Aku benci tgk kwn2 aku post gmbar2 raya dengan family. Raya sakan dengan baju sedondon 1 family, ambik gambar ramai2, sepupu pakcik makcik sume ade. Aku benci tengok kwn2 aku pakai baju raya baru2, cantik2. Senang cerita, aku benci hari raya. Dan aku jugak benci ayah aku.
Aku benci ayah aku sebab dia suka marah mak aku. Mak aku umpama tempat dia lepaskan segala kemarahan die. Dia pernah baling bekas habuk rokok kat mak aku, pernah tumbuk mak aku, pernah tendang perut mak aku. Kalau bab maki hamun tu memang hari2 la mak aku kena. Dan macam2 lagi diq buat kat mak aku. Aku jadi saksi sejak aku kecik lagi.
Aku slalu melawan ayah aku sbb nak defend mak aku. Kalau ayah aku maki hamun mak aku, aku lawan dia balik sbb mak aku jenis yg x berani melawan. Dan sbb tu ayah aku pernah kejar nak pukul aku dengan kayu tongkat, hunus parang panjang depan muka aku, dan sumpah aku anak derhaka dan doa aku kena sakit teruk depan aku.
Masa aku sekolah, aku dgn mak aku terpaksa hadap dia ni hari2. Hari2 dengar dia mengeluh, memaki hamun, membebel. Aku pernag gaduh besar dgn ayah aku smpai aku ambik batang besi, aku hentak pasu depan rumah sampai pecah, sebab aku x boleh tahan dengan perangai ayah aku. The man is nothing but an abusive, manipulative, egoistic human being.
Kalau aku cerita satu persatu perangai dia yg buat mak aku bertahun2 menangis, yg buat aku smpai kelar tangan aku sendiri, yg buat abang aku smpai taknak balik rumah, mmg sgt panjang.
Hari raya tahun ni, baru hari pertama aku dgn ayah aku dah bergaduh balik. Sebab aku tak tahan dia terpekik terlolong marah mak aku kat luar rumah smpai jiran sume boleh dengar.
Aku benci tengok kawan2 aku tergedik2 dgn ayah diorg. Aku benci tengok orang lain sambut raya dgn family.
Aku menyesal balik rumah cuti sem ni. Aku balik sebab aku pikirkan mak aku je. Kalau tak, mmg aku duduk rumah sewa je. Tak beraya pun takpe lah, yg penting tak perlu hadap ayah aku.
– faiz
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Tahun depan ajak mak gi beraya umah sewa… xyah hadap muka ayah… huhuhuh… kesian mak awk….
ksianye awak..hurm
Kesiannya
kenapa mak awak still tahan gn ayah awak ek. sian anak anak tertekan tengok.
Bro. Dari hentak pasu. Baik ko hentak ayah kau. Kalau dia ada pon buat mak kau menderita. Baik dia kuar dari hidup korng
Wehh kau nk bdk ni masuk jel ke?? ?
Hati2 dlm memberi nasihat kpd yg sdg mencari panduan…
Faiz dlm keadaan tertekan, kita dlm keadaan rasional…jadi let’s act like one…
Jangan wei kalau dia masuk jail mak dia sapa nak lindung. Lagi teruk nnt huhu
Lari! Bawak mak lari dari ayah awak! Consult dengan orang pejabat agama. Pakat dengan adik beradik. Mulakan hidup baru.
Anak tunggal kot
x.. dia ada abg… abg dia pon x nk blik sbb prgai ayah dia…
please protect your mum, tolong la ni da abusive, mybe mak hang tak tau dia punya hak, kalau kes mcm ni lbh baik berpisah
betul….lari n bw p balai bt teport n p pejabat agama……pompuan ada hak utk bela diri….
Setuju dgn Suhana Hashim, rekod/video, buat laporan & kemudian buat laporan ke pejabat agama.
Bantu mak awak utk lepaskan diri dari ikatan perkahwinan. JANGAN BIARKAN mak keseorangan menghadapi ayah awak.
Bina hidup baru bersama mak awak.
Semoga Allah mempermudahkan urusan awak & mak awak.
sya alami benda yg sama. dan mak sya dah buat fasakh. abah saya ugut mcm mcm. dan skrg mak saya bertahan sebab nak tunggu sampai saya kahwin
Syef Bukhari
Itulah ketabahan seorang perempuan.Perempuan ni bila da jadi IBU….dia kena tampar ke,kena maki ke kena hina ke..tetap kuat.Tetap SABAR.Tetap sayangkan SUAMI.TABAH DIRINYA HANYA KERANA ANAK ANAK.KERANA SAYANGKAN ANAK.Tabahlah bro.Hidup kita ni selepas masalah adalah masalah.Lain orang lain ujian hidup yang perlu kita hadapa.Hanya iman dan kesabaran jadi benteng keteguhan diri menghadapi hari mendatang yang belum pasti.Banyakkan doa untuk ayah bro ye.Satu hari nanti…dia tidak akan berdaya lagi untuk buat ibumu menangis.Dia akan tua.Kita semua akan tempuh alam tua jika dipanjangkan umur.Kadangkala………..
Ada peristiwa hitam yang melingkari perjalanan dirinya sepanjang zaman…sebab itulah dia lepaskan kemarahan pada orang lain,,berasa fobia pada perkara perkara tertentu..berasa ego tinggi…berasa tidak bersalah.Mungkin dulu zaman ayah bro kecil..dia alami perkara yang menyakitkan jiwanya.Perjara yang dia sendiri alami hingga terbawa bawa sikap itu ke alama rumahtangga.Mungkin.Sebab bro sendiri pun tak pernah tahu sejarah zaman kehidupannya pada zaman dulu kan.Manusia cepat berubah.Doakan saja ayah bro ye.Lazimkan diri baca surah Taha ayat 1- 5 dan niatkan pada ayah semoga lembut hatinya tidak lagi marah marah dan panas baran.
Cerai..abis cerita..simple
kn , mintak je fasakh. psl rezeki, bknnya dpt melalui suami je. Allah nak bg mcm2 cara yg penting hdup tenang
Klau zu mmg.haha.tp btl la..nk btahan menyeksa diri btpe kan.hm..
Nk suruh ank dy cerai dgn bpk dy? ?
Saved ur mom pls
Owh..ok…
Faiz, membenci xkan slsai. Take possible action as what you want to change . You should deserve happiness like smua org. Sy thu awk xbleh buat apa2 sbb kasih syg mak awak thdp ayah awk tggi yg mnutup smua kslhan ayah faiz. Love is blind . Faiz ,doa snjata . Awk trus kuat dan tabah . Mgkin bole mulakan dgn kaunseling kluarga dlu.. Hndle root msalah anger management ayah faiz ada problem.. Tp klu mmbhayakan bole da pkir apa yg ptt… But just dont overlimit yg mrugikan smua pihak.. kaunseling kluarga biasanya ada kt pjbt jbtan agama..
Belasah tros bapak ko tuh
Dasar jantan jahanam tak reti jaga family
Mati lagi bagus utk lahanat dayus camnih
Don’t asked him to conduct crime maah ?
Faiz, keluarga saya ajak awak dan mak datang raya rumah kami. Kita raya sama-sama.. :)
jaga mak elok2 fais…dh kerje baru pikirkan ape yg terbaik unt mak…belajar rajin dn jgn lupa doakan ayah ye..insyaallah dia bleh berubah ciked.
I got nothing to say, since you’re not really asking for what to do. You’re just releasing your steam right now. And kalau kau tak tanya sebarang pendapat or minta tolong, I have no right to intervene your family matter.
All I can say, good job for holding out so long and don’t breed your hatred on the things you lack. Don’t forget to ask the society for help, ask for opinions and possible solution, and muster the courage to take some drastic action if the situation needs it.
Moga ujian Allah ni menjadi iktibar dan menjadi pembentuk peribadi yang unggul. Amiin.
Kadang2 orang pemarah ni ada saka rimau elok elak makan daging. Lagi satu raya ni kita ikut cara Islam banyak benda kita bazir atas dasar materialisme. Jangan mudah terperangkap dengan mainan duniawi
doakan dia sakit kemudian bawa mak ang p duduk rumah sewa lain.. terbaik
Jalan penyelesaiannya, mesti kembali pada al quran dan as sunnah.. cuba semak balik hubungan keluarga kita dengan Allah.
Mesti kembali pada kedua duanya. Nabi saw pernah bersabda: aku tinggalkan kalian 2 perkara di mana kalian tidak akan sesat selagi berpegang kepada keduanya; iaitu al quran dan as sunnah.
Aku suka komen macam ni. Hahahha
Ada org hidup pegang Quran Dan sunnah pon masih diuji.xfaham dgn mentalities certain people ni.
Pernah terdengar satu ceramah, katenye kalau untuk yg berpegang & taat pada Allah swt ianya adalah ujian. Tp untuk yg sebaliknye, itu adalah musibah. Wallahualam…
Kembali lagu mana tu?
Memang kita akan diuji selagi kita hidup.. ini memang sunnatullah.. tapi selagi kita berpegang pada al quran dan as sunnah kita tidak akan tersesat. Inilah jalan petunjuk.
Tnye lh bpk ko nk apa sbenarnya .
pi pejabat agama, tnya pasal nk fasakh..pujuk mak suruh wat cmtu…pak nak marah ,nk pukul ,lawan ja.. tak derhaka.. tiada ketaatan kepada perkara maksiat.. didera bagai binatang,lagi nk taat .
Great son by the way u protect yr mom
Hny yang berada sekasut dgn faiz faham kesukaran melakukan seperti yang dicadangkan… Emosi / pressure dlm diri… faiz!! anda tidak keseorangan…
Kesian mak awk..
Bersabarlah saudara disetiap ujian tu ada rahmat dr Allah bagi yg sabar menghadapinya…sentiasalah baca quran dan lengkapkan dada kita dgn ilmu agama islam…Semoga Allah merahmati saudara
Bagus Faiz ini mempertahankan maknya dan menghadapi masalah walhal abangnya ambil keputusan lari daripada perkara ini. Be strong Faiz. Saranan yang dikemukan oleh komentar yang lain ada yang boleh dijadikan panduan awak dan mak untuk ubah perkara ini. Jika tak dapat ubah ayah awak at least you dan mak you dapat sesuatu manfaat/kekuatan menghadapi keadaan ini.
Kau yg lelaki pun kena camtu, bygkn aku yg perempuan. Except the physical abuse part. Aku sangat2 faham. Tapi aku takde tempat nak lari. Aku tak balik rumah weekend pun kena soal mcm2. Aku cuma mampu berdoa supaya semua ni cepat berakhir.
Ko pindah la nt dok jauh2
Ayh awk tu sok bila dia nk mati br dia tau dia perlukan isteri n ank2 dia sbg peneman..
019 356 7372 mohon faiz hubungi talian Helwa ABIM utk bantuan..
kalau kita baca cerita di paper atau internet mengenai org2 tua yg tidak dipedulikan, jgn la cepat tuduh anak2 tak kenang budi. kalau perangai bapa masa muda x senonoh begini, mana ade perasaan kasih dan sayang dlm diri anak2.. anak2 membenci bertahun2 perlukan semangat yg luarbiasa utk mereka berubah
Betul tu. Kasih sayang bukan datang sendiri walaupun anak sendiri. Kena pupuk. Kalau dlm kes ni, ha sorang anak dah lari. Confessor ni pun kalau x pasal mak x hingin balik. Agak2 bapak gini dah tua x larat nanti anak2 nak jaga? dah tua mengadu kat surat kabar anak 10 org x leh jaga dia sorang. Ada la sebab tu.
Faiz, belajar rajin2, dapat kerja bagus2 Dan bawa Mak awak keluar dari situ..
Solat al Quran jangan tinggal…peluklah al quran inshaAllah hari akan tenang
Kalau dpt tau dia pukul mak lagi, ambil gambar bekas pukulan dan report polis. Bawa mak duduk tempat lain dan usahakan minta cerai.
Jgn biarkan mak kena dera lagi pls. And not healthy for u to keep on worrying and hating
Kenapa faiz x bwk mak g pejabat agama? Kesian mak bertahun² nangis makan hati. Mesti faiz ni budak pandai kan. Kalau mcm tu cari jalan mcm mana nk consult ayah. Jgn tinggal solat. Semoga ayah berubah satu hr nnt.
Tp seriously, kenapa perempuan yg kene dera mental & fizikal terlalu tabah untuk masih sebumbung dengan lelaki mcm tu ye? Jelas die bukan seorang lelaki yg bole menjadi imam & ketua keluarga. Sbb sllunye, lelaki yg baran & kaki pukul, maaf ckp… Die tidak taat perintah Allah swt. Itu pasti. Sbb seseorang yg jaga hubungan dgn Allah swt dia pasti mampu kawal psaan nye… Sedih sgt ngan nasib wanita2 mcm nie. Kite bukan punching bag. Kita berhak tuk hidup bahagia. Mak ayah besarkan kita bkn untuk jadi mangsa lelaki2 x sihat mental mcm tu… Wake up women! Untuk faiz, semoga awak x buat perkara yg sama kepada bakal makmum awak nnti ye…. Doa saya buat awak sekeluarga, semoga ada sinar bahagia buat kamu 1 hari nnti… Aamin..
Bertahan sebab dah ada anak je.. kalau lah xde agama lama dah diorg ni tikam je laki time tidor nyenyak tu.. tp sebab ada akhirat, percaya Allah diorg bertahan..
Ramai je lelaki baran xde akhlak tp s0lat j . Aq x tau r fungsi ape s0lat die . Lelaki mcm ni baik mampus jer !
Betol…at the end mmg rezeki je dapat suami yang macam mana… bukan senang nak bersangka baik dengan ujian yang Allah turunkan.. easier said than done.. :'(
Mgkin ade segelintir.. Tp kebanyakan yg sy kenal, terlalu syg nk tgglkan pasangan yg mcm tu… Sedih… Klu x kesian diri sndri, tolong kesiankan anak2 yg tertekan dgn masalah keluarga… Mmg jodoh dan takdir Allah swt tentukan. Tp nk uji sejauh mane kite cerdik menangani ujian yg menimpa. Yes! Bercakap lebih mudah dari melaluinya. Semoga ia menjadi pendoman buat kita2 semua. Sebenarnya kes2 begini berlaku adalah sebagai pengajaran untuk tontonan kita2 yg lain kan…
Saya simpati dgn anda.ibu.famili anda.berat mata memandang.berat lg bahu yg memikul.Allah sayang anda dan famili anda..klu nak kira bersabar dah puluhan tahun situasanya..berdoalah pd Allah semoga ayah anda berubah In shaa Allah..doa org yg dizalimi didengar olihNya..didlm kepahitan adanya kemanisan..saya doakan satu hari nnt anda dan famili akan mengecapi kebahgiaan yg anda impikn..saya juga amat memahami kesan situasi ini dihati anda apatah lg terhadap ibu anda.Allah sayang anda dan famili anda.
Doakan ayah itu cepat pergi menemui Allah.
Sebab cinta,sanggup tahan hidup dengan manusia begitu.Hmm…..
Bgus lari lagi….lari kemana ko nk pgi….smoga msalah kau hilang….. tp jgn terlalu sgt membenci kerana kebencian akan dtang kasih sayang
Kesiannya..dlm kita dok syiok2 adaa yg bnci tgok smua tu sbb dia tk dpt mcmtu..hmm tktau nk kata apa. Doakn mudah2an awkk dipermudahkan urusan yg baik2. Aamiin
Pakat dengan adik beradik lain, buat apa yang patut untuk mak. Jika yang lain tak nak bantu, kau usaha cara kau. Minta bantuan yg arif.
Penderaan fizikal boleh tahan lagi, penderaan mental, sakit sampai ke mati.
Dekatkan diri dengan Allah. Banyakkan istighfar.
Semoga Allah permudahkan urusan awak.
aku rasa aku faham dilemma ko bro, Idea nak bawak mak lari tu dah banyak kali terlintas kan? tapi sebab Mak masih ada harapan lagi kat ayah kan? sebab tu kita x tinggalkan Mak kita, nasihat sy skang bro, be strong, jgn tinggalkan Mak, SKALI LAGI ULANG, JANGAN TINGGALKAN MAK, jaga dia, meskipun mak tahu tentang kekejaman ayah namun mak tetap ada dengan ayah, respect ko bro, orang hebat shj dapat ujian camni, apa pun jadi ada lah utk Mak Bro, ko seorang anak yang baik, semoga ALLAH bagi kekuatan kat ko, kalau ko perlukan teman berbual benda2 camni, add aku kat fb nnt aku pas no tepon aku, kita bleh lepak minum2, kenapa aku cakap camni, sebab aku lalu benda sama yang ko lalu, i am waiting for your call :)
Isteri tmpatnya disisi suami.kdg isteri masih bertahan.sbb pikirkan ank2
Awak anak yg baik sbb still balik rumah kerana mak even ta tahan dgn peragai bapa awak.
I feel u .. :(
Ini bukan masa utk bersabar lagi. Kamu dan mak kamu dah lama bersabar. Pergi pejabat agama tuntut hak/cerai. Enough is enough.kalau bapak kamu yang ada sakit mental, tak adil untuk kamu dan mak kamu yang terima akibatnya. Bertindak sekarang!!!
Bincang dengan abang yg takmo balik dah tu.
Pakat sama-sama kumpul duit, keje part time, sewa satu rumah sewa yang dekat dengan kolej.
Ajak mak duduk sekali dekat rumah sewa tu. Bertahan belajar dan buat keje part time at the same time. Teruskan sampai grad.
After grad, things will get easier.
Juz think mak u k.. Keja nnt bwk mak u kluar dr umah tu.. Bio bapk u dok sorng2..lntak la sapa sroh jd jht dayus cmtu.. Keep strong
That’s why x nk upload pic semua. Tak nk upload baju raya and semua persiapan raya. Cuba fikir perasaan orang yg x dpt tu semua. Sakit .