Assalamualaikum. Ini adalah cerita aku, cerita seorang bekas penghuni tirai besi. Serba sedikit tentang aku. Aku seorang lelaki, berusia lingkungan 30++, pernah bekerja di sebuah pasaraya sebagai cashier supervisor di Kluang. Tapi, aku tinggal di Batu Pahat.
Bayangkan kena berulang alik antara dua daerah hampir setiap hari dan ini membuatkan aku penat, letih dan kos kewangan aku tidak stabil. Ini juga yang menyebabkan kenapa aku berada di dalam ‘tirai besi’.
6 Januari 2023, tarikh aku serah diri di Balai Polis kerana jenayah yang aku lakukan. Sejak dari tarikh itu, aku tidak tahu lagi apa yang berlaku di luar ‘tirai besi’. Aku disabitklan atas kesalahan yang sememangnya aku lakukan.
Kenapa aku serah diri? Sebab aku tahu, kalau polis cari aku kat rumah, keluarga aku akan malu dengan jiran-jiran yang agak ‘kepochi’. Maklum la zaman sekarang orang nak tahu cerita-cerita gosip nie.
Aku kena tahan reman selama 3 hari. Selama 3 hari tu, aku muhasabah diri. Fikirkan apa yang aku lakukan selama ini berbaloi atau tidak. Kadang aku menangis, kadang aku duduk termenung pikirkan diri. Makan pon tak lalu.
Ringkaskan cerita, selepas 3 hari aku ditahan reman, setelah dihadapkan di mahkamah, aku dibawa ke penjara satelit (Ledang).
Sebelum dibawa kesana, aku sempat bertemu depan mata dengan keluarga aku. Air mata jangan tanya la. Berjujuran bila aku tengok semua keluarga aku ada didepan mata. Semua ada kecuali adik yang bongsu (study kat Sarawak) dan adik ipar (bekerja).
Itulah kali terakhir aku dapat lihat mereka sebelum aku dibawa pergi. Lama jugak nak tunggu 1 tahun sebab aku dijatuhkan hukuman selama 1 tahun ngam.
Hari aku dibawa ke Ledang, aku dibawa dengan menggunakan lori polis. Sampai disana, aku bersama dengan mereka yang ditahan di arahkan buat ‘squat’ sebanyak 30 kali tanpa henti sambil berbogel. Nak kata malu ke tidak jangan ditanya. Aku pasrah sahaja ketika itu.
Menurut pegawai disana, ‘squat’ tu dibuat sebab nak tengok kita ada bawak barang terlarang atau tidak di bahagian kemaluan. Aku iyakan sahaja sebab aku pun hanya bawa IC saja.
Selepas proses pendaftaran, aku bersama mereka yang lain diberikan barang keperluan yang seadanya (1 kole, 1 selimut dan 1 persalinan putih). Kami semua ditempatkan di sebuah dom yang memuatkan hampir 100 orang.
Bayangkan keadaan toilet yang tiada pintu, tidur tanpa alas (hanya alas mozek) dan makanan yang dicatu. Aku rasa macam nak nangis pon ada. Yela, aku tak biasa dengan semua ni. Kalau ade pon, masa PLKN dulu. Itupun tahun 2006. Dah lama sangat.
Aku di Ledang hanya 2 minggu sahaja. Tapi 2 minggu yang aku tak akan lupa. Aktiviti kami setiap hari, bangun pagi tuk solat Subuh.
Selepas tu, ‘muster’ pagi (perhimpunan) kemudian sarapan. Selepas sarapan, ikotla nak buat apa. Nak tidur ke apa ke terpulang. Janji jangan membuat huru hara sahaja.
CCTV berlambak sampai dalam toilet pon ada. Nak buang air pon rasa macam diperhatikan. Dalam pukul 11 pagi, makan tengah hari sampai. Beratur nak ambil. Kalau potong barisan, memang kena la. Kemudian standby tuk solat Zohor dan ‘muster’ tengahari pula.
Makan malam diberi pada pukul 4.30 petang. Kemudian solat Asar dan ‘muster’ petang. Solat Maghrib dan Isyak dan last sekali ‘muster’ malam lebih kurang pukul 9 malam. Selepas itu, semua diarahkan tidur.
Tapi nak tidur macam mana kalau lampu 24 jam terpasang. Nak tak nak kena la tidur. Bayangkan tidur takde bantal. Kole buat minum tu dijadikan bantal. Memang sangat tak selesa.
Area Ledang nie area bukit bukau. Jadi memang malam akan sejuk giler la. Dengan tidur alas mozek yang sejuk sangat sampai mencengkam tulang.
Baju pula dapat 1 jer itupun kena pakai sampai dibebaskan. Nak basuh baju pon kene pikir, ade ke baju nak tukar. Taknak pikir banyak-banyak, aku pakai jer baju tu selama 2 minggu. Nasib 2 minggu, kalau sebulan atau 3 bulan, tak ke berbau baju tu. Aku pasrah.
Bahagian makanan pula, seorang akan dapat sebungkus nasi campur (nasi + sayur + ikan atau ayam) yang tiada rasa. Sehari 2 kali jer makan nasi.
Rasa masin dan manis terus hilang. Ni yang menyebabkan aku turun berat badan (nanti aku cerita next part). Sepotong buah samada jambu batu atau pisang. Air pula, hanya sarapan jer dapat air teh o atau kopi o. Selain itu, guna la air tapis yang ada.
Dengan keadaan makan yang tidak mencukupi, memang akan menyebabkan pergaduhan. Aku jenis tak kisah pasal makan, terima jer seadanya. Janji dapat hilangkan rasa lapar tu dah cukup.
Kalau time bubur, memang akan dapat seorang setengah kole (bubur nasi atau bubur kacang). Juga tiada rasa. Macam telan air dengan nasi kosong jer.
Nak dijadikan cerita, genap 2 minggu aku di Ledang. Kemudian aku di tempatkan di penjara Kg Gajah (boleh google kat mana).
Sehari sebelum berangkat, dom kami dikenakan hukuman. Seorang salah, satu dom kena. Apa kesalahannya biarlah aku tak ceritakan. Semua selimut kami dilemparkan ke bahagian luar. Dom kami sentiasa dikunci, jadi segala aktiviti hanya didalam dom sahaja.
Time tu hujan tengah lebat. Dah tentu la selimut tu semua basah lencun. Selepas pujuk rayu dengan pegawai, semua dapat balik selimut tu. Kami satu dom bertungkus lumus nak keringkan selimut tu. Mana yang tak kering tu, nasibla.
Aku pon tidur dengan selimut basah. Sejuk ya amat. Hujan lebat, lantai mozek, selimut basah, kombinasi yang ‘superb’. Nasibla esoknya aku dibawa ke tempat lain.
Penjara Kg Gajah banyak ceritanya. Tapi aku cerita sampai sini dahulu. Nanti kalau ada masa aku akan sambung lagi. Cerita hiruk pikuk di dalam ‘tirai besi’.
– Akira (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
nak lagi cerita mcmni. please cerita bnyk2 lagi bang . tq !
baek la kakak.. abang akan sambung yer.. tunggu…
baek kakak.. nnt abang sambung yer.. tq kerana sudi baca..
Next part pls… Xdpt sy bygkn bgaimna suami sy lalui keadaan yg sama..
Best cerita ni.rasanya ini pengalaman y berharga bagi mereka y inginkan perubahan.tak puas baca..