Aku Bagaikan Air Musta’mal

Baru-baru ini lecturer saya ada share status mengenai seorang perempuan yang pernah bercouple, dia adalah air musta’mal, bukan air yang suci, hanya digunakan untuk mencuci najis dan apa-apa yang menjijikkan.

Itu baru couple. Bagaimana yang telah berzina, yang telah mengandung anak luar nikah.

Air musta’mal ini juga dikatakan tidak boleh disucikan lagi. Maka tidak layak lah diguna seperti penggunaan air suci.

Nampak tak disini yang sebenarnya orang macam saya ini tidak layak untuk orang yang baik-baik atau elok agamanya.

Macam ramai lelaki yang ‘suci’ lagi tu, yang menjaga agama, nafsunya, tubuh badan nya dari ditakluki, berhak mendapat yang suci juga.

Maka golongan yang macam saya, pernah terlanjur, adalah jijik bagi sesetengah orang.

Saya seperti ramai perempuan lain yang ada famili tidak menitikberatkan agama. Salah kami kah? Tidak didik dengan agama, terpengaruh dengan rakan dan akhirnya tergoda dengan hasutan nafsu dan godaan syaitan hingga tergadai maruah.

Bagi saya, saya akui saya silap, keluar airmata darah pun takkan dapat kembalikan ‘suci’ itu.

Namun saya gagahi diri ini untuk tidak lagi tergoda. Bagi yang terdidik dalam famili yang beragama, hubungan antara lelaki dan perempuan yang cukup terjaga, nafsu kau tewaskan, tahniah.

Namun ingatlah, dugaan datang dalam pelbagai cara. Jangan dihina saya dan rakan2 yang pernah terpesong. Sehina-hina kami, kami kuatkan diri untuk mencari sinar keredhaan-Nya.

Saya juga pernah dihina dek lelaki yang berkelulusan tinggi dalam bidang agama. Hanya kerana kesilapan saya dahulu.

Benarlah kata orang, saya diduga dengan nafsu, kini si dia diduga dengan ilmu agamanya. Saya tak sedih, saya tahu saya ni jijik sekali dipandang lelaki yang suci.

Saya kini tidak lagi mengejar cinta seorang lelaki. Kerana walau sehebat mana pun ilmu agama lelaki itu, walau saya harap dia dapat bimbing saya ke jalan Allah, tapi akhirnya kerana kisah silam ku, dia herdik dan hina diri ini.

Maka, biarlah hati ini mencari cinta Illahi.

Andai kata hingga kehujung nyawa saya masih tidak bertemu jodoh, tak mengapalah, biarlah Rasulullah menjadi kekasihku, Allah menjadi cinta sejatiku terulung.

Ramai yang tertewas dengan nafsu, tapi jangan dihina mereka. Seharusnya memberi dorongan untuk kembali kepada Allah.

Jangan rasa takbur dengan ‘sucinya’ diri tu, andai suatu hari Allah mendugamu, nescaya kau akan jatuh tersungkur jatuh lebih dalam berbanding kami.

– Aku lah air itu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. air mustakmal, masih halal utk dipakai tp tidak menyucikan bilamana di pakai utk 1. mandi wajib, 2. Wuduk, 3. Menghilangkan najis. Utk 3 ni mesti pakai air mutlak. Tp yg awak cakap kat ats bukan fasal air utk taharah. Air tu jadi mustakmal bila air mutlak bercampur atau termasuk sesuatu di dalam nya sehingga berubah warna, bau dan rasanya.

    Cth air mustakmal, air oren, apa2 air berperisa, air teh, kopi dan etc yg tak boleh dipakai untuk bersuci. Air mustakmal bukan najis. Masih memberi rasa bahagia pada tiap2 yg meminumnya, masih memberi kebaikan kepada yg meminumnya cth air herba. Tiap sesuatu yg masuk kedalam nya yg membuatkannya jadi air mustakmal, pasti telah di atur dan pasti ada sebab musababnya mengikut keperluan kita, mungkin baik buat kita dan mungkin tidak baik buat kita. Tapi yg pasti bukan najis ya. hehe. Sekian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *