Assalamualaikum. Harap admin post confession saya. Tak tahu nak luahkan dekat siapa. Jadi saya rasa ini platform yang baik untuk saya luahkan. First of all, ni benda penting saya bukan warganegara Malaysia.
Spm aku dapat 2A je. Aku budak aliran science sebab aku minat sangat dengan science terutama biology. Masa tu memang kecewa sikitlah. Tapi aku cuba positivekan diri. Today is your day tomorrow will be mine. Always see someone below you not above you.
Aku fikir nak sambung belajar kat mana. Lastly, aku ambil keputusan nak ambil STPM. Ya, STPM. Ramai yang aku pernah dengar STPM ni bazir masa itu dan ini. Tapi aku rasa itulah keputusan yang terbaik. Masa tu family aku punya financial problems memang banyak. Jadi aku yakin dengan keputusan aku. Tapi aku tak dapat tawaran ambil STPM sebab bukan warganegara. Tapi ayah aku bersusah payah ulang alik ke sana dan sini supaya aku dapat surat tawaran masuk form 6. Dan Alhamdhulillah akhirnya dapat. Hari pertama sekolah aku pergi dengan ayah aku. Dah pergi office tunjuk surat dan sini yang berpatutan. Dan penolong tingkatan 6, cikgu tu tengoklah result spm aku. Aku ingatla lagi ayat tu. ” Awak tak ambil add math masa form 5 macam mana awak nak buat math tingkatan 6? Saya rasa awak tak perlu masuk aliran sains.” Ya aku drop add math masa form 5 sebab aku tak mampu. Masa tu aku diam je tak jawab apa2. Rasa nak menangis pon ada. Lepas tu aku dah official jadi budak form 6 aliran science. Ayah aku cakap ” tukar aliran.” Aku jawab. ” Saya suka science.”
Dan hari berlalu. Exam semester 1 dah datang. Aku jawab setiap paper memang tak confident langsung. Ya Allah. Susah sangat. Tengok2 result pon keluar aku lulus pengajian am sahaja tu pon dapat D je. Memang aku menangis lepas balik. Aku cakap dekat mak aku. ” Mak, saya nak berhenti form 6. Susah. Saya tak mampu.” Mak aku jawab ” habis kan apa yang awak mulakan.” Aku diam.
Aku berazam nak belajar elok2 untuk semester 2. Aku buat sedaya upaya. Result keluar biology B- yang lain semua fail. Aku menangis kat class sebab gembira. Biology aku lulus tu je aku fikir masa tu. Tapi syarat nak dapat sikit STPM pengajian am kena lulus. So aku daftar untuk repeat pengajian am. Tapi aku tak repeat sem1 sebab aku tak mampu. Aku paling lemah subject chemistry dan mathematics T. Jadi most of the time saya focus dekat biology.
Hari bertukar minggu. Minggu bertukar bulan. Pejam pelik. Exam semester 3 dah datang. Masa jawab exam aku dah tahu confirm fail. Paper biology pon susah. Repeat paper pengajian am aku buat yang terbaik mungkin . Sepanjang cuti tu aku asyik fikir pasal nak sambung belajar mana. Maklumlah aku duduk rumah je.
Masa tahu March 6 result keluar berdebar-debar. Dan akhirnya hari result keluar pon tiba. Memang nervous sangat. Aku pergi dengan ayah aku untuk ambil result. Ayah yang koyakkan surat tu. Ya Allah. terkejut aku. Pointer 1.33. Yang aku aim at least dapat 1 pointer. .sebab STPM memang susah. Aku rasa gembira gila bila tengok result aku.
Look someone below you not above you. Aku selalu inga ayat itu. Result aku memang tak berapa okay. Tapi hanya Allah je tahu betapa susahnya apa yang aku lalui. Aku hanya nak cakap satu benda. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan dengan apa yang kita dapat. Sebab ramai dekat luar tak ada apa yang kita ada.
Memang dalam hidup ni banyak benda susah. Tapi ingat ni Allah takkan membebani hamba-Nya.
Itu sahajala aku nak share. Harap sangat admin post confession ini.
– N Rai
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Boleh tau tak dengan result 1.33 dapat tak sambung belajar…