Aku Bekas Lesbian

Seperti tajuk. Yaa aku bekas lesbi4n yang telah bertaubat.

Apa yang akan aku ceritakan bukan untuk normalisasikan “Pelangi”, jauh sekali untuk berbangga. Tapi mungkin ia memberi pengajaran.

Aku seorang perempuan yang dari kecil agak boyish.

Aku tak suka dan tak pandai berpakaian wanita. Walaupun sekarang aku sudah berkahwin dan mempunyai anak, aku tetap tak pandai nak dress up ala-ala wanita cantik gitu.

Aku juga bersekolah wanita dari sekolah menengah. Ramai yang tahu di sekolah perempuan banyak kan kes Lesbi4an? Tapi aku tidaklah begitu.

Walaupun aku suka tengok perempuan cantik, aku tak pernah ada girlfriend semasa bersekolah. Kawan baik ada lah. Tapi kawan je lah. Aku tak pernah terfikir untuk lebih jauh dari itu.

Aku seorang perempuan otak suci sebab aku tak pernah tahu apa itu sexs. Jadi bila berkawan rapat, memang berkawan lah. Takda apa yang pelik.

Semuanya bermula ketika di universiti. Aku ni rajin join program usrah. Masa tu aku dah naik pangkat jadi kakak usrah lah.

Usrah ni kalau sesiapa pernah join, sebenarnya nak tarik mereka ikut jemaah. Siapa yang tahu tu tahu lah. Aku takmau cerita lanjut sebab tiada kaitan dengan tu.

Cuma bagaimana aku bertemu dia, aku namakan Merpati adalah melalui usrah. Aku nak tarik dia join usrah.

Bila nak tarik maudhu, kita kenalah tunjukkan akhlak yang baik kan.

Jadi, aku mula rapat dengan Merpati. Takda transport nak balik rumah sewa, aku tolong hantarkan. Takda transport nak datang usrah, aku tolong hantar dan ambil.

Merpati ni seorang perempuan yang agak polite, lemah lembut. Tak macam aku yang ganas macam lelaki. Tapi.. tak sangka.. polite² itu lah yang menyebabkan aku terjerumus dalam kancah kehinaan.

Kami jadi semakin rapat. Kemana sahaja berdua. Study berdua. Makan berdua. Segalanya berdua. Alaa kawan baik kan.

Sehinggalah pada suatu hari, aku ikut dia balik kampung.

Biasalah tidur sekatil. Sebagai perempuan sesama bujang, tiada apa yang pelik.

Tapi, pada malam yang gelap itu Merpati datang semakin rapat menghimpit diriku. Tangannya merayap merata.

Aku terlalu naif kerana aku tak tahu itulah cubaan melalukan sexs. Aku pula kononnya tak sampai hati nak tolak sebab takut dia merajuk.

Maka, malam itu terjadilah benda ringan-ringan.

Keesokkan harinya, dia cuba semakin jauh.

Aku ni terlalu bodo kerana diamkan je.

Akhirnya perkara ini berlarutan bertahun-tahun lamanya.

Tiada siapa yang syak sebab biasalah rapat sebab BFF kan.

Setiap kali melakukan itu, aku selalu terbayangkan di akhirat nanti katil, meja, almari, buku² dalam bilik tu semua akan menjadi saksi atas kemaksiatan ini. Aku sedar semua ini salah. Tapi benda ini semakin jauh hingga ketagihan.

Aku tahu buat maksiat begini 40 hari Allah tak terima ibadah. Sia-sia solat, baca quran tapi buat maksiat kaum Luth. Allah..teruknya aku.

Si Merpati tak pernah rasa bersalah. Dia sentiasa salahkan aku. Katanya aku yang salah sebab tak tolak dia. Yerlahh perempuan semuanya betul, tak pernah salah.

Merpati ni sebenarnya seorang perempuan yang sangat emo dan suka mengongkong. Makin lama aku berkawan dengan dia, circle aku makin kecil. Kemana-mana wajib bersamanya.

Aku tak boleh berkawan dengan orang lain dah. Hanphone aku pun dia stalk. Kalau tak ikut cakap dia, dia meroyan macam perempuan gil@. Tapi kami terlalu jauh dalam cinta haram sentiasa aku sukar nak tinggalkan dia.

Aku selalu doa salah seorang dari kami yang akan kahwin dulu supaya dapat terpisah. Aku nak sangat bertaubat.

Orang tengok kami tudung labuh. Tapi kami sangat jijik.

Akhirnya Melati di propose oleh seorang lelaki. Tak lama lepas tu dia kawin.

Walaupun dah berkahwin, kami masih jumpa hari-hari sebab dekat. Tapi dah jarang jumpa sebab suaminya nak berkepit dengan dia.

Selepas dia kawin, aku berseorangan. Mula-mula memang sakit kerana aku tiada kawan lain. Makin lama, aku sudah mampu bawa diri.

Pada bulan puasa tu, sebulan aku iktikaf di Masjid. Setiap pagi aku solat Taubat. Ya Allahhhh harap sangat Allah terima taubat aku. Aku terlalu berdosa.

Melati tak berapa suka dengan perubahan aku. Tapi aku biarkan je dia.

Aku tahu, dengan dosa sebanyak ini pasti Allah akan berikan kifarah.

Tepat sekali.

Aku melalui ujian terbesar dalam hidupku. Tak perlu aku ceritakan sebab aku takut orang kenal aku.

Walaupun terlalu sakit hingga hampir depression melalui ujian besar itu, tapi sedikit sebanyak aku lega kerana mungkin Allah telah menerima taubatku.

Si Melati.. Sehingga sekarang dia tak pernah mengaku dosa dan salahnya. Semuanya aku salah. Media sosial dia nampak solehah sangat. Paling terbaiklah.

Hidupnya juga kaya sebagai golongan T20, sedangkan aku masih terkontang kanting mencari sesuap rezeki. Kalaulah orang tahu sebaliknya…

Oh ya, aku dah block no phone dan media sosial si Melati. Selagi tak block, dia akan selalu muncul dalam mimpi aku.

Aku bukanlah orang pertama yang menjadi mangsa Melati. Malah sebelum aku, ada seorang kawan baiknya pernah jadi mangsa. Mereka pernah rapat seperti belangkas.

Sebab itulah sebelum ni aku tanya pasal kawan dia tu, dia taknak cerita. Dia cuma cakap kawan dia jahat tinggalkan dia. Taknak kawan dengan dia. Sekarang barulah aku tahu kenapa.

Kadang-kadang aku terfikir kenapa orang yang buat kita selalu hidup senang, dan kita ni hidup susah?.. Ah..abaikan lah. Yang penting aku dah bertaubat.

Sesekali bila malam, aku terbayang dosaku yang lalu. Ya Allah besarnya dosa aku. Dosa kaum Luth.

Semoga Allah terima taubatku. HambaMu yang hina lagi penuh dosa.

– Orkid (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Merpati ke Melati..? Tak kisahlah kan, org yg sama je.. Alhamdulillah, awak dah sedar n nmpak sedikit sebanyak jln utk bertaubat, mnyesal dgn prbuatan yg lalu, rasa ‘jijik’ dgn dosa tersebut n jgn ulangu lg.. tentang Allah SWT terima atau x taubat itu hak Dia kan, yg penting awk dah usaha ke arah itu, cuma kna istiqomah.. tentang nikmat yg Allah beri, jgn terkeliru, x mustahil, kdg2 nikmat kekayaan yg kita nmpak pd org lain itu “istidraj”, klaw mmg dia x diberi hidayah utk berubah.. bertabahlah dgn ujian dari-Nya.., sdgkan Nabi yg jd ‘kekasih’ Allah itu pon diuji, apatah lg kita hamba-nya yg bnyak dosa, mngkin juga itu kifarah yg boleh menghapus dosa n mnyucikan diri kita, so sentiasa syukur n sabar selalu.. Wallahua’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *