Aku B3nci Bap4k Aku

Ye korang tak salah baca. Memang aku benci bapak aku. Sebab?

1- tak ada tanggungjawab.

2- dayus.

3- kaki pukul.

4- kuat maki hamun anak bini.

5- tak solat tak puasa.

Dia bukan figure seorang bapak yang aku boleh banggakan. Bukan tak cuba cari kebaikan. Cuma susahnya nak jumpa Ya Allah.

Mase kami kecil, sepak terajang tu dah jadi makanan. Aku pernah kena libas dengan tali pinggang masa umur 7 tahun asbab lambat keluar dari sekolah agama.

Bayangkan, baru berumur 7 tahun aku melutut merayu tak nak kena pukul dah.

Pernah kena terajang sebab lambat bukak pintu mase dia balik masjid. Masa tu dia rajin pergi masjid. Walaupun waktu maghrib je. Dan dia solat pun waktu maghrib je tu je kat masjid. Dia tak pernah solat kat rumah pun.

Pernah kena libas dengan paip sebab tak tutup rapat pintu bilik kakak aku yang waktu itu tengah tidur sebab balik dari kerja malam. Sampai luka tengkuk aku.

Waktu tu aku tengah tengok tv, tetiba dia masuk rumah nampak pintu tu tak tutup rapat tanpa cakap apa-apa terus dia capai paip halus untuk isi minyak motor tu, dia libas kena tengkuk aku.

Aku menggelupur macam ikan naik darat. Masa tu aku darjah 2 kalau tak silap.

Dia pernah pukul aku pakai hanger sampau biru kaki aku sebab kantoi aku pergi main.

Caci maki “bodoh” “tak ada otak” tu dah perkara biasa.

Bila marah je, keturunan mak aku lah yang paling tak guna.

Dia pernah cakap baru ni, dulu dia taknak tinggalkan mak aku sebab sayang anak-anak.

Persoalan nya, tu ke “love language” dia? Sepak terajang?

Selama aku hidup, abang-abang, kakak-kakak aku dengan mak aku lah yang bekerja cari rezeki untuk keluarga sampai kami boleh buat rumah.

Tu pun kena pukul maki hamun gak hari-hari.

Kalau mereka tak kerja, sampai ke hari ni kami masih menyewa.

Mak aku pernah kena tampar sampai berdarah mata. Pernah kena tinggal masa mak aku jual kain dari rumah ke rumah.

Dia yang bawak kereta hantar orang pergi berniaga kain, tapi mak aku sorang yang dia tak ambil. Orang lain semua dia jemput. Mak aku sampai kena tumpang tido rumah orang sebab tak ada tempat tidur.

Abang-abang aku pernah kena belasah.

Sejarah diorang aku tak ingat sebab jarak umur kami jauh.

Pokoknya, adik beradik aku tak ada yang tak pernah kena dengan dia.

Dia akan libas guna apa sahaja yang ada dekat tangan. Kalau kayu, kayu lah.

Dia boleh marah anak bini depan orang lain tanpa fikir air muka kami.

Dan untuk pengetahun korang, dia tak pernah keluar sesen duit belanja dalam rumah.

Aku sendiri saksi sepanjang aku hidup dia tak pernah kerja.

Kerja dia hari-hari, bangun tidur, hantar mak aku pergi kerja, pergi lepak kedai kopi, balik tengahari, petang jemput mak aku.

Kenapa dia hantar ambil mak aku? Sebab tu je sumber duit dia. Dia kan tak keje. Kalau tak hantar, tak ada mak aku bagi duit rokok.

2 tahun lepas dia dah dapat IC biru (bapak aku sebelum ni IC merah), dia paksa kaklong aku apply semua bantuan dalam negara ni. Segala BR*M semua dia nak.

And bila dah lulus, dia cekik sorang duit tu. Dia tak hulur kat mak aku walau sesen.

Bapak aku ni adalah biawak hidup tegar yang paling tak sedar diri sekali.

Dah lah makan tanggung berak cangkung, perkataan baik tak pernah keluar dari mulut dia.

Aku cuba banyak kali kalau boleh taknak jadi anak derhaka. Aku tahan diri daripada celupar mulut aku ni asbab aku ni anak. Anak wajib taat kan? Macam mana buruk dia tetap ayah. Tapi selalu aku gagal lawan emosi aku.

Ya Allah susahnya aku nak redha atas semua derita kami selama ni.

Mase aku kena terajang dulu tu, aku melutut sambil menyembah merayu taknak kena pukul. Ya Allah.

Aku tak mampu lepas kan rasa sakit hati aku.

Korang yang pernah alami situasi yang sama mesti fahamkan?

Sebab tu aku yang sekarang ni adalah hasil didikan dia.

Aku jadi pemarah, pendendam, menjawab, kuat melawan. Aku beli kereta tanpa bincang dengan dia pun sebab bapak aku ni jenis nak kena ikut tekak dia walaupun bukan dia yang bayar.

Bila aku menjawab memang pedih.

Aku tak boleh control emosi aku bila berhadapan dengan bapak aku.

Adakalanya aku boleh sembang tanpa sinis. Tapi selalunya aku akan menjawab paling bisa sekali.

Aku nak redha. Aku nak ikhlas. Aku nak lupakan semuanya. Nak mulakan hidup tanpa dendam. Tapi susah Subhanallah. Susah sangat.

Aku tak mampu nak redha dengan perangai bapak aku.

Segala urusan tentang dia semua akan merunsingkan kami anak-anak.

Termasuk abang, kakak dengan adik aku.

Sebab apa? Sebab kami benci bapak kami..

Banyak lagi episod kekejaman dia, tapi tak mampu aku nak tulis semua.

Cukup lah setakat yang diatas.

Hati aku cukup terluka dengan dia..

Ayah… Kalau lah ayah boleh belas ihsan sikit dekat anak-anak ni..

Orang tau, ayah ade kebaikan ayah. Tapi keburukan ayah melebihi segala kebaikan ayah sampai kami tak mampu nak ikhlas pada ayah..

Ayah, andai ayah lebih bertanggungjawab..

Ayah, andai ayah suami yang penyayang..

Ya Allah.. andai kami mampu ubah perasaan ini.. kami taknak jadi derhaka ya Allah..

Ya Allah.. ampun kan kami.. ampun kan ayah..

– Cempaka Sari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *