Assalamualaikum, hai semua. Dekat sini aku hanya nak meluah, sekadar meluah.
Aku seorang wanita dan ibu yang sedang berusaha memperbaiki diri dari segi ilmu agama, pendidikan dan kerjaya. Aku juga seorang yang agak panas bila dengan anak-anak. Emak Asian kan…
Bukanlah kerana aku suka-suka, tetapi kerana aku takut akan kesilapan yang mereka lakukan dan bakal lakukan. Itu pada anak-anak.
Dan biasalah, urusan rumah memang agak stres juga. Suami ada membantu, tapi kena ketuk dulu dan ketika aku betul-betul sakit. Makanya hal itu tidak berat pada aku sebab aku berpegang pada ibadah dalam menguruskan rumah tangga dan pahala.
Tetapi aku selalu berdoa agar Allah menjadikan aku seorang ibu yang terbaik untuk anak-anak.
Serba sedikit berkenaan anak, untuk pengetahuan, aku sedang menyambung pelajaran secara part-time untuk orang bekerja. Dan buat masa ini masih okay kerana ia hanya melibatkan online sepenuhnya.
Cuma aku agak sedikit penat… entah, tak tahu kenapa… dan selalu sakit kepala macam stres teramat-amat, dan ibarat aku banyak memikir, tapi entahlah, tiada pula rasanya. Mungkin penat badan juga menguruskan rumah tangga. Itu yang aku fikirkan.
Dan berkenaan dengan kerjaya. Ya, perkara ini sangat memberi kesan negatif pada aku. Aku down. 20 tahun aku bekerja tapi aku masih di tempat yang sama. Aku bekerja syif dan unit frontliner. Banyak kali juga aku pergi interview namun masih belum ada rezeki.
Banyak yang menyebabkan aku down berkenaan keputusan interview, antaranya kroni, kriteria basic komputer, pemilihan melalui bos-bos.
Maka aku jadi penat dengan alasan-alasan itu. Ada ketika aku pernah interview dengan siap sedia tapi panel ajak berbual pula. Tak sentuh langsung dengan apa yang aku baca. Panel sendiri cakap sampai tak tahu nak tanya apa sebab ini bukan bidang mereka.
Aku juga ada memohon pertukaran waktu pejabat seusai aku melahirkan anak pertama, namun sampai sekarang anak dah lima, masih lagi syif. Macam-macam alasan mereka bagi, sudahnya anak pegawai yang dapat mengisi kekosongan tempat.
Selalu aku bertanya pada diri… apakah aku tidak layak untuk semua itu? Apakah rencana Allah untuk aku? Lagi 2 tahun aku cecah 40-an… namun sebuah rumah aku masih belum memiliki.
Bukanlah aku terlampau mengejar harta dunia dan aku tahu memang belum rezeki aku. Dan aku tahu juga jawapan kenapa aku belum mampu untuk memiliki rumah… namun itulah, apakah aku tidak layak untuk semua itu?
Dan terakhirnya… Ya, aku penat. Mohon bagi kata-kata semangat sebab aku memang tak kuat dengan kecaman.
– Deep purple (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ~ QS. Al-Baqarah: 216
Allah tak beri yang selalu kita harapkan tp Dia akan beri sesuatu yang kita perlukan.
Allah dah susun cantik-cantik jalan hidup kita, jangan resah, teruskan melangkah walau berkali-kali kita rebah.
Kita hanya merancang tetapi Allah juga merancang, dan perancangan-Nya Maha hebat dan sempurna.
Walaupun kita tidak tahu apa yang tertulis di depan, kita terpaksa merasa perit seketika, kita terjatuh berulang kali, kecewa berkali-kali, sedih tak terhingga. Tapi itu semua diturunkan untuk kita menjadi lebih kuat dan semakin hebat.
Yakinlah dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita meskipun itu bukan kehendak kita.