Salam semua. Kali ni memang nak meluah rasa yang terbuki di hati. Sungguh, aku benci jadi mak. Rasa nak buang anak jauh2. Tak pun baik aku tak payah wujud lagi.
Sebelum korang nak hukum aku tak bersyukur. Dengar cerita aku dulu. Aku dah penat dah layan orang cakap aku tak bersyukur bla bla bla.
Membebel je tahu. Situasi korang lain, aku lain, faham?
Sebab pertama aku benci jadi mak, ialah aku gagal. Aku tak suka perasaan ni.
Bukan aku tak belajar itu ini cara jaga anak, cara menyusu, cara bermain, development semua tu. Tapi bila nak apply, anak aku bukan reti apa pun. Asyik menangis, menjerit, meraung.
Dan bila aku stress aku pun sampai menangis, menjerit, meraung jugak.
Aku sendiri ada masalah emosi tak stabil, macam mana nak tenangkan anak aku tu. Aku memang akan lari jauh daripada anak aku tu sebelum aku apa-apakan dia.
Aku memang ada postpartum depression dan baby blues. Nak berak mandi makan pun susah. Takde privacy. Takde space. Takde time for myself.
Aku ingat lagi aku pernah doa kat Allah, mintak Allah jaga anak aku daripada diri aku sendiri yang hampir gila nak cekik, marah budak tu sampai lemas.
Kedua, sebab aku benci jadi mak, sebab aku lost. Hari2 hidup aku untuk apa? Aku dah hilang makna dah. Takkan aku nak hidup untuk anak je?
Jadi hamba anak? Jadi hamba suami? Memang perempuan perlu berkorban macam tu ke? Ini ke yang dinamakan sebuah keluarga? Sungguh aku tak bahagia. Aku tak suka
Bila aku membesar dulu aku susahkan mak ayah aku juga ke. Kenapa proses membesarkan anak susah sangat.
Aku tak faham apa anak aku nak, anak aku pun tak faham aku. Apa benda lah best sangat jadi seorang mak ni? Mulia apanya. Anak pijak kepala kau. Anak marah kau.
Anak gigit kau. Anak sepak tendang engkau. Then what is the point? Bila kau dah hilang diri kau.
Ketiga sebab aku benci jadi mak, rasa serba salah. Memang semua salah aku kalau anak aku buat perangai kan. Aku yang sakit takde orang kisah. Anak aku buat aku pun aku kena hadap je.
Tak boleh ke aku pertahankan diri dan bertegas ajar anak aku tak boleh tumbuk aku? Aku kena diam je ke tak boleh marah? Serius aku benci kena pukul dengan anak aku sendiri. Kurang ajar betul.
Dia balas balik aku buat dia ke? Memang la aku ada cubit dia bila geram tapi takde la sampai tendang tumbuk. Aku waras lagi untuk tak cederakan anak aku.
Tapi aku akan cederakan diri sendiri, biar sakit tu aku je rasa. Hantuk kepala. Lempar sepak barang. Memang kalau marah penat stress aku hilang kawalan
Lepas tu, perasaan serba salah tu datang. Bila aku tak dapat jadi contoh yang baik pada anak aku. Aku tahu anak ni tiru acuan mak ayah.
Aku bukan tak cuba. Aku sedang cuba. Aku cakap tolong, maaf, terima kasih. Aku peluk dan cium. Tapi sungguh aku penat emosi. Mental aku serabut. Hati aku kadang dah mati rasa
Keempat, aku benci jadi mak sebab aku takut. Bila dia besar nanti dia buat aku sama macam aku buat dia. Ada orang cakap begitu pada aku.
Aku menjerit pada anak aku masa dia kecik ni, tengoklah nanti anak kau menjerit balik pada engkau bila dah tua. Aku memang terkesan dengan penyataan tu. Walau ia belum terjadi kenyataan. Aku takut
Kelima, aku benci jadi mak. Sebab aku seakan dihukum, diatur keputusan berdasarkan anak aku. Macam aku tak boleh hiking lagi sebab ada anak.
Aku tak boleh keluar sesuka hati sebab ada anak. Aku mengeluh dan mendengus pun tak boleh. Aku takde hak untuk menyakiti anak aku tu.
Ayah dia sayang sangat anak dia tu sampai aku naik benci. Biar ayah dia la yang jaga senang. Lepaskan aku, biar aku bebas.
Boleh tak aku nak kembali hidup single balik. Hari demi hari aku rasa susah, bernafas pun salah. Aku nak tinggal semua. Dan merantau. Tu je cita-cita aku sekarang.
Adakah itu pun salah? Sebab aku akan dilabel tak bertanggungjawab? Hanya pandai buat anak tak pandai jaga anak? Adakah betul aku ni memang kurang sabar dan tak layak untuk berkeluarga?
Aku nak buktikan aku boleh bertahan. Tapi memang perit perjuangan ni. Kerana semuanya pada diri aku. Kena tikam dan bunuh diri aku yang menggila ini…
– Mak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit