruk, pro dan contra nya. Please, put yourself first in any decision you make, because others will always put you last. Girls, don’t you tired being last.
Tutup salam.
kemain ye ultraman taro.. panjang2 taip
rajin nau komen kt sini 😂😂
i left a comment because i saw yours
semua komen ultraman taro saya suka saya suka
Dik, jalan cerita lebih kurang. Kau turn over je cerita kau tu jadi lelaki. So itulah situasi aku skrg. Sampaikan aku sanggup pjj kerja jauh sebab byk makan hati. Btw aku kawin dah nak masuk tahun ke 15.. Kau kuat je lah. Jangan tanya kenapa aku berdiam diri.
#lelakitersakiti.
Mcm mana boleh kwin dgn lelaki mcm ni..salah pilih suami mmg merana seumur hidup. Tolonglah hargai diri sendiri.
Salam dik,
Suami awak tak normal, tapi red alarm yang paling utama bila dia tak jaga solat, & perintah Allah. Bila tak de Allah dalam hati, semua benda haram di sisi Allah pun dia boleh buat dengan senang hati.
Jangan takut dengan perceraian, bercerai bukan bermaksud kita gagal, tapi hubungan itu yang gagal.
Apa makna berada dalam perkahwinan kalau haluan nya tak bawa awak untuk meraih syurga Allah. Cari la perhatian di sisi Allah, jadikan hati awak pemilik nya Allah, mungkin itu lebih mudah melepaskan yang sia-sia di dunia tipu2 ni.
Doa sungguh2 apa yang terbaik untuk awak yang boleh bawa awak meraih syurga di akhirat kelak. Lebih mudah move on bila tak de anak. Fikir balik Kalau ada anak, adakah anak awak boleh dapat perhatian seorang ayah yang baik atau dia akan sama sengsara dengan awak.
Saya dijodohkan dengan suami yang pernah berkahwin, bercerai tak de anak. Pada saya itu adalah kegagalan hubungan dengan isteri pertama dia. Tapi asbab perceraian dia, suami saya adalah the best version of himself, & we keep on improving ourself from time to time. Tak de siapa yang sempurna, dan ada kehidupan tanpa masalah, cuma apa jua yang datang, selalu la berdoa semoga awak dapat hadapi ujian tu & ujian tu menjadi penyebab kita lebih dekat dengan Allah.
Saya sudah berkahwin 6 tahun, ada anak2 comel dan sedang struggle untuk sentiasa tetapkan hati untuk Allah.
Take care ya, awak kuat untuk ini. Cari la Allah dulu. He will lead you the way. Saya percaya asbab dari perkahwinan sekarang, awak akan jadi sorg isteri yang sgt baik mcm suami saya.
You cannot love others if you cannot love yourself first.
Find your own happiness dik
Boleh tak bagitahu macam mana boleh berkahwin? Dijodohkan ke? Bercinta ke? Sebelum berkahwin si suami orgnya macam mana?
Sebab jalan ceritanya ada yang sama dengan saya.
Mmg ade something wrong dgn laki awk tu. Better angkat kaki. Cerai bkn bermaksud pengakhiran hidup awk tp boleh jd permulaan utk hidup awk yg lebih baik. Xsemua penceraian tu jahat. Sbb tu penceraian dibenarkan dlm agama.