Assalamualaikum admin. Terlebih dahulu, saya nak ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi share confession saya. Semoga dapat jadi pengajaran kepada semua yang membaca.
Cerita ni sebenarnya dari ibu saya. Cerita tentang arwah datuk saya yang meninggal mengejut. Yang mungkin disebabkan sihir. Tapi macam mana pon, kalau dah mmg ajal, takkan lewat atau cepat sesaat.
Keluarga kami, mmg tak percaya pada dukun dan bomoh. Arwah datuk dan nenek saya pon. Walaupun diorg orang lama, tetap tak percaya dukun semua ni. So bila ade ahli keluarga yang sakit, mesti bawak pergi hospital. No bomoh!! No dukun!!
Why datuk dan nenek tak percaya bomoh dan dukun? Sebab boleh fikir logik. Ada pulak kene tidur alas kain kuning utk buang penyakit, kene mandi air bunga utk dapat jodoh, kene pakai tangkal utk elak sihir, kene letak kain hitam kat pintu rumah utk elak pencuri masuk. Ketahian apakah ini??
Termasuk dengan nasihat2 kiasan orang dulu2 yg berbaur khurafat, nenek mmg tak ajar utk kitorg percaya. Bak kata arwah nenek saya, “apa pulak kene mengena kalau tido angkat kaki, nanti emak mati?? Tak de kene mengena langsung!”
Arwah datuk n nenek, tak belajar tinggi pun, ilmu agama pon tak tinggi…Tapi mereka ada logik akal dan percaya yang kekuasaan Tuhan itu melebihi segala-galanya. Kalau nak apa2 mintak kat Tuhan. Bukan mintak kat bomoh.
Satu hari, jiran mak saya meninggal akibat sakit leukemia. Tapi ayah budak tu tak puas hati, terus pi jumpa bomoh. And guess what, bomoh tu petik nama datuk saya. Bomoh tu cakap, datuk saya yang sihir anak die sampai anak die mati. Sedangkan terang2 doktor cakap anak die meninggal sebab leukemia.
Ada sekali tuh, waktu ibu saya tengah tunggu bas untuk pergi kerja, ayah budak tu berenti kereta depan ibu. Maki n ugut ibu saya. Dia cakap bomoh bgtahu yang datuk saya sihir anak dia. Dia cakap dengan ibu lagi, “kau tunggu!! aku akan balas. aku akan buat sampai ada mayat keluar daripada rumah kau!!! ” Paling tak leh bla, dia kata nenek saya main sihir. Minum darah babi. (Dia yang bebal macam babi sebab percaya cakap bomoh tuh)
Zaman tu, bukan macam sekarang. Zaman sekarang if terima ugutan ke, kita tahu saluran utk report. Plus kita ada media sosial. Senang. Time tu takde. So, ibu ambil ugutan tu sebagai ugutan yg tak berasas. Iye lah, igt senang2 je ke nak kuarkan mayat dari umah orang? Igt malaysia ni tak de undang2? Boleh suka2 hati nak buat apa.
Semuanye ok je lepas tuh, sampai la waktu tu hari ahad. Datuk saya baru balik dari menolong orang kenduri. Dia tidur. Tiba2 tepat pukul 12.00tghri die meracau-racau sakit. Sedangkan dia tak de apa2 penyakit kritikal pon sebelum ni. Lagipun, dia askar. Dia mmg sihat kalau tgk pada luaran. Nenek terus call ambulance bawak datuk pi hospital.
Seharian datuk sakit, and hari esok tu time lepas asar datuk meninggal. Mmg sgt mengejut. Tapi iye lah, ajal dia dah sampai. Ahli keluarga kami kene terima.
Korang nak tahu tak?? Pakcik yang ugut ibu saya tu pulak, boleh selamba cakap ke salah sorang family kami, “byk kali aku hantar, tak kena. Kali ni dah kena. Aku nak hantar ke limah(nenek saya), tapi limah ilmu dia kuat sgt, si abu bakar (datuk saya) yang dapat “.
Ya Allah, sakitnya hati. Saya tanya ke ibu, “kenapa tak balas balik?? Pi report polis ke?”. Ibu cakap, “kalau report polis pon, kau nak cerita macam mana kat polis tuh? Kalau nak balas balik, kau nak balas macam mana? Tak pe la kaklong, anggap je la yang mungkin Allah nak bagi atok kau syurga. Sebab tu DIA izinkan perkara ni jadi. Sabar je la”
Lepas saya tahu cerita ni dari ibu, lagi membuak2 kebencian saya pada dukun dan bomoh ni. Suka2 hati petik nama orang tu, tuduh orang ni, fitnah orang tu. Mengingatkan saya pada arwah adik Farhan, yang meninggal tahun lepas didera oleh kawan2 dia sendiri sebab bomoh petik nama dia yang curi laptop. Yg bod*hnya, kawan2 dia yang bergelar mahasiswa tu boleh percaya cakap bomoh. WTF!!
Jadi kepada pembaca sekalian, tolong la buang jauh2 kepercayaan pada dukun dan bomoh ni. Lagi2 yang gunakan barang2 sebagai ‘perantara’ utk berubat.
Ada orang kata ke saya, “ni pun salah satu dari ikhtiar . kita tak kata tangkal ni yang buat sembuh. Tangkal ni semua sebagai perantara je. Tangkal ni sebagai wasilah supaya Allah sembuhkan penyakit dan hindarkan kita dari musibah”
Whattt!!!??? Tangkal sebagai wasilah?? Terang2 terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Tolong la pergi kaji maksud berwasilah dalam islam yang sebenarnya dan bentuk2 wasilah yang dibenarkan dalam Islam. Tangkal, kain kuning, paku, patung, TOTALLY BUKAN benda2 yang kita boleh jadikan wasilah.
Kalau nak berubat secara spiritual, boleh. Sebab mmg kadangkala ade penyakit yang tak dapat dikesan dgn perubatan moden. Tapi pergilah pada orang yang betul. Yang mengamalkan perubatan Islam yang betul. Yg berwasilah dengan cara yang betul. Pada masa yang sama, sentiasa follow up dengan doktor. Selalu amalkan jugak membaca ayat2 Ruqyah.
Akhir kata, jika kita rasa, kita sakit atau dapat musibah akibat gangguan jin dan syaitan, mintalah pertolongan kepada ALLAH. Dengan cara dan ilmu yang benar. Sebab cuma DIA sahaja yang boleh tolong kita. Semoga Allah jauhkan kita dan keturunan kita dari agenda sesat bomoh dan dukun.
– Kak Long
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit