Aku & Beauty Privilege

Korang pernah tak dengar frasa ‘Beauty privilege’. Haaa, di sini aku nk ber cerita sikit tentang isu ini. Apa it beauty privilege?

Beauty privilege nie adalah kelebihan yang diperolehi oleh orang yang ada rupa iaitu perempuan yang cantik dan lelaki yang handsome.

Ok, apa kelebihan yang mereka terima? Boleh jadi dalam bentuk treatment, peluang pekerjaan, diskaun dan macam macam lagi.

Contohnye, kalau dalam kelas, ada pelajar yang cantik/ handsome sesetengah cikgu (tak semua ye) kita boleh nampak beza layanan dan perhatian yang mereka berikan kepada pelajar ini.

Kalau pelajar lain tak bawa buku, mungkin kena denda berdiri, tapi pelajar ada rupa nie, mungkin just kena remind dengan cara elok dan kadang-kadang cikgu buat buat tak nampak pon yang mereka tidak membawa buku.

Kalau di universiti, pelajar yang ada rupa nie lebih mudah untuk dapat respon daripada pensyarah berkenaan assignment dan tak mustahil juga mungkin boleh dapat tunda tarikh hantar assignment kalau mereka pandai beri alasan dengan pensyarah.

Kalau interview kerja pula, katakan lah ada 2 orang calon berkaliber, sama lulusan dan kebolehan. Tapi seorang ada rupa yang sorang lagi tidak. Yang ada rupa lah yang akan dipilih bekerja kerana rupa paras mereka yang menarik lebih mudah memenangi hati bakal majikan.

Kalau nak beli barang pula, tawar menawar lebih mudah untuk golongan ada rupa nie menangi berbanding golongan yang kurang rupa.

Begitulah juga kalau golongan yang ada rupa buat suatu kesalahan, masyarakat juga lebih mudah memaafkan dan melupakan berbanding golongan yang kurang rupa yang buat salah.

Malah, ada kalanya masyarakat akan lebih menghakimi dan menghukum golongan kurang rupa ini. Segala-galanya dipengaruhi oleh rupa paras seseorang itu.

Haaa, dah jelas dah. Ok di sini aku nak share pengalaman aku mendapat treatment yang berbeza sebagai seorang yang biasa biasa saja.

Aku bukan tak puas hati ye dengan golongan yang ada rupa, aku just nak share pasal perkara nie as an info buat semua yang beauty privilege nie real.

By the way, aku nie kategori biasa biasa saja, tapi bila bersolek dan pakai cantik cantik tu boleh la tahan, hehe. Aku juga tidak melihat diri aku sebagai tak cantik di mata aku, pada aku, aku cantik dan aku gembira dengan diri aku.

Cuma baru baru ini aku ada terlihat video di youtube tentang orang yang share berkenaan mereka didiskriminasi kerana paras rupa. So aku pon cuba la reflect balik hidup aku, ada tak aku di layan berbeza kerana paras rupa.

Baru aku perasan ada. Haha… selama nie aku tak sedar weh. Ok, aku akan ceritakan peristiwa nya.

Peristiwa 1

Masa nie umur aku 12 tahun, ingat lagi. Masa tu kenduri kahwin ibu saudara ku dan aku bertugas sebagai gadis pemberi bunga telur bersama sepupuku.

Nie mase zaman bagi bunga telur lagi tau. Catering pon makan berhidang lagi time nie. Ok, aku dengan sepupu aku nie memang beza.

Aku badan kurus kering sampai melengkung sikit badan, kulit tan, wajah serius dan jenis gadis yang awkward sikit, hehe. Bukan awkward yang freaky tu ye, just awkward yang kalut kalut sikit tu.

Sepupu aku, pergh lawa gile! Body dia kurus tinggi dan cutting badan yang mengiurkan walaupun sebaya dengan aku.

Time nie dia dah akhil baligh aku rasa, so body of a young lady tu dah ada. Kulit cerah kuning langsat, wajah cantik Chinese look, rambut ikal mayang, berperwatakan lemah lembut feminin gitu.

Time nie catering ramai budak remaja lelaki. Masa dorang tengah hantar lauk ke meja, ada la sorang mamat nie, bergurau gurau sekejap dengan sepupu aku tu.

Sepupu aku nie walau lawa, dia bukan jenis gedik gedik ye. Dia just dengar saja dengan muka yang blur apa yang mamat tu guraukan.

Aku tak ingat la tentang ape dia bergurau tu sebab dah lama kan. Masa tu aku pon nak join la sekali dorang bergurau, so aku pon menyampuklah sikit tokok tambah apa yang mamat tu guraukan. Korang tau apa jadi.

Serta merta mamat tu terhenti bercakap, pandang aku dengan muka serius dan tak suka, dan terus berlalu pergi. Kahkahkah!

Aku terkejut jugak time tu. Apsal mamat nie. Tapi sebab aku tak faham yang ini ada kaitan dengan beauty privilege, so aku takde le terasa apa apa.

Cuma aku pelik saja, kenapa dengan mamat nie. Sombongnye dia dengan aku, aku bergurau saja pon.

Sekarang bila aku reflect balik, baru la aku sedar yang ianya berlaku kerana beauty privilege yang ada pada sepupu aku. Aku yang tak beauty nie dianggap pengacau saja time tu.

Oh, mamat tu, tak handsome langsung pon ok. Muka macam rumah tak siap, serius.

Bukan aku sengaja nak kutuk dia ye, memang dia sendiri pon takde rupa. Tapi tak sedar diri dan layan orang perempuan berdasarkan rupa. Kesian. Moga dia diberi kesedaran suatu hari nanti.

Peristiwa 2

Ini berlaku time kolej. Masa nie aku dengan kawan aku tengah tunggu order tapau kitaorang dekat kedai makan.

Ok, kawan aku nie seorang yang cantik dan comel at the same time. Tubuh kecil molek dan kurus saja macam aku. Tapi dia cantik, kulit halus licin kot. Tak pakai make up pon cantik, weh.

Masa nie hujan renyai renyai. Ada seorang mamat kerja ambil order kat situ. Muka boleh tahan la jugak. Meja dekat kedai nie bukan dekat bawah bumbung ye. Dia dekat area open air dan setiap meja ada peyung besar gitu.

So mamat nie nak ambil order di meja lain, dia pon bawalah payung sekali. Masa dia nak hantar order dekat tukang masak, dia lalu le dekat meja aku.

Tetibe dia berhenti tanya pasal order kitaorang. Kawan aku pon jawab lah yang kitaorang tengah tunggu tapau dan apa yang kitaorang tapau tu.

Mamat tu pon kata yang tapau kitaorang dah siap dan ada di meja cashier. So mamat tu offer nak payungkan kawan aku untuk pergi ke meja cashier sebab hujan, kawan aku pon pergi le tinggal aku sorang sorang kat meja tu.

Ok, kenapa aku tak join payung tu sekali. Haha, sebab aku mati mati ingat mamat tu akan datang balik nak ambil aku. Kahkahkah! Punye la bendul aku time tu. Serius aku ingat gitu korang tau tak. Last last, aku tengok kawan aku dari jauh, kawan aku tengok aku.

Mamat tu pon tengok aku jugak, tapi buat bodoh saja la lepas tu. Kelakar gile bile aku ingat balik. Macam mana lah aku boleh confident mamat tu nak datang balik ambil aku. Adoyai! Berangan banyak aku nie. Aku ingat mamat tu being a gentleman dekat kitaorang.

Rupanya dia hanya gentle dengan kawan aku saja sebab kawan aku ade rupa. Masa jadi nie memang aku tak sedar langsung yang ianya jadi sebab beauty privilege. Tapi sekarang bila aku reflect balik, baru aku perasan semua tu.

Peristiwa 3

Ok,ini kes beauty privilege yang paling ketara sekali dan memang aku terasa la jugak sebab time nie aku dah ade awareness sikit sikit pasal beauty privilege nie. Masih time kolej.

Satu hari nie ada la orang luar datang kolej aku nie untuk promote sukan kriket. Semuanya lelaki berbangsa India.

Kenapa aku highlight bangsa di sini, jangan fikir bukan bukan ye. Nanti di penghujung peristiwa nie korang akan tau sebabnya.

So, setelah lama dan penat ceramah dorang buat demonstrasi pula. Demonstrasi cara pukul bola, tangkap bola, kejar bola dan macam macam lagi.

Sampai lah satu masa nie, dorang tunjuk cara pukul bola guna bat kriket tu secara individu. Kitorang kena beratur dan hanya boleh tengok sahaja cara dorang pukul bola tu,tapi kitaorang tak boleh try untuk pukul ye.

Masa nie aku beratur di belakang roommate aku. Ok roommate aku nie kalau league orang cantik cantik nie kira perfect 10 la.

Memang cantik gile! Putih melepak, macam kulit mat saleh tu. Bibir dia memang merah naturally bak delima. Body athletic sebab dia wakil kolej main badminton.

Roommate aku nie, mana dia pergi orang lelaki tak sah tak pandang.

Dia pergi library duduk kat meja cari buku dalam beg pon budak laki kat meja sebelah tengah bincang bincang boleh jadi pin dropped silence kau sebab semua tengok dia. Peeeergh! Mantap kan aura beauty roommate aku nih.

Ok, time nie giliran roommate aku tengok demonstrasi. Korang tau, lepas mamat India tu demonstrate, dia. siap offer kawan aku untuk try pukul guna bat tu.

Aku kat belakang nie macam, ‘Aik! Bukan boleh tengok saja ke???’ Dalam hati la. Masa nie aku dah mula ada awareness sikit sikit tentang beauty privilege nie.

So aku saje nak test mamat India nie. Masa giliran aku, mamat nie demonstrate macam biasa. Habis saja dia demonstrate, aku pon tanya ‘Can i try?’.

Korang tau apa jadi. Dengan tak pandang muka aku langsung dan nada suara yang tak friendly, dia cakap ‘No!’.

Peeeergh! Tak aci weh! Roomate aku dapat try, aku tak dapat. Aku teringin juga nak try hayun bat tu. Walau aku kurus, urat dawai tulang besi okeh! Haha!

Ok, aku highlight bangsa mamat nie bukan sebab aku nak naikkan isu rasis ye. Tidak. Point yang aku nak highlight kat sini adalah, beauty privilege nie merentas bangsa.

Tak kira kau bangsa apa, dari mana, apa jua latar belakang kau, asalkan kau ada rupa, ko memang boleh mendapat beauty privilege tu.

Walaupun pada ketika itu kau dan orang yang melayan kau tu berlainan bangsa dan latar belakang. Di sini dah terbukti. Itu point aku sebenarnye ye. Ok, clear dah.

Ok, konklusinya beauty privilege is real. Aku dah rasa sendiri tempiasnya sebagai seorang yang biasa biasa sahaja. Tapi korang jangan risau, aku still lihat diri aku cantik. Malah aku sedang dalam proses transformasi diri. Doakan aku berjaya ye.

Kalau korang baca confession aku nie dan korang juga pernah ada pengalaman dengan beauty privilege nie share lah dekat ruangan komen.

Tak kisahlah korang sebagai penerimaan beauty privilege atau seorang yang didiskriminasi kerana beauty privilege tu. Just share saja pengalaman korang. Aku teringin nak baca.

Ok korang, itu saja daripada aku. Semoga kita semua berada di bawah lindunganNya, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

– Powwerrpuff Gurl (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *