Assalamualaikum dan salam sejahtera… aku Lola (nama samaran). Aku baru kahwin 3 tahun dengan suami aku, 32 tahun, sama dengan aku… kita sebaya.
Aku kenal dalam 3 tahun juga… semua ok, happy, keluar dating sama-sama, tak pernah pun rasa yang kurang. Aku baru lepas operation lutut, sekarang ni dengan MC lah duduk rumah.
Tiba-tiba satu hari suami aku pegang tangan aku… musim-musim panas asal tangan dia sejuk ni kan… haha, masa ni aku belum tahu… rupa-rupanya dia nak bagitau niat dia nak kahwin lagi seorangggg… jantung siapa tak luluh kan… hancur berkecai hati aku.
Aku tak ada nak tahu detail terus sebab berita tu saja dah cukup buat hati aku hancur berkecai. Tanya benda like kenal mana, berapa lama jelah yang mampu… guess what guys?? Baru jumpa sekali, hati dah berkenan… wehh, jumpa masa aku ada hal pulak tu…
Ok, sebabkan aku tak nak tahu macam-macam, aku just cakap ceraikan jelah aku… sebab siapa rela bermadu kan… aku cakap terus masuk bilik.
Dia pulak sentap, terus keluar rumah satu hari tak balik weh… tak ada pun tanya aku dah makan malam ke belum, ubat jangan lupa makan ke apa ke… tak ada! Ya Allah, aku memang rasa masa tu dia ni memang dah tak sayang aku…
Aku suruh member aku ambil aku keluar rumah sebab nak tenangkan fikiran, suami aku tak tahu pun aku keluar… member aku punyalah baik bawa aku pergi makan, teman aku sembang dengan aku… bila aku cerita pasal hal ni, member aku yang menangis, hahaha.
Aku ni isteri yang baiklah kan, nak balik rumah sebab takut suami cari sebab dah pukul 12 a.m.… tak…… dia tak cari weh… dia masih senyap menyepi… pastu next day, satu hari aku kat rumah pun dia tak balik… petang baru balik ye…
Petang tu lah baru aku bergaduh dengan dia… jerit-jerit semua ada lah, memang drama TV3 betul. Alasan dia sebab aku jarang masakkan untuk dia, jarang kemas rumah… and also aku kurang bernafsu…
Untuk klarifikasi, aku ni dibesarkan kat rumah yang memang hari-hari beli lauk kat luar… bila dah kahwin bukan aku tak masak langsung… tapi jarang.
Masa puasa haritu hari-hari weh aku masak… lepas tu dah jaranglah sebab balik pukul 6 p.m. sampai rumah dah penat…
Aku selalu ajak dia makan luar, dia ok je… tak ada pulak cakap nak aku masak, rindu masakan aku ke apa… so aku ingat dia onz lah… rupa-rupanya dalam hati dah start pendam…
Bab kemas rumah pun aku ni membesar rumah memang bersepah macam tak ada orang boleh duduk lah rumah tu… tapi aku cuba… bukan tak cuba…
Suami aku ni ada masa dia WFH… so dia yang kemas… kadang aku dah set balik nanti nak buat, nak kemas, tapi balik-balik dah settle semua… dia buat semua… pastu dia rasa overwhelmed pulak buat sorang-sorang… aku rasa boleh je dia tunggu aku balik pastu ajak buat sama-sama…
Kadang aku dah pesan jugak, bagitau aku suruh buat apa… aku akan buat… kadang-kadang lupa sebab penat, kadang-kadang datang jugak old habit aku ni…
Basically komunikasi dia dengan aku bab rumahtangga ni kurang… dia kata dah bagitau banyak kali… ye, tapi untuk aku biasakan diri tu ambik masa jugak…
Dah berpuluh tahun biasa duduk rumah yang tak berkemas, tak masak, tak kan baru 3 tahun kahwin dan nasihat pun boleh kira berapa kali boleh terus berubah… bagi aku, dia mengambil masa… bukan boleh berubah sekelip mata…
Kalau nak? Cakap… nak aku masak? Aku rasa boleh je dia cakap teringin aku masak itu itu ini ini… then aku buatlah… kadang terfikir jugak nak masak tapi balik bahan pulak tak cukup… nak beli disuruh nanti… jadi order/makan luar lah jawabnya…
Kisah bakal madu aku ni pulak, tahu je suami aku tu laki orang… tapi onz… nak jugak… gatal!
Suami aku boleh cakap apa, dia berkenan dengan perempuan tu yang dia baru jumpa sekali! Baru sekali! Sebab perempuan tu pandai masak, pandai kemas rumah… nanti bila kahwin dia nak madu aku ajar aku…
Aku macam… biar betik mat? Kau nak orang yang baru ajar aku yang dah bertahun kahwin dengan kau macam mana nak layan kau? MEMANG TAK LA DERRR!!
Bila aku mengamuk, dia kata dia terkejut… sebab memang betul aku pernah je cakap kat dia suruh kahwin lain… ni masa sex drive aku memang low sebabkan PCOS dengan endometriosis…
Tahun lepas ada jumpa doktor dah… dan aku rasa tahun ni aku makin ok… aku makin better… alasan suami aku ni sebab kesian kan aku asyik sakit je, so nak kahwin baru boleh share beban aku dari segi nafkah batin…
Kawan-kawan kat sini tolonglah cakap aku ni overreacting ke? Aku bukan tak cuba nak buat apa suami aku nak… aku cuba… tapi sebabkan PCOS aku cepat penat, cepat letih… dan aku kena masuk office hari-hari… suami aku seminggu 2–3 kali je masuk office…
To me it’s fair… tapi kalau dia tak larat, bagitahulah aku buatkan… ke bagi korang fair untuk suami aku kahwin lain? Kalau dia nak kahwin lain, aku tak nak share… sakit weh kena kongsi kasih… sakit weh kena hadap gosip family (lagi-lagi family aku kuat gosip)…
Aku ni fail ke as a wife? Aku tak layak ke untuk dimaafkan lagi? Tolonglah, dah seharian aku menangis… tanpa henti… fikir sikit menangis… fikir sikit menangis… bengkak dah mata ni pun…
Sekian,
– Lola (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
ko tu pun bermasalah, malas….
Suami dah tegur banyak kali tapi kau yang ambik mudah. 3 tahun dah kahwin tapi tak ubah perangai lagi. 3 tahun tu bukan kejap. Lama dah suami tu bersabar. So this one is on you sis..
Bior la dia kawin, ko takyah pening nk fikir masak apa, kemas rumah semua. Dia boleh balik rumah yg dia suka. Selagi semua nafkah ko ok, ko takyah serabut. Lagi best ada somi on off neh. Pompuan je pelik nk kontrol suami dalam kain. Bg je dia kawen lain. Takde hal pon
eloklah diceraikan waanita pemalas macam lola ni, jadi bini pun takde fungsi. sudah ditegur tiada ambil kisah. sila meninggal la dengansakit ko tu.
sayangku lola..stop crying..jgn terlalu memikirkan apa kesilapan2 lola yg membuatkan suami minta utk khwin lain..lelaki bila dia berkehendak mcm2 alasan akan dia cipta utk keadaan menyebelahi dia..sayang diri sendiri. klu sakit kita ubati. klu boleh stay dlm rumahtangga bersama suami silakan..klu rasa xboleh..keluar dr hidup dia..dlm dunia ni banyak pilihan kita ada. jgn sempitkan..jgn pernah menyalahkan diri sendiri..xada sesiapa pun di dunia ini yg sempurna..anggap saja ini dugaan rumahtangga lola..mana yg boleh dibaiki..cuba baiki..samada bersama dia atau org lain nanti..yakinlah masa akan merubah segalanya..lalui hidup ini dgn sabar dan tenang..luv
kali ni saya terpaksa menangkan pihak suami.. bang..kawin lain jek bang.. approved
Ko tak overreact. Cuma realiti yang kau terlepas pandang, Meleis ni perempuan kawen kena jadi hamba lelaki. Kemas rumah and masak tu Islam kata peranan lelaki, tak mampu lelaki kena hire maid. Isteri kena layan suami je.
Tapi Melayu kata isteri wajib kena penat demi lelaki, tak penat kira isteri tu berdosa besar. Bab bersama, kalau ada sakit patut jadi tak wajib.
Allah Maha Adil. Tapi tu lah Meleis kan, hukum bersama jadi wajib tak kira keadaan isteri, selagi suami nak.
Di nusantara, suami is King, isteri is Servant tak berbayar. Actually, isteri tu hamba yang kena bayar dan wajib berkhidmat. Anjing pun tak perangai camni. Sebab tu lagi untung perempuan bujang. Bebas dari ditindas dan banyak duit
BYK SGT LA ALASAN KO NI. ASEK NK TGGU2 SAMPAI BILA?LAKI CARI BETINA LAIN BARU NK TERSEDAR?? LAKI KO PUN SATU, DA TAU BINI JENIS DEGIL PEMALAS SURUHLA BEHENTI KEJA JAGA RUMAH JAGA LAKI. DUA2 X SEFAHAMAN ELOKLA BERPISAH
Wow.. banyaknya komen toksik.
Ginilah TT.. kalau suami boleh listkan 1001 kesalahan TT, TT pun boleh listkan juga 1001 kesalahan suami. Rumahtangga ni dibina bukan untuk kebahagiaan sebelah pihak je.
Orang yg tengah mabuk cinta ni, usah dihalang. Biarkan dia nak kawen.
TT fokus lah cantikkan diri luar dalam. Cari bahagia sendiri tanpa harapkan orang lain. Samada sendiri atau bersama, TT lebih tahu jalan mana yg lebih sanggup ditempuh.
Sebaik2 cinta adalah cinta pada Yang Esa. Carilah cinta Dia, nescaya penghuni alam ni akan turut mencintai TT.
Bangun! Seka air matamu! Alang2 nak menangis, biar tangisan itu mampu memadamkan api neraka!
Eh, banyak sangat komen toksik. Diorang ni tak terbaca ke part pasal Lola ada endometriosis dan PCOS? Mereka ni fikir ni sakit biasa ke? Hello??? Mereka nak kena penyakit ni sendiri baru nak faham ke rasa sakit macam mana??? Do you think senang ka nak buat kerja dengan ada penyakit macam tu? Memang salah Lola tak masak dalam rumah, tak bersihkan rumah… Tapi tak boleh juga 100% salahkan dia. Dia pun dah cakap dah tanya suami, nak masak makanan di rumah ke tak. Suami pun tak pandai buka mulut bagitahu perkara sebenar. Sudah la nak kahwin seseorang selepas berjumpa sekali. Belum tentu bakal madu itu baik. Kalau perempuan tu baik kenapa nak kacau juga laki orang? Kenapa tak tunggu mereka bercerai dahulu? Kalau perempuan itu baik, dia akan berasa bersalah atau segan dengan laki orang walaupun halal berpoligami.
Apa yg laki kau rasa tu valid. Sebijik apa yg aku rasa dkt laki aku sbb dia pun spesis mcm kau. Kau ckp kalau penat boleh bagitau?? Dah tua bangka pun tak kan tiap kali kena suruh bagitau? Bukan budak kecik.. alasan dah terbiasa dari kecik rumah bersepah? So benda tak betul tu kau nak keep continue buat jgk? Mana maunya weh.. Dah kawen ni kena teamwork. Laki kau baru 3 tahun pun dah tak boleh tahan dgn perangai mls kau tu. Dia sorg je dok buat. Cuba lah berubah sikit2. Ambik helper on weekend kemas kan rumah. Try masak simple2 dulu. Bancuh kan air untuk dia ker. Tgok laki kau tu cair ke tak.
sudah terhantuk baru nak tengadah. time tu la baru nak cantikkan diri bagai.
sempat plak tu salahkan laki balik tak tengok diri sendiri
dalam hidup asyik me me me aje….
orang lain semua salah
ENGKAU BEKERJA, JADI JELAS KAU ADA JASA BAYAR BIL DALAM RUMAHTANGGA, JELAS JUGA SUAMI KAU BUKAN FULLY PROVIDER. TAK HIDUP DIA KALAU KAU TAK TOLONG BAYAR BIL. ENGKAU ADA PCOS, JELAS ALASAN KAU VALID MUDAH LETIH.
JUJUR AKU CAKAP, FOKUS JER KAT DIRI KAU.
KAT MALAYSIA, LELAKI MELAYU MOSTLY BINGAI, SUKA POLY, SUKA BERCERAI ALASAN TAK MUNASABAH, JENIS TAK ADA SIFAT SABAR, ADA KES BINI BASUH BAJU WAKTU MALAM PUN DICERAIKAN. BINI TAK PANDAI BERFESYEN PUN DIPOLY KAN, ALASAN TAK BERAKAL.
TAK MACAM PEREMPUAN MELAYU NAK BERCERAI SEMUA ALASAN SOLID, SUAMI DAH 7 TAHUN TAK BAGI NAFKAH, SUAMI DAH CURANG 9 KALI, SUAMI PUKUL HARI HARI, SUAMI SEXUAL ABUSE ANAK. SUAMI TAK MAMPU TAPI SIBUK NAK POLY. SEMUA ALASAN PEREMPUAN LOGIK. TAK ADA ALASAN BODOH, TAK ALASAN TAK BERAKAL. SEMUA ALASAN KUKUH.
JADI PESANANNYA FOKUS DEKAT DIRI KAU JER. LELAKI SERUPA GINI KAU NAK AJAK MENUA BERSAMA. LAMMMMBEEEEERT LAGI. FOKUS KAT DIRI KAU DAH. JANGAN NAK PENING, MASA BERCINTA SEMUA KEKURANGAN KAU DIA TERIMA. BARU BERUMAHTANGGA SETAHUN JAGUNG, TAK SAMPAI 5 TAHUN PERANGAI DAH SERUPA MONYET.
ALAMATNYA SAMPAI TUA KAU KENA KERJA TOLONG DIA SETTLE KAN BILL, SAMPAI TUA SAKIT KAU TAK SEMBUH. DIA TAK NAK LETGO KAU SEBAB DIA TAHU KAU SAKIT PUN MASIH KERJA, MASIH TOLONG FINANCIAL DIA.
JADI FOKUS KAT DIRI KAU JER.