Aku Belum Bersedia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pembaca.

Ini tentang status kehidupan aku sekarang. Aku seorang perempuan, pertengahan 20-an, mempunyai Master’s Degree sejak setahun lalu (graduasi akhir tahun lalu) dalam bidang sains sosial. Aku dikira budak pandai la, exam sentiasa cemerlang, aku nampak macam budak akademik gitu.

Berkenaan dengan diri aku ni, aku tak ramai kawan, kurang daripada 10 orang la kawan aku, kalau ada yang nak berkawan pun, aku seringkali elak sebab aku ni overthinking. Aku takut disakiti and takut akan segala risiko2 dalam kehidupan ni. Kata kunci nya adalah overthinking.

Aku masih belum bekerja smpai sekarang. Orang2 sekeliling asyik tanya bila nak kerja, dah kerja ke, dah lama graduate tapi kenapa belum kerja.

Aku tak kerja tapi aku takda minta duit siapa2 pun, makan pakai aku pakai saving sendiri, cuma tempat tinggal and bil api air phone, aku tumpang rumah parents la.

Ayah aku hidup lagi, dia wali sah and dia bertanggungjawab sepenuhnya la kan tanggung aku anak perempuan dia yang belum kahwin ni.

Kalau aku nak beli apa-apa benda viral ke apa, aku takda minta duit dia pun. Macam tak jauh beza pun kalau aku kerja nnti, aku kena dilindungi dan dinafkahi oleh ayah aku. Duduk dalam rumah parents, aku still takda menyusahkan sesiapa. Kan?

Okay itu bab apa yang aku rasa bila aku tengah menganggur part one. Part two menganggur ni sebenarnya, aku tak bersedia nak hadap dunia luar, dunia pekerjaan. Aku takut, aku risau. Dunia pekerjaan ni kejam kan, perit.

Banyak aku baca luahan2 pasal kerja, tak masalah dengan colleague, akan ada masalah kerja tu sendiri, pengangkutan, penempatan, gaji dan banyak lagi.

Aku duduk rumah, ya adakalanya bosan and orng akan kata nnti skill menurun, otak tepu etc. Bila tengok both side, kerja pun sama, stress juga nnti. Sama je, kerja dengan tak kerja kan?

Aku tau, apa apa pilihan, ini hidup aku, aku yang kena pilih dan tentukan. Masalahnya disini, kenapa orang2 tengok aku macam loser? Lagi2 aku ada Master, orang kata sebelum grad dah patut secure kerja. Hmmm.

Aku takdalah nak laju2 sangat hidup ni. Aku dah penat belajar straight daripada tadika smpai master tak berhenti (lepas degree terus sambung master), so aku macam nak take a break from all the hustle. Tup tup dah setahun, umur aku pulak 20 an. Orang kata prime time gitu untuk career bagai.

Jujur, aku pun rasa ‘kerugian’ tu tapi dalam 30% gitu je. Sebab aku pikir macam ni, kalau aku tak bersedia lagi tapi aku kerja je nanti mesti performance kerja tak bagus sebab mental tak ready. Macam kena paksa.

Even though aku boleh beli apapa sendiri, memang saving tu makin berkurang la and pada status sekarang aku rasa dah ada 60% ready untuk melangkah ke alam pekerjaan tu. Ada dah mula apply sikit2.

Tapi kan, aku insecure, nanti job interview orang tanya gap 1 tahun lepas grad buat apa etc. Boleh ke aku jujur yang aku tak ready kerja? Redflag tak pada bakal majikan?

Pastu kan sebenarnya aku ni tak pandai buat resume yang menarik and takda skill2 menarik. Hanya ada akademik yang bagus je, basic komputer tu tau la. So, lagilah insecure nak apply kerja hmmm.

Aku selalu terfikir jugak, perempuan tak sepatutnya bekerja, kita sepatutnya dilindungi and dinafkahi oleh lelaki. Ayah aku masih hidup, dia la kena tanggung aku, kenapa aku lahir sebagai perempuan kena fikir semua benda2 ni. Tak adil.

Nanti ada la yang kata, belajar tinggi2 pastu taknak kerja buat apa, buang masa. Belajar bukan setakat untuk kerja cik oi. Aku belajar sebab aku nak belajar, sebab rasa nak belajar. Orang lain belajar sebab nak naik pangkat bagai.

Tak dinafikan, sijil tinggi tu boleh membantu dalam career tapi jangan letak benda tu as tunjang utama. Aku ada master tapi takda terkejar2 macam orang lain.

Ye tau orang akan kata, perempuan zaman sekarang kena kerja sebab takda jaminan dengan lelaki. Aku pun ayah aku culas nafkah sejak kecik lagi, tu yang apa apa mostly aku pakai duit sendiri. Yuran master pun sendiri takda ayah aku tanggung pun.

Faham, aku memang faham betul part perempuan kena berduit ni. Deep down, ralat la eh kenapa aku as perempuan lahir zaman lelaki mostly tak bertanggungjawab ni.

Tapi aku takut, aku tak ready nak hadap politik kerja. Belum lagi kalau dah dapat kerja nnti nak kena keluar duit sewa rumah, pengangkutan hari2 pergi kerja naik public transport huaaaa.

Kawan2 aku mostly mak ayah dah belikan kereta, rumah siap semua, phone Iphone silih berganti. Aku ni je takda nak minta2, parents pun takda nak kasi. Adik lelaki aku boleh pula dapat motor sebelum masuk degree lagi hahahaha nampak tak aku ada hold grudge dalam sebahagian hati aku, huhu.

Sekarang ni, aku meluah kat sini, aku sendiri pun taktau aku nak apa hahaha. Maybe anda semua boleh beri nasihat, pendapat untuk aku keluar dari comfort zone and start my life on my own ke macamana? Tapi takuttt hahaha orang kata the beginning is always the hardest.

Aku selalu je pujuk diri sendiri kata yg semua org pun hadap dugaan ujian, im not the only one. Tapi aku kalau jadi apapa, aku kena hadap sendiri, pujuk sendiri, bangun sendiri. Orang lain ada support system yang mantap. Aku takda.

Aku sebenarnya dah takda rasa nak apa apa dah kat dunia ni. Aku dah settle dapat rasa apa aku nak. Takda rasa nak kereta, rumah besar ke kahwin ke Takda, TAKDA.

Kalau aku mati sekarang pun, just nice, aku takda apapa komitmen. Anak perempuan takda tanggungjawab terhadap keluarga. So, memang aku dah settle. Ha tiber masuk hal mental health erk, hahaha.

Harapnya confession ni dapat banyak comments la ya, harapnya tak sendu topic aku ni sebab aku nak baca positive2 comments pada situasi ‘stuck’ hidup aku ni. Hehehehe, Thanks all, byeee.

– Senah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *