Salam semua. Niat aku nak hantar dekat sini sebab aku tak ada sesiapa nak luahkan.
Aku ada emak, aku ada family aku, aku ada kawan aku. Tapi bagi aku, aku tak ada sesiapa nak luahkan. Depan orang aku ceria tapi belakang orang aku rasa aku orang paling tak berguna.
Aku saat ini, aku rasa ada suara yang bisik kat aku suruh aku bunuh diri. Sedangkan masalah aku tak besar mana pun.
Aku tengah taip ini, aku baru sahaja hantukan kepala aku dekat almari baju. Aku hentam kepala aku kat tepi katil. Aku ketuk kepala aku banyka kali dengan tangan aku.
Sakit juga kepala. Tapi rasa sakit kat hati ini tak terlawan lah sakitnya. Tapi bila buat macam tu, rasa sedap pula sakitnya. Rasa best nak buat lagi hentak-hentak kepala di dinding.
Tapi tak boleh, aku duduk dengan mak aku. Terkejut pula orang tua tu tengok aku tengah gila hentam kepala dekat dinding. Hahaha
Aku banyak kali ratib perkataan ‘nak mati nak mati’. Sampai dah cakap/doa kat Allah SWT, ambillah nyawa aku.
Tapi sisi positif diri aku kecam aku…”Kau tu dah banyak amalan ke? Tak ada dosa ke? Sanggup ke nak duduk alam kubur lama-lama?
Nak kena bakar dan kena seksa kat neraka tu?” Terkejap aku istighfar, tapi sisi negatif aku ada cakap… “Tak apa… kau memang layak pun.
Biar kena seksa, dosa pun banyak, hidup pun menyusahkan orang… Kan bagus kau pergi mampossss!!! Tak ada siapa nak ingat kau pun!
Kau pun sial! Derhaka pada mak! Orang tak suka kau lah!” Sangat betul apa yang dicakapkan sisi negatif aku. Memang banyak kali aku fikir macam tu.
Tapi aku istifar lagi…cakap kat diri aku.. “Aku ada Allah. Aku ada mak. Aku ada keluarga. Allah nak uji kau. Kau dah jauh dengan Dia. Ujian dari Dia bagi kau ingat Allah balik.” Aku tahu tu, aku betul2 tahu sangat.
Ye aku solat memang jarang buat, sebab apa? Aku buta huruf tak reti mengaji, bacaan solat aku hafal guna rumi je.
Bila solat tu, aku tak rasa nikmat solat tu weh? Hehehe macam mana nak dapatkan tu weh? Aku tak ada iman ke? Aku solat hanya nak tunjuk kat orang je. Bukannya aku ikhlas.
Btw, umur aku dah 26 tahun. Pasal agama aku BODOH betul. Aku tak nak salahkan sesiapa, aku akan totally salahkan diri aku je.
Bukan mak bapak aku tak ajar, dorang ajar… Aku je b0doh. Kalau boleh, aku kalau masuk neraka, tak nak lah heret mak bapak aku. Biarlah dorang masuk syurga.
Ye, aku masih bertahan lagi ni sebab aku takut dengan dosa aku yang banyak. Aku takut seksaan azab kubur. Tapi mental aku ni selalu fikir nak bunuh je diri kalau ada masalah… walaupun masalah tu kecik.
Okay, now aku ceritakan masalah kecil je ni… yang sampai membuatkan aku luah dekat sini dan hentak2 kepala tadi.
Puncanya, aku buat orang terluka dengan perbuatan aku. Sebab aku ignore dorang, tak hiraukan perasaan orang. Diorang terasa hati dengan aku.
Dengan sikap aku sebab terlupa nak ajak M (rakan pejabat) pergi open house dan tak tapau makanan untuk dia. Dia terasa dan sound aku.
Aku banyak kali minta maaf tapi nadanya masih lagi kecewa. Lagi sorang, si A (kawan sekolah) ni block no. tel aku sebab aku tak bagitahu A yang majikannya (aku kenal bos A/boleh kamceng) complaint performance kerja A dekat aku.
Bila A kena marah/sound, aku baru nak bagitahu, majikannya complain.
Btw, si A ni selalu minta tolong aku. Aku selalu tolong dia. Dia kerja dengan majikan dia pun aku yang recommendkan. Tapi, aku tak nak bagitahu awal-awal sebab nak jaga hati tapi aku juga disalahkan.
Dia dah berhenti pun dengan majikannya. Tak sempat nak minta maaf, aku kena block.
Lagi sorang, aku terlupa nak bagitahu ketua persatuan aku, I yang aku join satu program ni, dan ketua aku ni terasa hati sebab keputusan aku join program membelakangkannya.
Dan menyalahkan aku. Dah minta maaf dan dia dah maafkan aku, cuma aku terasa terkilan sebab sebelum personal ngan aku, ketua aku dah malukan aku dalam grup wassap.
Dan mental aku terbayang2 yang dorang ejek aku. Aku rasa sentap tapi dia dah pujuk. Dan aku banyak kali minta maaf. Itu antaranya masalah kecil kot tapi membuatkan aku menangis.
Dan peristiwa-peristiwa itu buat aku terbayang bayang semua kesilapan yang aku buat. Aku ingat balik dosa dosa aku. Aku ingat balik aku buat silap apa sejak dari sekolah rendah.
Dan bila aku imbau kenangan lalu, kekurangan aku dan aku bandingkan diri aku dengan orang lain…
Terjadi lah ini… ini perasaan yang sangat2 aku benci. Aku BETUL-BETUL benci diri aku!
Aku juga sekarang menghadapi masalah kewangan. Aku tak ada duit. Sebab aku advance gaji aku… aku kekurangan gaji. Dan gaji aku bayar bil elektrik dan api umah mak.
Bayar duit handphone insurans, bayar topup, beli barang dapur. Bayar hutang pinjam kat kawan.
Oh ye… lagi satu silap aku… Aku guna duit pejabat kot tanpa sepengetahuan bos aku. Bila aku dapat gaji, aku ganti duit pejabat tu dengan duit gaji aku. Tu sebab aku tak ada duit.
Jahat kan aku? Patutlah life aku FUCK UP sangat! Rezeki tak berkat. Menyusahkan orang.
Aku kesian lah dekat mak aku. Dapat anak macam ni. Sial anak tak guna. Ingatkan dapat membahagiakan mak dan keluarga aku, rupanya menjahanamkan keluarga.
Aku pernah sambung degree, dah buat FYP pun… tapi fuck up project tak siap, extend sem tapi aku cabut lari.. Aku tinggalkan macam tu je.
So, aku tak graduate. Hutang PTPTN tertunggak. Tapi still family aku terima aku. Cuma aku je tak boleh terima diri aku.
Memang aku sial. So, aku memang benci diri aku. Aku nampak kekurangan aku je sekarang ni. Aku dah sampai nak cederakan diri aku sebab rasa sedap ada sakit tu. Aku rasa nak bunuh diri.
Wehhh… Masalah aku tak besar pun. Serius tak besar. Aku cuma ada masalah kewangan, hutang banyak, menyusahkan orang,
Totally people pleaser dan aku tak nak kahwin sebab aku takut yang akan jadi suami aku tu dapat perempuan sund4l seperti aku. Aku ni b0doh, aku ni b4bi.
So, orang tak layak dapat aku. Better cari perempuan yang lain. Aku ni ada maruah lagi sebagai gadis.. cuma ada juga maksiat yang aku buat.
Tu lah tu… Ni lah kot puncanya… sebab Solat… aku tinggalkan solat sampai aku rasa aku tak jumpa jalan keluar dari masalah aku yang kecik ni. Hidup aku tak berkat.
Allah benci aku? Hamba yang b0doh… memang pendosa. Dosa dengan Allah, dosa dengan manusia lagi. Itupun aku rasa nak mati juga… sebab aku betul-betul benci diri aku.
Tolong aku? Fahamkan je lah luahan aku ni. Aku nak cerita IRL kepada mak aku family aku memang tak boleh. Sebab aku pura-pura happy. Tak ada masalah.
Tapi ini lah mental aku bercakap. Aku dah gila rasanya kat sini. Hati sakit. Rasa sesak. Aku dah gila kan?
Apapun terima kasih sudi membaca luahan b0doh aku ni. Akal aku cakap jalan penyelesaiannya dekat semula dengan Allah. Solat, mengadu padaNya. Tapi badan aku malas.
Aku malas nak buat. Aku tak boleh nak gerak badan ni sujud pada Allah. Ego sungguh aku ni? sebab dalam hati aku rasa nak salahkan Allah..
Kenapa aku dapat ujian macam ni. Kalau aku tak lahir kan bagus. Penat.
Entahlah serius, mental aku lemah, iman aku lemah, fizikal aku lemah. Semua lemah. Aku cuba lagi teruskan hidup. Kalau boleh..
Terima kasih sudi baca. Doakanaku baik-baik sahaja ye…
– Sha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit