Hai assalamualaikum. Thanks admin kalau siarkan kisah aku. Sebenarnya dah lama aku nk confess kisah ni tp tah ah, aku malas sbb aku jenis yg akan cerita sedetail2nya. Tapi aku pikir,mgkin ada yg akan dpt benefit dari kisah aku ni,so why not kan.
Ok sebenarnya to be exact, aku x pernah pon kapel. Sebab apa?? Haa meh nak habaq. Kisah aku ni sebenarnya pasal mak ayah aku. Macam mana aku belajar erti hidup,erti cinta yg sebenar dari mama ayah aku.
Korang mesti tahu kan sekarang tengah kecoh yang kes bini pukul suami dia yg warga emas tu sebab x tahan bau kencing tu kan. So bila aku baca remind aku kat parents aku. Aku baca komen ramai yg ckp hati2 kawin dgn bini muda kalau xnak diperlakukan sedemikian rupa. Okay la ada benarnya tapi dengar dulu kisah yang bakal aku ceritakan ni.
Mak aku masa muda dulu seorang yang sangaaaaaaaatttt cantik la. Ramai peminat. Ayah aku pulak boleh tahan segaknya. Tapi jurang beza umur mak aku dengan ayah aku sangat besar, 21 tahun. Okay so secara ringkasnya, ayah aku kerja yg boleh tahan la pendapatan yg lumayan, barang kemas mak aku usah dicerita, banyak ayah aku belikan. Rumah banglo and what not. Semua benda cukup serba serbi la. Mesti korg pikir mak aku kawin dgn ayah aku sbb duit kan? Not to fast,baca dulu cerita aku.
Disangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari. Ayah aku start sakit lepas mak aku beranak adik bongsu aku. Mula2 tu ayah mcm kena skizo ,selalu nmpk bnde bukan2 and ckp sorang2. Kau boleh bayang depression mak aku alami? Lepas beranak adik aku ayah terus sakit yang teruk.Bila ayah aku dh sakit,dia dah x kerja. And disebabkan ayah kerja bisnes sendiri bukan gomen, so takde nye duit persaraan semua tu. Sejak pada tu, memang sumber pendapatan family kitorang putus. Zero. Ada simpanan tp x lama bertahan sebab kos perubatan bukannya murah.Adik beradik semua 4 org kecik2 lagi. Kau rasa? Makan, minum, sekolah, ubatan ayah? Aku pon x tau mcm mana kami adik beradik survive mampu hidup hingga ke harini. Tapi aku pasti, semua sebab mama. Mak aku x kerja sebab dia ada sakit belakang yg boleh tahan teruk sejak mengandungkan adik bongsu aku. So mak aku selalu nangis, depression mungkin and ayah aku pulak sakit. Tapi aku masatu kecik lagi,bodoh pastinya. Aku x betul2 faham perasaan mak ayah aku.
Ayah aku sakit selama lebih kurang 7 tahun. Mula2 lumpuh setengah badan, kemudian sepenuhnya. Ditambah dengan skizo yg agak teruk. Ok cukup la takat tu korg tau, selebihnya terlalu pahit untuk aku ingat balik. Masa ayah aku sakit mak aku ada la jual kuih2 sikit, tp selalu banyak x habis,so buang.end up untung sikit sngt, x berbaloi dgn letih. Tambah kena uruskan ayah aku lagi.
So tahun 2015, masa ni masa paling tough bagi aku.sebab aku spm.ayah aku pulak start fully strok. Mak aku yg jaga sepenuhnya dari tukar pampers, mandi ayah aku, Kasi susu ikut tiub hidung tu, lap muntah.Kau pikir, pendapatan takde, susu pampers org tua paling kurang habis berapa sebulan? Kau tanya la sendiri sape yg ada pengalaman jaga warga emas. Bila ayah aku strok tu, ditambah teruk lagi sbb ayah aku kena artritis. So tangan and kaki dia bengkok yg teruk and x dapat diluruskan walaupon kau paksa. Tangan belok dkat siku,kaki belok dkat lutut. Tambah tulang orang yg sakit strok sngtlah berat,lelaki pulak tu. Betapa payahnya kalau nk tukar pampers and mandikan ayah aku. Tapi mak aku setia, dia buat semua sorang2. Kami adik beradik ada jugak la tolong, tapi tukar pampers and mandikan mmg mak aku yg buat. Bukantakat air kencing, dengan kudisnya lagi, gelembung2 berair dkat seluruh badan. Kau pikir isteri mana je yg mampu bertahan. Kalau aku di tempat mak aku pon aku x pasti aku mmpu bertahan. Tapi mak aku x, dia tahan,sabar urus ayah aku. Padahal kalau ikutkan mak aku boleh je tinggal ayah aku,cari laki lain sbb mak aku muda lagi. Tapi tak. Dia stay, and jngn tanya aku how and why, sebab aku x kan pernah faham. It is because she is simply amazing.
Tak lama lepastu setahun kemudian,tahun 2016,ayah aku meninggal,just right before aku nak pergi ambik result SPM aku. Malam before,aku jaga ayah aku kat hospital, x henti2 najis keluar. And masatu dh tau tanda2 nya kan. Mata dia x tutup sepanjang malam,x tidur. Tp degup jantung dia still ada. Doktor dh ckp ayah aku nazak,and x bnyk harapan. Tapi aku dh banyak kali hadap doktor cakap mcm tu,sebab ayah aku dh sakit lama. So aku dh ready secara zahir dan batin la. Tup2 pagi tu aku tukar shift dgn mak aku jaga ayah. Aku balik rumah lepas subuh,mandi2. Tak lama kemudian mak aku call. Boleh agak kan ? So aku bergegas pegi hospital balik dgn adik2. Aku x pergi ambik result SPM, ya aku dpt cemerlang. But then takde apa maknanya bagi aku masa tu. So petang tu kuburkan ayah aku. Aku orang last yang tinggalkan kubur ayah.
Ada satu masa aku borak dgn mak aku, kau tau apa yg buat aku nkburst into tears? Mak aku ckp, mgkin ayah aku start sakit dulu sbb ayah aku x beli ubat2 darah tinggi and kolestrol dia. Kenapa? Sebab dia nk kumpul duit mak aku nk beranak. Dushhh I still cry even now. Ayah aku seorang yg sngt bekerja keras,kerja outstation.3 bulan skali mgkin baru balik rumah. Tapi tu semua sbb nk kumpul duit buat mak aku dgn kami adik beradik. So duit simpanan pon kadang ada,kadang takde. Harta yg mana tinggal semua kami jual untuk perubatan ayah masa sakit, and makan kami sekeluarga. You see, betapa kau harini kaya, esok belum tentu. Tapi tu x penting,yg penting how you go through it.
Aku rasa apa yg aku saksikan hanya secebis dari kasih sayang mak ayah aku. Kalau x masakan mak aku sanggup bertahan disisi ayah aku.mesti banyak pengorbanan ayah aku dan mak aku masing2 yg aku x sempat pon nk tahu.Banyak lagi aku x sempat korek dari mereka sebab i was young back then and aku x ambik kisah. How i wish aku dpt borak lg dgn mereka, about life and love. So korang yang still ada mak ayah, boraklah sebanyak yg mungkin. Kau akan belajar bnyk dari mereka.Tapi apapon , i have seen enough and banyak yg aku dh belajar dari diorg walaupon aku masih muda.
Setahun lepas ayah aku meninggal,mak aku pulak meninggal. In.front.of.my.eyes. Sebab? Dia sakit belakang yg teramat,mgkin efek jaga ayah aku. Yelah nak membalik-balikkan tubuh ayah aku masa dia kena strok dulu. Tukar pampers, lap badan ayah aku, sapu ubat. Lebih dari kudrat dia.
Whatever it is, aku bersyukur sebab akhirnya mak dgn ayah aku dah dapat berehat dgn tenang di alam sana. Dah x payah pikir nak besarkan kami adik beradik,x payah pikir pasal x cukup duit,x cukup makan. X payah bersakit2 lagi. Aku harap segala sakit, segala susah hidup yg mereka rasai adalah suatu bentuk rahmat Allah SWT untuk bersihkan dosa2 mereka semasa hayat mereka. Semoga mereka menghadap allah dalam keadaan sebaik2 yang mereka mampu jadi. InsyaAllah amin. Lecturer aku penah cakap, parents yang meninggal tu diorang pulang ke kampung. Nanti kita pon balik kampung jugak di syurga jumpa mereka so x payah sedih2 sangat ek.
Dari mereka aku belajar cinta sebenar. Walaupon allah pinjamkan mereka untuk aku kejap je, tapi aku rasa aku dh belajar apa yg aku patut belajar dari mereka. Sebab tu aku x mudah claim suatu perhubungan tu cinta. Cinta tu suci. Cinta tu pengorbanan. Cinta tu x indah,cinta tu pahit. Tapi kau nikmati kepahitan cinta tu. That’s why love makes you ‘dumb’ i guess.Masa muda,tiada beban,semua pun mampu ada disisi kau. Masa tua? Masa sakit? Masa x punya apa2? Take your time untuk nilai sendiri, life is not a race so no need to rush. Sekian terima kasih yang mana baca smpai habis. Sebenarnya panjang lagi, tp yg mana perlu yg pahit tu biarlah aku simpan buat diri aku sendiri je. Yang mana kawan aku yg rasa mcm tahu aku yg tulis cerita ni, buat2 x tau jelah eh, aku cerita ni cukup supaya org dapat ambik sedikit sebanyak manfaat. Hargai parents, hargai cinta, bersyukur selalu dengan apa yg kau ada sebab yg kau ada x kekal-harta, orang yg kau sayang. They all leave one day.
– Tehah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit